Simplisiti
Simplisiti atau kesederhanaan
merupakan prinsip seni reka yang bersifat sederhana dan tidak terlalu berat
komposisinya. Prinsip kesederhanaan ini dapat member ilusi yang menarik dan
mendorong audien untuk terus
menghayati sesuatu karya seni terseb
Dominan
Dominan merupakan salah satu prinsip
yang selalu digunakan dalam penghasilan reka bentuk grafik. Misalnya penggunaan
warna yang dominan dalam reka bentuk kad jemputan dan juga papan iklan. Dominan
berasal dari perkataan Dominance yang bermaksud keunggulan. Sifat unggul dan istimewa ini menjadikan
sesuatu unsure seni tersebut sebagai penarik dan menjadi pusat perhatian.
Dominan mempunyai beberapa tujuan iaitu menarik perhatian, menhilangkan kebosanan
dan member titik focus pada sesuatu karya yang dihasilkan.
Harmoni
Harmoni wujud pada benda-benda alam
dan benda buatan manusia. Harmoni adalah sesuatu rekaan seni visual yang
melibatkan susunan atau ulangan unsur-unsur seni visual mengikut cara dan
prinsip yang tersusun dan menimbulkan kesan yang menarik. Dalam konteks seni,
ulangan garisan, rupa, bentuk, jalinan dan ruang dalam gaya
dan arah yang tertentu atau berpandukan garisan grid akan menghasilkan gubahan
yang harmoni. Aplikasi prinsip rekaan harmoni dapat menimbulkan gambaran yang
sempurna, teratur, seragam dan selesa pandangan mata.
Kontra
Kontra wujud apabila terdapat
unsur-unsur seni yang mempunyai ciri-ciri bertentangan atau bercanggahan dalam
suatu gubahan. Kontra juga berkaitan dengan fokus kerana ciri-ciri bertentangan
menimbulkan perbezaan. Kesan kontra dapat ditimbulkan dalam kegiatan
menghasilkan karya-karya seni visual melaui pengolahan unsur-unsur seni yang
berlainan, Kontra banyak diaplikasikan dalam gubahan seni visual kerana
aplikasi prinsip ini dapat memberi penegasan dan tumpuan. Ia juga dapat
mengelakkan kebosanan dan menjadikan hasil seni pelbagai serta menjadi lebih
menarik.
Penegasan
Penegasan wujud pada sesuatu gubahan
apabila terdapat unsur seni yang menonjol di dalamnya. Selain itu, ia juga
disebut sebagai Center of Interest, Focal
Point dan Eye Catcher. Dalam
proses penghasilan karya seni visual, ciri-ciri penegasan dapat dicapai melalui
cara menggunakan unsur-unsur seni yang berkontra, mengasingkan elemen yang
harus ditegaskan dan meletakkan objek penegasan di pusat tumpuan dengan menggunakan garisan grid
berpancaran. Aplikasi prinsip rekaan penegasan dalam gubahan seni visual dpat
menimbulkan focus atau tumpuan, menarik perhatian dan mengelakkan kebosanan.
Imbangan
Imbangan ditakrifkan sebagai suatu keadaan kesamaan dan berpadanan
dari segi berat, tarikan dan tumpuan perhatian yang terdapat dalam suatu
susunan unsur-unsur seni. Imbangan merujuk kepada pembahagian yang bersebelahan
atau berpadanan sama ada di sebelah kiri dan kanan atau atas dan bawah. Ia
terbahagi kepada dua iaitu imbangan simetri dan juga imbangan tak simetri.
Melaui imbangan, susunan tidak akan kelihatan berat sebelah dan akan mewujudkan
kesan kesatuan.
Irama dan
Pergerakan
Irama dan pergerakan dapat diwujudkan
dalam gubahan seni visual melalui pengolahan unsur-unsur seni dengan cara dan
teknik yang tertentu. Mengaplikasikan prinsip irama dan pergerakan dalamkegiatan menggambar dapat menghasilkan
irama dan suasana yang tertentu. Ia juga menjadikan gambar lebih menarik dan
menimbulkan daya tarikan serta menimbulkan kesan visual yang lebih hidup,
realistik dan berkesan.
Variasi atau
Kepelbagaian
Variasi adalah kepelbagaian yang
diperolehi melalui penggunaan kontra dan perincian sesuatu karya. Penggunaan
elemen kontra dalam hasil karya mampu mewujudkan variasi dari segi warna,
bentuk dan komposisi sesuatu hasil karya. Ia merujuk kepada penggunaan unsur
seni dan prinsip rekaan yang pelbagai dalam sesuatu hasil rekaan. Kepelbagaian
dapat memberikan gaya, variasi, tenaga dan tarikan dari gubahan tersebut.
Kesatuan
Kesatuan wujud pada sesuatu gubahan
apabila kesemua unsur-unsur di dalamnya mempunyai satu tema atau idea yang sama
dan menyeluruh. Penggunaan unsur seni, tema serta rekaan yang baik dapat
mewujudkan kesatuan pada sesuatu gubahan seni visual. Mengaplikasikan prinsip
kesatuan dalam karya seni akan menjadikan hasil itu kelihatan lebih lengkap,
teratur dan sempurna di mana ia menimbulkan kesan yang sepadu dan memberi
impak dari segi kekuatan karya.
*diambil scrib