Rabu, 24 Disember 2008

aku kini di lipis

assalamualaikum

bulan dis hampir habis..tahun baru akan menjelang tiba. Malam ni ialah malam terakhir aku dan isteri bermalam di Kuching. Sesungguhnya banyak pengalaman berharga di sini. 1 minggu di sini banyak perkara perlu kami uruskan, dari tesis aku, kargo, library n my new recond car hahahaha. 2 tahun berlalu dengan pantas aku tak tau mampu ke aku berjuang di afzan. walaupun ada offer yang baik di sini terpaksa aku tolak mengenangkan orang tua kami. Di tambah pula ayah aku accident bebaru ni dan patah kaki. So aku perlu bertanggungjawab dan memikirkan sesuatu. Kalau ikutkan aku tak mahu untuk ke Afzan buat sementara waktu ini aku lebih memilih Iptho tetapi ketentuan Allah kita tidak mampu melawan. Dapat ke sini dah cukup baik,,,tesis aku pula ada beberapa pembetulan yang perlu dibuatkan.

Untuk sampai ke mari minggu lepas aku dan isteri terpaksa bermalam di airport senai minggu lepas. Sakit badan beb hahahaha tapi redah gak sbb flight pukul 6.15 pagi..padan muka kami. Kelam kabut bergerak dari Temerloh pukul 1.00 setelah selesai surf tiket Airasia di Kopitiam. 2.45 sampai Keratong, 3.45 naik bas ke Segamat...6.00 petang naik bas ke Larkin hahahhaha then sambung bas ke Senai n lastly teksi.....pagi esok pukul 8.00 dah ada kat Kuching. Esok petang dah nak balik..mostly banyak urusan dah selesai. sedih nak meninggalkan rakan-rakan jemaah di Masjid Salahuddin Al Ayubi...tapi kuasa Allah mengatasi segala. Kami sekeluarga perlu meninggalkan Sarawak..siapa tahu satu hari nanti kami akan kembali lagi.
Esok krismas...aku kena jumpa Mawi dan Hamka then Thazul then blahInsyaAllah..

Well Kuching thanks for being nice to me n family....till we meet again.