Rabu, 8 April 2009

PERANCANGAN ALLAH JUA YANG LEBIH BAIK..
















Dalam perjalanan kehidupan ada pelbagai cabaran yang menunggu disepanjang nya...adakala ianya sangat besar dan menyakit,adakala ianya memang sebegitu untuk menguji akal dungu kita...
Awal April aku berada di Taman Negara dan Pulau Pangkor. 2 aktiviti berbeza tetapi setidak-tidaknya ia mengerakkan otak aku ini untuk berfikir.
Dalam diri ini ada beberapa keinginan yang masih gagal dilunasi...dan aku kira apabila ia telah dilunaskan...akan ada pelbagai lagi keinginan..kerana nafsu yang memberahi membelit dan mengigit.
Hampir atau lebih kurang 16 tahun lalu aku teringat saat-saat di Taman Broleh atau lebih tepat lagi MPBP. Sudah tentu keinginan aku sebelumnya ingin menjadi seorang pereka yang hebat, tetapi ketentuan Allah membawa aku ke dunia pendidikan tanpa henti ini. Walaubagaimana pun aku kira 16 tahun lalu membawa ke hari ini ada lagi tablet-tablet memori yang hebat kesannya terhadap diri ku.
Apapun dengan ketentuan Allah ia telah memandu aku ke jalan yang lain.
Aku kira ianya sangat besar rahmatnya utk aku yg sentiasa malas berfikir.
Tapi aku bersukur kerana perancangan Allah itu hebat-hebat belaka untuk aku ini.
OK dadadada

** menunggu junior dan melihat nana nini menjadi anak dara...wow time running so fast





.
.
.