Jumaat, 11 Julai 2008

hohohoho

sememangnya
dari apa yang aku paham
kehidupan di dunia ini
akan ada halangan di depan
apalah erti hidup tanpa halangan

tetapi
aku berdoa
agar aku dengan kepala lutut yang longgar ini
mampu melangkah dan terus melangkah


doakan aku kawan...

TERUS

hari berlalu sepantas air melaju turun dari dari gunung
aku dan kesusahanku
dan pelbagai perkara yang memanjat di belakangku
mujur..
Allah menghiaskan hidupku dengan 3 gadis...
isteriku..
nana..
nini..(mesti nini marah sebab bubuh nama dia last heheheh)
inilah yang mendorong aku untuk terus..
aku pun tak tau nak terus ke mana..
tapi aku menanamkan keyakinan
terusku ini akan Allah tentukan ke arah yang baik-baik
insyaAllah..
aku yang hilang momentum

Selasa, 8 Julai 2008

Julai yang julai


Aku rasa perjalanan semakin penghujung..cuma aku ni x taw mana satu ujung hehehehehe...bulan julai..julai ni kalu kat pahang maknanya ujung la. patut la aku rasa mcm kat ujung je...mcm2 dugaan yg aku perlu harungi kebelakangan ni. Mungkin ini kifarah..mungkin juga ujian ataupun dugaan..aku peun tak taw. Untungnya ada kawan-kawan yang ingin membantu...tapi berapa org je..aku perlu teruskan walaupun aku tidak pasti. Aku berdoa dan aku yakin Allah jua yang akan memakbulkannya.

Ini adalah kehidupan, tanpa halangan di hadapan kiri dan kanan apalah erti hidup sebenarnya..orang mati pun ada dugaan..hahahaha. Aku usaha dan menghulurkan tangan setinggi dada meminta pada yang satu yang maha tahu. Setan macam biasa mengambil peranan penting dengan begitu efisyen. Seperti satu kenalan baru aku ni, hari ni aku mendapat berita kakinya telah dipotong sebelah sebab diabetes...argh apa erti hidup...huhuhu tapi ini adalah perkara2 yang tertulis di sana dan kita telah membuat pilihan..dan apa pilihannya kita kena menanggung akibatnya. Walaubagaimanapun selagi nafas bertali keluar masuk ikut idung ni...insyaAllah ada le rezeki kita dari Allah. Orang sembah berhala pun ada rezeki hahahahah.

Well doakan aku

sebab aku tiada kekuatan

letih dan lemah

rindu dan sayu


wassalam