21 dan 25 Januari 2013 saya telah meluangkan masa melakukan lawatan ilmiah ke Kampung Pasir Durian. Ia bukan lawatan yang sangat ilmiah dalam ertikata sebenar tetapi ia adalah taaruf awal dan memahami tentang penyelidikan yang sedang dirangka. Ianya lebih kepada satu lawatan 'menyelam sambil minum ' air...terima kasih kepada Dr. Normah yang merangka lawatan ini kerana ia cukup membantu saya. Masa yang ada sangat terhad kerana belajar secara separuh masa sememangnya tidak ada masa, terutamanya untuk saya.
Lawatan pada 21 Januari lebih kepada mengenali warga tembikar Kampung Pasir Durian dan pada 25 Januari membuat satu rumusan awal. Komuniti pengiat tembikar di sana sememangnya sangat kecil dan lebih menyedihkan lagi ia tidak lagi aktif sepenuhnya. Kebanyakkannya berumur sekitar 60 tahun ke atas dan ini satu yang sangat membimbangkan bagi satu warisan negeri Pahang. Sebelum ke Kampung Pasir Durian saya telah berkunjung ke Muzium Pekan untuk mencari dokumentasi-dokumentasi lepas berkaitan tembikar tradisional negeri Pahang. Hanya satu dokumen yang saya perolehi iaitu yang ditulis oleh Dr. Salwa Ayob..satu penulisan yang lengkap dan sangat membantu.
Di dalam penulisan Dr. Salwa ada dinyatakan nama pengiat-pengiat tembikar tradisional di Kampung Pasir Durian. Mujur saya ada mencatat nama-nama tersebut dan saya bercadang untuk mengenalpasti kewujudan nama-nama baru yang menjadi pewaris kesinambungan legasi tembikar ini. Saya telah bertanya pada Puan Hamidah tentang pengiat-pengiat yang telah saya perolehi dan dapat saya rumuskan pengiat-pengiat di Kampung Pasir Durian boleh dipecahkan kepada beberapa kumpulan dan individu. Apa yang menakutkan ialah ketiadaan penyambung aktif kepada tembikar tradisional ini. Satu-satunya pengiat tembikar di negeri Pahang telah diusahakan oleh Mat dan Zainal di bawah satu bumbung bernama Temin Kraf.
Ada beberapa persoalan yang bermain di dalam kepala saya tetapi terpaksa saya simpan terlebih dahulu. Berhenti di sini seketika...nanti saya sambung lagi tentang isu ini. TQ