Khamis, 24 November 2011

Logo

Logo ialah lambang bagi sesebuah syarikat, pertubuhan, kelab atau persatuan. Syarikat perniagaan menggunakan logo sebagai tanda perniagaan dan identity (trademark) supaya mudah dikenali. Logo direkacipta berdasarkan objek alam semulajadi, objek buatan manusia huruf dan angka. Rekaan logo biasanya bersifat ringkas dan mudah, mewakili identity organisasi, mempunyai keaslian, menggunakan warna yang minimum, dapat menyampaikan mesej, mengekalkan asas seni reka serta kemas dan menarik. Biasanya logo terdapat pada dinding bangunan, bahan bercetak seperti kepala surat, sampul surat dan sebagainya.
 
                Logo boleh dilihat di mana-mana sahaja seperti yang biasa dilihat ialah logo syarikat, logo organisasi atau pertubuhan. Untuk menghasilkan sesebuah logo yang baik, logo itu mestilah jelas dan mudah dibaca. Selain itu, pereka grafik perlu memastikan logo yang direka adalah memenuhi permintaan pelanggan dan kena dengan produk dan perkhidmatan mereka. 

                Apabila merekabentuk sesebuah logo, cabaran yang akan ditemui ialah logo yang direka mestilah berbeza dengan logo yang lain maka, sesebuah logo mestilah mempunyai keunikan, mudah diingati dan boleh dibezakan. Sesebuah logo juga mestilah direka mengikut kesesuaian terhadap syarikat itu. Sebagai contoh, logo syarikat insuran adalah tidak sesuai bagi logo syarikat kereta.


Ciri- ciri logo yang baik
Untuk mereka logo yang jelas, ia mesti mudah diingati dan mudah dibaca dan juga memastikan logo itu memenuhi permintaan pelanggan. Mesti juga mempunyai perbezaan dalam produk dan perkhidmatan dengan syarikat lain. Ia perlu sesuai untuk perniagaan pelanggan dan boleh menunjuk atau melambangkan produk, perkhidmatan dan syarikat yang mempunyai keistimewaan yang tersendiri serta menggunakan ‘graphic impact’ untuk meghasilkan sesebuah logo.

Logo boleh dihasilkan dalam 4 jenis iaitu logotype yang menggunakan nama dan Alphabet untuk menghasilkan logo. Pictorial visual yang mempunyai gambar dan gambar itu akan menunjukkan produk dan perkhidmatan syarikat yang diwakili. Ketiga ialah abstrak visual iaitu logo yang tidak mempunyai gambar, initial ialah perkataan pertama terhadap nama tersebut serta kombinasi iaitu campuran terhadap mana-mana jenis logo di atas.


Jenis-Jenis logo
i) Logo Huruf
Logo Huruf menggunakan  huruf ringkas (initial), misalnya UPM, A&W, dan lain-lain. Logo huruf juga menggunakan keseluruhan perkataan seperti AVON, PANASONIC, PHILIPS dan sebagainya. Sesetengah logo huruf hanya menggunakan huruf dan imej, contohnya TV3 dan 7UP.
Ciri-ciri logo huruf termasuklah:
i) Reka bentuk huruf yang berkesan untuk menunjukkan mesej.
ii) Mengandungi unsur-unsur seni supaya rekaannya menarik.
iii) Berasaskan bentuk atau rupa satu huruf atau gabungan lebih daripada satu huruf.

ii) Logo Representasi (Pictogram)
Logo representasi menggunakan imej semata-mata, misalnya logo oleh syarikat minyak  Shell, Petronas dan Maybank Berhad. Terdapat juga logo representasi yang menggabungkan imej dan huruf, contohnya Pizza Hut dan MAS. Punca idea logo representasi adalah berdasarkan rupa objek alam sekeliling dan objek yang dipermudahkan (bersifat 2D), misalnya motif flora dan fauna. Logo representasi masih mengekalkan bentuk asal, tetapi disesuaikan dengan ciri logo.