Sabtu, 22 Mac 2008

SOLAT FARDU RASULULLAH TIDAK PERNAH BERSENDIRIAN
Oleh: SAHBULAH DARWI

KEPENTINGAN solat lima waktu sememangnya diketahui umum oleh umat Islam sehingga ia diletakkan pada kedudukan kedua dalam rukun Islam selepas mengucap dua kalimah syahadah. Begitupun, keadaan umat Islam pada zaman ini yang sebahagiannya didapati sengaja mencuaikan perintah Allah ini, apatah lagi untuk menunaikannya secara berjemaah, adalah suatu realiti yang amat menyedihkan hari ini. Oleh itu, adalah penting untuk masyarakat Islam diberikan dorongan (targhib) dengan menerangkan kelebihan dan keistimewaan solat berjemaah bagi menarik mereka kepada amalan tersebut kerana ia bukan sesuatu yang boleh dipaksa.Nabi Muhammad telah mendidik para sahabatnya serta umat Islam keseluruhannya sehingga akhir zaman supaya bukan sahaja menjaga solat lima waktu tepat pada waktunya, bahkan supaya bertekun mengambil berat terhadap solat berjemaah. Hatta, Baginda tidak pernah bersolat fardu secara sendirian sepanjang hayatnya.


Dalam hadis Qudsi yang diriwayatkan oleh Abu Qatadah Rasulullah bersabda:Allah berfirman, Aku telah memfardukan ke atas umatmu solat lima waktu. Aku sungguh-sungguh telah berjanji dengan diri-Ku bahawa sesiapa yang menjaga solat tepat pada waktu maka Aku bertanggungjawab untuk memasukkannya ke dalam syurga. Sebaliknya bagi sesiapa yang tidak menjaga solat, Aku langsung tidak bertanggungjawab ke atasnya. (Riwayat Abu Daud dan Ibu Majah).Ketika hampir wafat, Baginda tetap pergi ke masjid untuk menyertai solat berjemaah yang diimamkan oleh Saidina Abu Bakar. Demikianlah perilaku mulia yang ditunjukkan Baginda supaya umat Islam mengambil contoh tauladan untuk turut bersungguh-sungguh menjaga solat berjemaah yang dijanjikan banyak ganjaran dan rahmat daripada Allah.

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar bahawa Rasullullah bersabda: Sesungguhnya solat berjemaah adalah 27 kali ganda lebih afdal daripada solat bersendirian. (Riwayat Imam Malik, Bukhari dan Muslim).Apabila seseorang itu mendirikan solat dengan ikhlas bersama niat untuk memperoleh keredaan Allah dan berniat mendapatkan ganjaran (ihtisab), maka cara yang mudah ialah bersolat di masjid dengan berjemaah dan bukan melakukannya secara sendirian. Sebagaimana seorang pekerja tidak mungkin kita melepaskan peluang untuk meraih gaji RM27 untuk sesuatu pekerjaan mudah, sebaliknya berpuas hati dengan hanya RM1. Tamsilan tersebut hanya bertujuan memberikan gambaran kerana lazimnya manusia lebih mudah memahami keuntungan atau kerugian berkaitan hal keduniaan. Namun sebenarnya keuntungan dalam amalan agama sebagaimana solat adalah terlalu besar.

Anas bin Malik meriwayatkan Rasulullah bersabda: Sesiapa yang mengerjakan solat berjemaah kerana Allah dengan memperoleh takbiratul ula selama 40 hari akan mendapat dua kelepasan, kelepasan daripada api neraka dan kelepasan daripada sifat munafik. (Riwayat al-Tirmizi).Antara ganjaran lain ialah Allah akan mengurniakan lima keistimewaan;Pertama, akan diangkat kesempitan hidup;Kedua, akan dihindar daripada azab kubur;Ketiga, akan menerima buku catatan amalan melalui tangan kanan;Keempat, akan melintasi titian sirat sepantas kilat dan kelima, akan memasuki syurga tanpa hisab. Sebahagian ulama meletakkan hukum bagi solat fardu lima waktu secara berjemaah untuk golongan lelaki ialah fardu ain. Manakala sebahagian ulama pula mengatakannya sebagai fardu kifayah dan sebahagian lagi ulama termasuk Imam Syafie berpendapat ia adalah sunat muakkad.*Golongan munafik Pada zaman Rasulullah, kesemua orang Islam akan datang ke masjid solat berjemaah, kecuali mereka yang benar-benar uzur manakala golongan munafik pula tidak menyertai solat Isyak dan Subuh secara berjemaah kerana merasakan mereka tidak akan dapat dilihat pada dua waktu yang suasana harinya agak gelap itu.Abdullah bin Abbas berkata bahawa Rasulullah bersabda: Sesiapa yang mendengar azan dan tidak pergi menunaikan solat berjemaah tanpa sesuatu sebab yang menghalangnya iaitu keuzuran daripada menyertai solat berjemaah maka solat yang dikerjakan (tanpa berjemaah) tidak akan diterima. Para sahabat bertanya: Apakah keuzuran itu? Jawab Rasulullah: Takut atau sakit. (Riwayat Imam Abu Daud dan Ibnu Hibban).


Bagaimanapun ulama muktabar sepakat mengatakan bahawa perkataan ‘solat tidak akan diterima' bermaksud bahawa dia tidak akan mendapat ganjaran daripada Allah melalui solat yang dikerjakan itu, sebaliknya hanya sekadar terlepas daripada kewajipan menunaikan solat fardu. Ulama menggariskan keuzuran yang dimaksudkan dalam hadis di atas termasuk cuaca yang terlampau sejuk, hujan lebat, terpaksa buang air, lapar atau dahaga, takut kepada pemiutang kalau-kalau dimintanya di tengah jalan sedangkan ia benar-benar tidak mampu, takut kepada orang zalim dan siap sedia untuk bermusafir, takut kalau-kalau terlewat atau ketinggalan.Rasulullah bersabda: Seseorang itu mengambil wuduk dengan sempurna lalu berjalan menuju ke masjid semata-mata untuk bersolat maka setiap langkah yang dilangkahinya akan ditingkatkan satu darjat, (langkah yang sama) digugurkan satu dosa, dan diberikan satu pahala. Setelah bersolat, jika dia terus duduk di dalam masjid (dengan keadaan berwuduk) maka para malaikat akan memohon rahmat dan keampunan untuknya. Selama mana dia terus menunggu untuk menunaikan solat yang seterusnya maka dia akan terus menerus mendapat pahala solat selama masa dia menunggu solat tersebut. (Riwayat Imam Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tirmizi dan Ibnu Majah). Diriwayatkan daripada Sahl bin Sa'idi bahawa Rasulullah bersabda: Berilah berita gembira kepada mereka yang selalu berjalan ke masjid dalam kegelapan malam bahawa mereka akan memperoleh nur yang sempurna pada hari kiamat. (Riwayat Ibnu Majah).

Dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Abu Said, Rasulullah bersabda: Apabila kamu melihat seorang yang selalu ke masjid maka hendaklah kamu bersaksi atas keimanannya. Lalu baginda membaca surah al-Taubah ayat 18 yang bermaksud: Sesungguhnya mereka yang memakmurkan masjid-masjid Allah (yakni yang menghidupkan amalan dalamnya) ialah orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat... Begitu besar ganjaran yang disediakan untuk orang yang bersolat jemaah sehinggakan mereka yang tidak sempat untuk menyertai jemaah turut diberi ganjaran seandainya sebelum itu dia menyangka solat belum selesai lagi. Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: Seseorang yang berwuduk dengan sempurna lalu pergi ke masjid untuk bersolat berjemaah) lalu mendapati orang ramai telah selesai solat berjemaah, Allah akan memberi kepadanya ganjaran pahala yang sama sebagaimana mereka yang telah bersolat berjemaah, tanpa mengurangkan sedikit pun daripada pahala mereka. (Riwayat Abu Daud, Nasai dan Hakim). Sebenarnya terlalu banyak sabda Rasulullah yang menggalakkan umat Islam untuk menunaikan solat secara berjemaah namun beberapa hadis di atas adalah memadai untuk mereka yang benar-benar mahu mengikut jejak langkah yang ditunjukkan oleh Baginda. Sesungguhnya Islam bukanlah hanya berkenaan perkara solat sahaja kerana agama yang syumul itu merangkumi segenap aspek kehidupan dan cara hidup manusia yang lengkap, namun solat adalah perkara asas dalam ajaran agama itu yang perlu dikerjakan dengan sempurna. Dan sama ada ibadat kita diterima atau tidak, hanya Allah sahaja yang mengetahui namun Rasulullah telah menunjukkan cara-cara bagaimana setiap amalan itu dapat diterima oleh Allah sekiranya dilakukan mengikut sunah Rasulullah, dan solat berjemaah adalah salah satu sunah Baginda.Sebagaimana yang dinyatakan oleh Abdullah Ibnu Mas'ud: Rasulullah mengajarkan kami jalan-jalan petunjuk (sunanul huda) dan di antara jalan-jalan hidayah itu ialah mengerjakan solat berjemaah di masjid yang dilaungkan azan.
(Riwayat Imam Muslim, Abu Daud, Nasai dan Ibnu Majah).
-dipetik dari Bicara Agama
-Utusan Malaysia Online
4Jun 2007

Jumaat, 21 Mac 2008

YOU'RE MY EVERYTHING
(J.M. de Scarano/N.Skorsky/L.Gomez)
SANTA ESMERALDA - 1977
You're my everything the sun that shines above you makes the blue bird sing
the stars that twinkle way up in the sky
tell me I'm in love
When I kiss your lips
I feel the rolling thunder to my fingertips
and all awhile my head is in despair deep within I'm in love
You're my everything
and nothing really matters but the love you bring
you're my everything
to see you in the morning with those deep brown eyes
You're my everything
forever any day I need you close to me
you're my everything
you'll never have to worry
never fear for I am near
Oh, my everything
I live upon the land that see the sky above
I swing within her oceans sweet and warm there's no storm my love
You're my everything
no nothing really matters but the love you bring
you're my everything
to see you in the morning with those deep brown eyes
You're my everything
forever any day I need you close to me
you're my everything
you'll never have to worrynever fear for I am near
When I hold you tight there's nothing
that can harm you in the lonely night
I'll come to you and keep you safe and warm it's so strong my love
When I kiss your lips I feel the rolling thunder to my fingertips
and all a while my head is in despair deep within I'm in love.

Khamis, 20 Mac 2008

Pasir Pandak Part 2

Macam istana rumah ni punye le beso
melepaskan gian terpendam
masjid kat kg Buntal
Shopping di pasar kg Buntal...erm..

sambung sikit lagi journey di Pasir Pandak.....


Kuching ni boring sikit..bila ari cuti je rasa mcm nak tumbuh tanduk. Tapi apa pun kira ok je la..duk sini lebih kurang lepak kat Selancar je la...xde nak ke mana...tension...aku ni lagi la..tapi redha je la ni sudah qada dan qadar Allah...pasrah je beb,....Alhamdulillah

JALAN-JALAN KE PASIR PANDAK

Gunung Santubong
persediaan awal...
langkah seterusnya
posing dulu
Surau Kg Pasir Pandak

Assalamualaikum...


Hari ni Maulidur Rasul..sik ada apa nak buat so bini aku ajak g berkelah. Nak ke man enk?Erm..ke Pasir Pandak je la. Tak jauh dari rumah aku ni...40 min lebih kurang.

So perjalanan nak ke sana cam biasa je..jalan nak ke Santubong. Sesekali rasa cam bawak kete kat Batu Pahat.

So pantainya kira ok le..boleh le bawok noreh..kitaorang cari le tempat nak pot...so dapat la kat tepi rumah orang kaya tak jauh dari situ ada la surau.

Yang penting Nana Nini boleh lepas gian mandi. Sebelum tu soru dulu beb.

Aku berpeluang jemaah zohor kat surau kg. Pasir Pandak, kebetulan diaorang ada sambutan Maulidur Rasul.

Abih mandi n makan kitaorang gerak g ke Kg. Buntal, ingatkan macam Beserah...ermmm ok la.

Alhamdulillah dua tiga hari ni rasa cam ok tapi aku tak suka rasa cam ni.


Esok cuti lagi, apa nak buat enk.

Rabu, 19 Mac 2008


YOU LIGHT UP MY LIFE (Debbie Boone)

So many nights I sit by my window
Waiting for someone to sing me his song
So many dreams I kept deep inside me
Alone in the dark but now
You've come along


You light up my life
You give me hope
To carry on
You light up my days
and fill my nights with song


Rollin' at sea, adrift on the water
Could it be finally I'm turning for home?
Finally, a chance to say hey,
I love You
Never again to be all alone


You light up my life
You give me hope
To carry on
You light up my days
and fill my nights with song


You light up my life
You give me hope
To carry on
You light up my days
and fill my nights with song


It can't be wrong
When it feels so right
'Cause You
You light up my life

Selasa, 18 Mac 2008

HIDUP INI SUDAH TERTULIS DAN KITA TELAH MEMILIH>>>


assalamualaikum


dah lama aku tidak menulis...sibuk dgn tesis, yang aku kira sebagai penyakit yang kronik akan sembuh dengan izin Allah. Pergh.....hari ni aku cuba bincang dengan Prof. Khairul...nampaknya positif siap ada membayangkan tesis aku punya contribution le pada masa depan..tapi aku pun tak tau.


Penyelia aku mcm biasa...sembang dan sembang...tapi dia still the best penyelia dengan idea yang menyala


Naib Penyelia...kena buatan orang...bulan 9 baru sembuh


Banyak sungguh dugaan yang perlu aku hadapi dalam menyiapkan tesis ni..

aku kira ini adalah kifarah

natijah dari dosa tak taubat pada masa lalu mungkin juga masa kini


Bulan ni cukup menarik

terutama iklim politik Malaysia

BN is nearly ended...hope so

kekalahan di 5 negeri dan kehilangan KL

satu penampar jepun untuk Pak Lah

untuk bangun....

Aku cuma boleh berdoa untuk negara yang aman dan selamat untuk generasi akan datang


Adikku

Zamri...

Bukan Along tak faham masalah ngko

Bila aku ingatkan Adam

Aku simpati

tapi apa daya aku...

Aku tak dendam untuk dulu2

Tapi aku harap ngko sabo ini adalah dugaan dariNya

dan aku harap engkau berubah dik


Soal selidik akan kembali so doakan aku ok.........

Wassalam