Rabu, 19 Ogos 2009

Sekadar Renungan Untuk Dikongsi Sesama Kita...

Oleh: maliksho07

"

Tanhiah buat Ust Akil Hayy dan Waheeda di atas perkahwinan mereka berdua. Saya doakan semoga Allah merahmati perkahwinan Ustaz dan Waheeda.

Banyak kontrovesi dan gosip yang timbul sehinggalah terjadinya satu perceraian dan juga perkahwinan. Namun itu lumrah kehidupan manusia. Sesuatu yang dirancang dengan baik oleh manusia tetapi Allah lebih baik perancangan-NYA.

Di sini saya ingin membuat coretan ringkas terhadap individu yang rasa tidak puas hati di atas perceraian dan perkahwinan Aqil. Saya bukanlah peminat setia ust Akil Hayy atau saudara terdekat atau kenalan rapat. Jauh sekali. Sekadar mengekori perkembangan isu semasa.

Kita kena ingat, Peceraian Aqil dan perkahwinannya tiada silapnya, mahupun haram. Persoalan di sini, orang melayu selalu menjadikan sesuatu yang halal di lakukan adalah menjadi salah pada pelakunya. Apakah dunia sudah terbalik. Sepatutnya kita bersyukur di atas perceraian itu kerana mungkin ia adalah penyelesaian terbaik buat ustaz Akil dan bekas isterinya dan juga perkahwinannya dengan Waheeda. Allah telah membuat merancang perjalanan kehidupan mereka. Sepatutnya kita bersangka baik terhadap Akil dan isterinya.

Cuma di sini, saya mengharapkan Ust Aqil hay kembali aktif berdakwah di pentas ceramah di mana asal kebangkitannya dahulu. Kembali bersama-sama dengan golongan-golongan agamawan di pentas dakwah. Tidak salah berdakwah melalui tV saluran Oasis malah ia satu medium dakwah yang baik cuma pada fikirannya saya dan pengamatan saya, ust Akil lebih menyerlah berkdakwah melalui pentas secara live bukannya rakaman.

Saya doakan ust aqil sejahtera dan mulakan kehidupan baru dengan baik.


Dipetik daripada : http://www.tranungkite.net/v9/

1 ulasan:

  1. tumpang gembira bila ade org laen gembira...
    alhmdllh...dh jodoh.. ;)

    BalasPadam