Sabtu, 26 November 2011

Beserah


Ada satu memori yang sentiasa melekat kuat di ingatan saya ialah hari-hari di mana arwah Mak Angah masih ada. Saya masih ingat suasana di Beserah, Kuantan..kami adik beradik sesekali akan berkunjung ke sana terutama semasa cuti semasa itu arwah masih ada dan beliau bertugas sebagai guru (ustazah) di SK. Teruntum. Di belakang rumah arwah jelas kelihatan dua ceper satelit bumi yang sangat besar. Di antara kawasan larangan satelit dan kawasan perumahan tersebut dipisahkan oleh satu kawasan padang. Di situ sekali sekala saya dan adik-adik serta sepupu bermain dan berlari. Mak Ngah juga membawa kami untuk makan malam di benteng Beserah..dulu jarang ada budaya makan di luar terutama malam malah seingat saya tidak banyak pilihan kedai makan di Kuantan.


Beserah merupakan satu sub kawasan di Kuantan yang sangat menarik dan sentiasa mengamit memori. Adakala angin bertiup dari laut terasa sangat nyaman sekali terutama apabila terik matahari menyinar...tidak jauh dari kawasan perumahan diselangi kampung melayu jelas kelihatan kawasan pantai yang sangat indah. Di situ pernah kami mandi bergelak ketawa hahahah zaman kanak-kanak sangat indah. Setelah saya remaja di situ telah dibina satu stesen minyak Shell dan PSPN serta beberapa binaan lagi.

Dan kini apabila umur hampir menjangkau keTUAan (jika boleh saya kata begitu)..apabila memandu sepanjang jalan Beserah, ingatan saya pada arwah sangat kuat....dan beberapa memori lagi yang boleh membawa ke situ.

wallahuallam

* al fatihah untuk arwah Rohani binti Haji Ishak yang juga membantu emak membesarkan saya.



Jumaat, 25 November 2011

No. 1 atau 2...


Esok 26/11/2011 bersamaan dengan hari sabtu..bermakna 1 minggu saya dan keluarga bertahan di Kuala Lipis semasa cuti akhir tahun...hebat kami..tahniah...

Sebenarnya saya bercadang untuk menghadiri acara perkahwinan seorang pelajar KPLI, Nurul Aisya namanya, orang Bentong dan majlisnya akan di langsungkan di Thai House di Taman Melati, Gombak. Nurul Aisya nama yang baik..sebaik orangnya yang bersusah payah mengundang saya ke majlis beliau..TQ

Sehari dua ini saya memikirkan satu persoalan satu pernyataan yang didengari dari satu sumber..begini bunyinya.."..saya tidak mahu jadi nombor dua, saya mahu jadi nombor satu..". Kenyataan ini begitu mendalam maknanya dalam diri saya. Ia sangat kena mengena dengan saya.

...Jika berbicara tentang kedudukan dalam kelas..bermula dari sekolah rendah hinggalah ke sekolah menengah..saya tidak pernah merasa no 1 atau 2 (seingat saya la...)..saya tidak kisah sangat tentang kedudukan semasa itu kecuali emak....hihihihi

Jika bercakap tentang no 1 atau 2, saya merujuk pada rancangan TV realiti kebelakangan ini..kebanyakan yang mendapat nombor 1 akhirnya tidak menonjol akhirnya ada yang tersungkur..contohnya Faizal Ramly AF4..popular sangat ke? hihihihi Mawi pun dah jatuh merudum. Bagaimana pula Faizal Tahir dan Suki Low..Faizal Tahir di tempat yang kedua dan dia sangat popular berbanding Suki di tempat pertama...Suki sedang cuba utk naik pada pendapat saya...
Satu contoh yang paling hebat ialah Aizat Amdan yang bukan sahaja tidak mendapat tempat pertama mahupun kedua tetapi terkeluar di pertengahan rancangan. Beliau antara anak muda yang kreatif dan sedang naik..hebat bukan.

Tetapi itu jika buat perbandingan dunia hiburan...bagaimana pula kalau isteri pertama dan isteri kedua..hahahaha isu ini sangat sensitif malah ia sangat kena mengena dengan latar kehidupan saya...so saya tak mahu cerita hihihihihi

Saya ingin membuat satu rumusan mudah kerana saya mahu fikirkan yang mudah-mudah sahaja. No 1 atau 2 itu bagi saya bukan perkara yang besar bagi saya...kerana jika kita berusaha keras kita akan menjadi apa yang kita mahu tetapi kita masih terikat dengan ketentuan Allah. Di akhir penulisan ini baru saya teringat dari sumber mana pernyataan di atas didengari..ia dari seorang atlit Sukan Sea (ye kot...)hahahaha...nombor berapa kedudukan anda berada...anda tetap penting dan pasti akan memberi sumbangan pada sekeliling anda samada kecil atau besar...namun jika anda memilih untuk menjadi no 1 bersedia juga untuk menjadi no 2 dan seterusnya dan tiada akhirnya.

wallahuallam

* penulisan ini tiada kena mengena samada bagi individu yang hidup atau mati.

Khamis, 24 November 2011

Logo

Logo ialah lambang bagi sesebuah syarikat, pertubuhan, kelab atau persatuan. Syarikat perniagaan menggunakan logo sebagai tanda perniagaan dan identity (trademark) supaya mudah dikenali. Logo direkacipta berdasarkan objek alam semulajadi, objek buatan manusia huruf dan angka. Rekaan logo biasanya bersifat ringkas dan mudah, mewakili identity organisasi, mempunyai keaslian, menggunakan warna yang minimum, dapat menyampaikan mesej, mengekalkan asas seni reka serta kemas dan menarik. Biasanya logo terdapat pada dinding bangunan, bahan bercetak seperti kepala surat, sampul surat dan sebagainya.
 
                Logo boleh dilihat di mana-mana sahaja seperti yang biasa dilihat ialah logo syarikat, logo organisasi atau pertubuhan. Untuk menghasilkan sesebuah logo yang baik, logo itu mestilah jelas dan mudah dibaca. Selain itu, pereka grafik perlu memastikan logo yang direka adalah memenuhi permintaan pelanggan dan kena dengan produk dan perkhidmatan mereka. 

                Apabila merekabentuk sesebuah logo, cabaran yang akan ditemui ialah logo yang direka mestilah berbeza dengan logo yang lain maka, sesebuah logo mestilah mempunyai keunikan, mudah diingati dan boleh dibezakan. Sesebuah logo juga mestilah direka mengikut kesesuaian terhadap syarikat itu. Sebagai contoh, logo syarikat insuran adalah tidak sesuai bagi logo syarikat kereta.


Ciri- ciri logo yang baik
Untuk mereka logo yang jelas, ia mesti mudah diingati dan mudah dibaca dan juga memastikan logo itu memenuhi permintaan pelanggan. Mesti juga mempunyai perbezaan dalam produk dan perkhidmatan dengan syarikat lain. Ia perlu sesuai untuk perniagaan pelanggan dan boleh menunjuk atau melambangkan produk, perkhidmatan dan syarikat yang mempunyai keistimewaan yang tersendiri serta menggunakan ‘graphic impact’ untuk meghasilkan sesebuah logo.

Logo boleh dihasilkan dalam 4 jenis iaitu logotype yang menggunakan nama dan Alphabet untuk menghasilkan logo. Pictorial visual yang mempunyai gambar dan gambar itu akan menunjukkan produk dan perkhidmatan syarikat yang diwakili. Ketiga ialah abstrak visual iaitu logo yang tidak mempunyai gambar, initial ialah perkataan pertama terhadap nama tersebut serta kombinasi iaitu campuran terhadap mana-mana jenis logo di atas.


Jenis-Jenis logo
i) Logo Huruf
Logo Huruf menggunakan  huruf ringkas (initial), misalnya UPM, A&W, dan lain-lain. Logo huruf juga menggunakan keseluruhan perkataan seperti AVON, PANASONIC, PHILIPS dan sebagainya. Sesetengah logo huruf hanya menggunakan huruf dan imej, contohnya TV3 dan 7UP.
Ciri-ciri logo huruf termasuklah:
i) Reka bentuk huruf yang berkesan untuk menunjukkan mesej.
ii) Mengandungi unsur-unsur seni supaya rekaannya menarik.
iii) Berasaskan bentuk atau rupa satu huruf atau gabungan lebih daripada satu huruf.

ii) Logo Representasi (Pictogram)
Logo representasi menggunakan imej semata-mata, misalnya logo oleh syarikat minyak  Shell, Petronas dan Maybank Berhad. Terdapat juga logo representasi yang menggabungkan imej dan huruf, contohnya Pizza Hut dan MAS. Punca idea logo representasi adalah berdasarkan rupa objek alam sekeliling dan objek yang dipermudahkan (bersifat 2D), misalnya motif flora dan fauna. Logo representasi masih mengekalkan bentuk asal, tetapi disesuaikan dengan ciri logo.