Selasa, 15 November 2011

Apabila mereka kerap berkunjung dan bertanya

Peperiksaan  semester II 2011 hampir berakhir, kebelakangan ini kerap pelajar-pelajar dari satu kelas yang saya ajar datang ke bilik minta masuk ke kelas. Saya merasa sangat aneh sedangkan sebelum ini semasa mereka menyediakan arca untuk amali, saya masuk ke kelas mereka langsung tidak menghiraukan, malah menjeling pun tidak. Akhirnya saya mendapat jawapan...mereka mahukan sesuatu dari saya..hahahahaha...sorry

Peristiwa di atas mengingat saya pada satu kelas lagi yg diajar. Berulangkali pelajar yang berbeza datang berjumpa saya samada sengaja atau tidak sengaja bertanya tentan penempatan praktikum. Tumpuan perbualan ialah tentang pasangan praktikum mereka. Saya mengesyaki sesuatu tetapi masih bersangka baik.

Dunia remaja penuh warna warni dan saya seronok mereka melaluinya dengan gembira, suka dan duka.



Isnin, 14 November 2011

Sheila Majid - Di Mana Kan Ku Cari Ganti



Bila mendengarkan lagu ini...mengingatkan hari2 remaja saya di Bukit Sekilau, Kuantan. Kehidupan sangat perit ketika itu (sekarang pun hihihi). Kuantan semasa itu baru sahaja membangun tetapi jauh lebih kedepan berbanding Temerloh (malah Bera belom ada semasa ini),...menuntut banyak cabaran dari jiwa gelora anak muda.

Hari-hari berlalu dinaungi pokok pain di belakang rumah, adakala kedengaran budak2 bermain bola dibawahnya. Di situ kedengaran suara Eri dan diikuti Iwan yg tak tahu apa2 cuma memerhati dgn minat. Sekali sekala bila pokok mempelam epal yg tumbuh lebat di belakang jamban menjadi pot bergayut melihat sekeliling. Tepi rumah saya adalah laluan utama (denai) short cut ke pejabat. Adakala kalau bernasib baik adalah anak dara yg lalu melepasi rumah saya hahahaha kalau nasib tak baik Heng yg lalu. Dia sangat pantas berjalan...dia punya minat yg besar pada muzik dan seni.

Kawasan luar selepas jambatan Jabatan Hutan di situ juga ramai kawan-kawan yg sama membesar. Saya teringat pada satu kenangan ketika berjalan kaki menuju ke kilang kayu di Semambu...Mak dan Abah melarang ttp saya berkeras kerana inginkan pengalaman. Pergi kerja bersama rakan-rakan sebaya..duit takde ttp mak bekalkan nasi utk makan tengahari...sekali sekala kami mendaki bukit berhampiran..ada juga antara rakan yg berbuat nakal (tak patut saya ceritakan di sini).

Kenapa lagu ini? Saya tidak pasti bagaimana kaset nyanyian Sheila Majid ini berada ri rumah. Album Lagenda ini selalu saya mainkan sambil mengadap buku utk menghadapi SPM. Sekali sekala saya berjalan kaki keluar ke depan dan bibir menyanyikan lagu2 dr album ini. terasa Sheila Majid duduk nyanyi bersama...ketika itu Roslan Aziz masih suami beliau. Jarak dari rumah saya ke depan ialah 3 kilometer....hihhhhhi..

Itu sahaja utk malam ini...saya cuma ingin memberi justifikasi tentang adakalanya lagu merupakan memori yg melekat kuat pada diri kita...kita boleh recall semula memori apabila mendengar sesebuah lagu. Itu sahaja buat masa ini...selebihnya Wallahuallam