Khamis, 10 Mei 2012

MASALAH : tiada yang tidak boleh diselesaikan kecuali mati..



Sudah dua hari saya sedang menghadapi satu masalah kecil yang telah menjadi besar..ianya bermula di sini dan maklumat akhir yang saya terima ia berlarutan memanjang. Saya merumuskan masalah ini berpunca dari komunikasi...dan ramai pihak yang bersetuju. Adakah masalah ini tidak boleh diselesaikan? insyaAllah..setiap simpulan pasti ada punca yang dapat ditarik untuk menenangkan keadaan.

Pada usia begini..saya tiada niat untuk memperlekeh atau mempersoalkan apa yang telah terjadi. Ia membawa saya mengenang kembali kenangan lama ketika di Kuching, Sarawak. Saya terpaksa belajar dari mula tanpa guru ketika mengambil master. Siksanya hanya Allah yang tahu dan anak isteri yang mengadap muka saya setiap hari. Setiap hari yang dilalui selama 2 tahun adalah hari-hari yang sangat ngeri dan meletihkan. Saya rasakan tiada jalan keluar....saya mengambil masa berbulan-bulan memikirkan tentang penulisan dan isi Literature Review saya..berpuluh buku, nota, catatan dan sebagainya yang saya baca...yang paling best kesemuanya membawa saya ke arah kebuntuan. Begitu juga pada masa saat-saat pembentangan atau kolokium..its really a pain staking..malah setelah setahun berlalu saya pernah berniat untuk berhenti..ia betul-betul pada puncak kebuntuan..kesesatan..penyesalan yang tiada penamatnya.

Tetapi Allah maha adil..Dia selalu mendengar rintihan makhluknya yang sentiasa meminta...saya berjaya menamatkan penulisan saya kurang 2 tahun dari masa yang ditetapkan..tetapi masalah belum berakhir begitu sahaja..saya perlu melalui pelbagai proses yang betul-betul menguji kesabaran...dan saya nyaris-nyaris untuk buat tak tahu sahaja..ini ialah bahana bila memilih utk buat master secara penyelidikan penuh..tiada kelas..tiada kawan..dunia sunyi sepi..hahahaha..tetapi saya mempelajari sesuatu yang sangat berharga dalam hidup.

Maaf, di atas bukan la saya nak bercerita sangat tentang pengalaman lepas yang telah habis tarikh luputnya..tetapi saya sekadar ingin bercakap tentang masalah...hidup manusia setiap hari adalah untuk menghadapi segala masalah samada suka atau tidak...sapa yang suka masalah ?..selesai satu akan datang 10 lagi..kenapa cuba lari ? kenapa cuba menyorok ?.....Maafkan saya jika seolah-seolah saya menganggap ia satu perkara yang mudah...tetapi saya sendiri pun sentiasa ada masalah hahahaha so hadapi masalah dengan segala daya yang Allah bekalkan.

Cukup sampai sini...mungkin anda tak faham apa yang saya cuba sampaikan..tetapi fahamilah kita manusia sentiasa pasti ada masalah..tak kira la ia minor, major atau double major hahahah dan jangan lupa pada satu arah tempat kita bergantung harap. Seorang penyair mengatakan :

Sungguh orang yang berjaya di dunia adalah orang
yang tidak bergantung pada siapa pun di dunia..

(Aidh Abdullah Al Qarni, Jangan Bersedih)

Apakah masalah yang akan saya hadapi esok ? Wallahuallam....semoga Allah memudahkan urusan kita semua...

Ahad, 6 Mei 2012

Buah Fikiran Ustaz Azhar Idrus

Tutuplah mulut dengan tangan ketika menguap. Sunat mengucap Astaghfirullah selepas menguap. #UstAzharIdrus

Jangan ceritakan rahsia kita pada orang lain. Lagikan diri sendiri tak boleh simpan rahsia, inikan pula orang lain. #UstAzharIdrus

Bila trjmpa hantu, baca doa Al'anuka Bilaknatillah (3x). Sila hafal, tak kan bila terjmpa hantu baru nak google, mana smpat dah? #UstAzharIdrus

Sabar dalam keadaan senang adalah lebih sukar daripada sabar dalam keadaan susah. #UstAzharIdrus

Kalau sudah tak boleh bersabar, pergi ambil wudhuk. InsyaAllah dengan berwudhuk, hati boleh tenang. #UstAzharIdrus

Seorang yang bertudung tidak semestinya baik tetapi seorang yang baik pasti akan bertudung. #UstAzharIdrus

Mak baca Surah Yasin (niat nak lembutkn hati anak) tiup pada air dan beri minum kepada anak yang degil. #UstAzharIdrus

Sumber :
#UstAzharIdrus
Apa yang baik datang dari Allah SWT. Apa yang tak baik datang dari kita semua. 

Sabtu, 5 Mei 2012

Ajal, Jodoh dan Rezeki

Assalamualaikum

Dah lama aku tak menulis...so malam ni aku nak menulis. Aku sendiri tak pasti apa yang hendak ditulis..cuma ada satu hal ini yang bermain di kepala...ya di kepala seperti biasa..dan aku pun tak tahu berapa ramai yang ketagihan membaca blog aku ni..hahaha..

Seperti yang sedia maklum setiap hari banyak perkhabaran yang kita dengar dari sekeliling...antara perkhabaran yang sangat dekat dengan kita ialah kematian. Baru-baru ni Bob Kuman telah pun pergi meninggalkan kita..aku rasa usianya sekitar 40 tahun. Hari ni seorang pelukis tanahair Syam Asmawi (http://www.facebook.com/syam.asmawi) telah pergi pergi pada usia sekitar 38 tahun...al fatihah untuk mereka.   Post ini bukan bertujuan bercerita tentang kematian...sekadar peringatan untuk diri dan para yang singgah di blog ini. Bagi saya pemergian mereka ini memberi kesan.....kehidupan dunia ini tiada apa-apa manafaatnya sangat..tiada apa yang nak dikejarkan...tetapi kita perlukan dunia...kerana ia jambatan ke akhirat..semoga kita sempat berbuat baik sebanyak mungkin sebelum masa kita yang tiba..insyaAllah.

Sepertimana ajal..jodoh, rezeki, pertemuan adalah semua di dalam ketentuan yang maha Esa. Bercakap tentang jodoh, terdapat pelbagai situasi yang aku jumpa dari rakan-rakan..macam-macam kisah suka dan duka. Jodoh adalah ketentuan Allah itu rumusan yang aku boleh buat dari apa yang member baik aku cakap tempohari. Aku dapat melihat dari raut wajahnya sedikit rasa kegusaran dan dicampur dengan rasa gembira..ntah mungkin dibuat-buat...hahahhaha ada cerita yang tak dapat aku cerita di sini...dan tak lupa juga nasihatnya yang sangat membina.

Sudah aku bercakap tentang ajal dan jodoh..tak patut rasanya aku tak cakap tentang rezeki...member aku cakap rezeki memang dah ada..tunggu kita je nak usaha..lebih usaha banyak dapat...tambahnya lagi rezeki tak macam  jodoh dan ajal..sebab kedua-duanya muktamad...hahahahahaha...disekeliling aku banyak kawan-kawan yang sangat murah rezekinya alhamdulillah semoga berkat rezeki korang dapat kita kongsi sama-sama...

Ok itu saja utk kali ini...sekadar bercerita..mungkin ia baik untuk kamu mungkin juga ia tidak tetapi saya berharap ia menyumbang sesuatu insyaAllah...

wallhuallam

Ahad, 8 April 2012

Rahsia kebahagiaan, sekalipun merasai kepahitan:

1. Jangan sesekali membenci, sekalipun hakmu dilanggari.
2. Jangan runsing dan perbanyakkanlah doa.
3. Hiduplah seadanya, sekalipun tinggi kedudukanmu.
4. Bersangkalah baik pd Tuhanmu, sekalipun ditimpa bencana.
5. Berilah sebanyak-banyaknya, sekalipun dinafikan.
6. Senyumlah selalu, sekalipun hatimu bersedih.
7. Berdoalah kepada saudaramu tanpa pengetahuannya.

Ahad, 1 April 2012

Bahagian 4 : KAJIAN REKABENTUK PEMBUNGKUSAN MAKANAN IKS


Ciri-ciri Visual dan Fizikal Reka Bentuk Pembungkusan                     
Ciri-ciri visual pada reka bentuk pembungkusan memainkan peranan utama bagi memperkenalkan produk kepada khalayak pengguna.  Dalam situasi pengguna tidak pasti atau keliru membuat pemilihan, ciri-ciri visual pada reka bentuk pembungkusan digunakan sebagai panduan kualiti sesuatu produk (Stoke , 1984).  Hal ini menunjukkan ciri-ciri visual boleh membantu pengguna membuat keputusan apabila mereka tidak pasti produk yang ingin dibeli.  Shimp (2003) menyatakan ciri-ciri visual merujuk kepada aplikasi elemen grafik seperti warna, bentuk, saiz dan bahan yang membina struktur pembungkusan.  Elemen-elemen ini perlu diaplikasikan dengan harmoni untuk menarik perhatian pengguna dan memberi makna kepada reka bentuk pembungkusan.  Sonsino (1990) pula menyatakan elemen-elemen grafik seperti warna, bentuk, tipografi dan illustrasi berperanan penting mengukuhkan produk dan identiti jenama.  Seni reka grafik dan bahan memainkan peranan penting dalam mencipta identiti pembungkusan.  Beliau memberikan fungsi-fungsi elemen grafik dalam pembungkusan, iaitu :
·         Memudahkan produk dikenali dalam pasaran.
·     Memberi maklumat kepada pengguna tentang kandungan dan faedah-faedah penggunaan produk.
·         Meningkatkan jualan produk.
·         Menambahkan ciri-ciri dan nilai terhadap produk.
·         Mengekalkan pembelian terhadap produk.
Selain elemen-elemen seperti warna, bentuk, imej, tipografi dan bahan, elemen seperti simbol dan ikon juga perlu bagi reka bentuk pembungkusan membina identiti jenama mereka (Meyers,1998; Calver 2006).


Warna
Berdasarkan The Institute of Colour Research di Amerika Syarikat, pengguna secara tidak langsung membuat penilaian di luar sedar pada persekitaran atau perkara di dalam 90 saat  penglihatan.  Antara 62% hingga 90% adalah berdasarkan pada warna (Shickle, 2007).  Kepentingan warna dapat diperhatikan dalam kehidupan seharian manusia.  Misalnya warna digunakan di dalam seni bina bagi meningkatkan kesan ruang (Azhar et. al, 2004).  Menurut Ryan dan Conover (2004) warna dapat berkomunikasi dengan serentak dalam pelbagai cara seperti estetika, budaya, emosi dan persendirian.   Calver (2004) mengariskan kepentingan  warna terhadap reka bentuk pembungkusan  iaitu :
i.                                Sebagai identiti jenama produk, bagi memudahkan sesuatu jenama dikenali.  Pengguna biasanya mengaitkan warna dengan jenama.  Contohnya warna merah yang mempunyai perkaitan dengan jenama Coca Cola, Cadbury menggunakan warna ungu dan Nivea pula dikenali dengan warna biru tua.
ii.                              Warna dapat membezakan sesuatu produk dalam kalangan pesaing.
iii.                            Warna digunakan bagi membezakan jenis-jenis produk dalam satu jenama.
Azhar (2004) menyatakan penggunaan warna yang sesuai pada reka bentuk pembungkusan dapat mewujudkan emosi dan perasaan.  Contohnya restoran makanan segera seperti Pizza Hut, KFC dan Burger King menggunakan warna merah bagi menarik perhatian pengguna terutama dalam  kalangan kanak-kanak.  Menurut Sutton & Whelan (2003)  warna merah dapat mengaktifkan kelenjar air liur  dan menyebabkan rasa lapar serta menyebabkan mata mengantuk.  Milton (1991) menjelaskan semasa usia kanak-kanak, manusia bertindak balas pada tanda visual sebelum mempelajari nilai emosi tanda tersebut.  Kebanyakannya akan memberikan tindak balas kepada warna kuning, putih, merah jambu dan merah. Apabila meningkat dewasa, pemilihan warna akan berubah kepada biru, merah, hijau, ungu, jingga dan kuning.
Pengguna juga dipengaruhi oleh warna dalam  membuat pemilihan.  Mereka akan memilih warna tertentu bagi membuat pemilihan ke pelbagai kategori produk (Grossman dan Wisenblit,1999).  Walau bagaimanapun manusia mempunyai latar budaya berbeza dan terdedah kepada pelbagai jenis warna serta mempunyai tanggapan warna yang berbeza mengikut budaya masing-masing (Silayoi dan Speech, 2004).  Misalnya warna merah dikaitkan dengan kebudayaan orang-orang Cina dan hijau mempunyai perkaitan dengan Islam (Azhar et. al, 2004).  Warna juga  mampu menyentuh deria manusia, misalnya warna putih mengingatkan rasa segar serta ringan dan ini dapat diperhatikan pada produk rendah lemak, makanan berdiet dan tenusu.  Kuning pula menyebabkan pembungkusan kelihatan besar dan warna yang kerap dikaitkan dengan produk makanan.  Warna hijau pula melambangkan kesihatan dan alam sekitar dan digunakan pada produk rumah seperti pencuci tandas dan pinggan ( Shimp, 2004).
Mark Shickle (2007) menyatakan dalam proses reka bentuk pembungkusan, warna memainkan peranan bagi menonjolkan jenama keseluruhannya sebagai satu pengenalan serta memaparkan personaliti dan nilai jenama.  Beberapa contoh yang boleh diperhatikan di persekitaran kita yang menggunakan warna sebagai satu tanda pengenalan jenama produk minuman ialah Coca Cola yang sinonim dengan warna merah dan putih, Pepsi menggunakan warna biru, Cadbury dengan warna ungu dan NIVEA menggunakan warna biru dan putih.  Calver (2004) menyatakan penggunaan warna sebagai pengenalan jenama hanya dapat dicapai melalui penggunaan yang konsisten dan pengaplikasian yang pelbagai.
Jadual : Carta Warna
Warna
Emosi
Budaya
Kategori
Produk

Merah
·         Ghairah/Berahi
·         Panas
·         Cinta
·         Tenaga
·         Revolusi
·         Komunis
·         Berhenti/Bahaya
·         Daging
·         Cili

Jingga
·         Gembira
·         Kreativiti
·         Berkaitan dengan fahaman di Ireland (sectarian)
·         Bahaya
·         Perasa oren

Kuning
·         Kebahagiaan
·         Amaran
·         Sifat penakut di USA dan UK
·         Sifat mulia di Jepun
·         Ayam
·         Perasa pisang

Hijau
·         Kesegaran
·         Asli
·         Subur
·         Warna Islam
·         Jalan (lampu  trafik)
·         Buka
·         Berkaitan dengan fahaman di Ireland (sectarian)
·         Sayuran/Organik
·         Limau
·         Menthol
·         Daun pudina (Spearmint)

Biru
·         Sejuk
·         Tenang
·         Lelaki
·         Dipercayai
·         Berkabung/bersedih di Iran
·         Keabadian di China
·         Ikan
·         Kalori rendah
·         Daun pudina (Peppermint)

Ungu
·         Kemewahan
·         Kekayaan
·         Fantasi
·         Asmara
·         Mati (Amerika Latin)
·         Produk mewah
Sumber : Stewart, B. , Packaging Design

Bentuk dan Saiz
Bentuk merupakan elemen grafik yang penting dan digunakan oleh pereka bentuk untuk menghasilkan reka bentuk pembungkusan.  Menurut Sonsino (1990) bentuk boleh digubah dengan pelbagai cara iaitu pada label reka bentuk pembungkusan, bentuk pada ciri-ciri tertentu pada pembungkusan dan bentuk pembungkusan itu sendiri.  Terdapat jenama produk mempunyai bentuk  khusus atau unik  yang menjadikan jenama tersebut dikenali kerana bentuknya.  Hal ini dapat diperhatikan pada jenama produk seperti Perrier, Toblerronne dan Coca Cola.  Bentuk juga mampu membangkitkan emosi-emosi tertentu seperti bentuk bulat dan garisan bengkok bermaksud feminin manakala bentuk yang mempunyai bucu dan garisan bersudut mengambarkan maskulin (Shimp 2003).  Bentuk bagi jenama-jenama tertentu juga mempunyai maksud dan tujuan tertentu, Toblerone dibungkus menggunakan bar berbentuk segitiga melambangkan puncak Gunung Matterhorn di Switzerland.
Bentuk pembungkusan dapat mewujudkan imej yang boleh mempengaruhi persepsi pengguna, memujuk pengguna dan memotivasikan keinginan pengguna pada produk sebelum pengguna membaca label dan produk sebenar (Meyers, Lubliner 1998).  Saiz reka bentuk pembungkusan juga mempengaruhi pemilihan dan keputusan pengguna.  Kebiasaannya pengguna menggunakan saiz bagi memudahkan pencarian visual dan membuat penilaian berdasarkan isi kandungan atau saiz.  Secara umumnya pengguna merasakan bungkusan produk yang memanjang adalah lebih besar, dan pengguna mendapati tanggapan mereka benar apabila kerap kali membeli produk tersebut  (Silayoi dan Speech, 2004).

Tipografi
Tipografi merupakan media utama dalam reka bentuk pembungkusan untuk berkomunikasi tentang nama produk, fungsi, dan maklumat kepada audien pengguna (Klimchuck dan Krasovec, 2006).  Tipografi memberikan satu kelebihan kepada produk bagi mencipta jenama yang unik dan diingati (Milton, 1991).  Penggunaan muka taip membolehkan pengguna mengenal, menjelaskan dan mengaitkan jenama dengan kualiti dan fungsi.  Kombinasi teks dapat membangkitkan emosi atau menyediakan maklumat bagi tujuan seperti memotivasikan pembelian produk (Azhar et.al, 2004).  Calver (2004) menyatakan tipografi amat penting bagi reka bentuk pembungkusan kerana berperanan untuk menyebarkan maklumat. Tipografi dapat membantu pengguna mengenali, menjelaskan dan mengaitkan jenama dangan kualiti dan fungsi.  Zulkifli Abd. Latiff (2004) menyatakan terdapat tiga prinsip bagi memahami seni tipografi :
i.                    Gunakan muka taip yang bersesuaian dengan konsep serta dapat menyampaikan mesej yang dikehendaki.
ii.                  Saiz muka taip seharusnya berkaitan dengan kepentingan mesej, lebih penting sesuatu mesej, lebih besar saiz taipnya.
iii.                Muka taip melalui reka bentuk seharusnya digunakan dengan konsistensi.
Lazimnya dalam konteks komunikasi visual, tipografi boleh dimanipulasikan menjadi dua versi iaitu sebagai teks dan simbol (logo) (Azhar et.al,2006).  Kedua-dua versi ini terdapat pada reka bentuk pembungkusan. Teks yang disediakan bagi memaparkan maklumat (kandungan nutrisi, nama dan alamat pengeluar serta penandaan tarikh) dan simbol (logo) yang digunakan bagi menonjolkan jenama atau logo syarikat.  Maklumat-maklumat ini perlu dipaparkan dengan jelas supaya pengguna boleh membaca dan memahami maklumat yang dicari.
Klimchuck dan Krasovec (2006) menyatakan tipografi bagi reka bentuk pembungkusan perlu :
i.                    Mudah dibaca dalam jarak tertentu.
ii.                  Direka bentuk mengikut skala dan bentuk tiga dimensi struktur pembungkusan.
iii.                Mudah difahami mengikut peringkat audien yang pelbagai.
iv.                Berkredibiliti dan bermaklumat di dalam menyampaikan maklumat produk.
Aplikasi tipografi bagi setiap reka bentuk pembungkusan adalah berbeza dan ditentukan oleh faktor-faktor seperti bentuk dan saiz, deskriptif produk, kategori persaingan, suasana pemasaran, susunan di rak dan keperluan-keperluan yang ditetapkan (Klimchuck dan Krasovec, 2006).
Terdapat tiga faktor yang perlu dipertimbangkan apabila menghasilkan reka bentuk menggunakan tipografi iaitu :
i.                    Mesej
Mesej perlu disampaikan kepada pengguna mengikut hirarki maklumat daripada penting kepada kurang penting.  Hal ini membantu pengguna mendapatkan dengan segera apa yang diperlukan daripada sesuatu reka bentuk pembungkusan (Klimchuck dan Krasovec, 2006).  Hirarki maklumat dapat disediakan dengan mengumpulkan tipografi berkaitan dan menjarakkan tipografi yang kurang berkaitan dengan menggunakan warna, saiz, susunan dan hubungan antara elemen reka bentuk.  Mesej merupakan penegasan elemen bagi menyampaikan maklumat mengikut turutan kepentingan (Klimchuck dan Krasovec, 2006).
ii.                  Audien
Merujuk kepada pengguna atau pembaca yang menjadi sasaran maklumat yang disediakan.  Audien perlu mengambil kira latar belakang (demografi) pengguna seperti budaya, citarasa dan pendapatan.
iii.                Format
Merupakan kawasan atau permukaan bagi tujuan penyediaan muka taip.  Format mengambil kira fungsi, saiz dan bentuk yang akan dipaparkan.
Oleh itu aspek-aspek seperti imbangan, penegasan, irama, kesatuan, ruang positif dan negatif serta manipulasi ruang adalah penting apabila menyusun atur tipografi.

 Imej (Fotografi dan Illustrasi)
Imej merupakan elemen yang paling efektif dalam menyampaikan maklumat tentang produk (Meyers dan Lubliner, 1998).  Pembungkusan dalam pasaran perlu menyampaikan maklumat dengan segera tanpa perlu mengambil masa untuk membacanya.  Stewart (2007) menyatakan imej samada fotografi atau illustrasi boleh menyampaikan maklumat yang kompleks dengan segera berbanding teks.  Imej fotografi atau illustrasi merupakan satu pengenalan bagi produk, menjelaskan cara penggunaan, menjadikan produk lebih diinginkan dan mewujudkan tindak balas emosi terhadap produk yang dikeluarkan.  Penggunaan fotografi dan illustrasi berwarna dalam reka bentuk dan reka letak dapat menarik perhatian pengguna (Zulkifli Abd. Latiff, 2004).   Meyers dan Lubliner (1998) mengariskan kepentingan imej sebagai alat yang berkesan bagi :
i.                    Menunjukkan perbezaan produk dan mencadangkan cara penggunaan.
ii.                  Menjelaskan fungsi produk.
iii.                Menambahkan tarikan emosi.
iv.                Menunjukkan hasil yang bakal diperoleh dari penggunaan produk.
v.                  Menyampaikan maksud imej.
Klimchuck dan Krasovec (2006) menyatakan imej dalam reka bentuk pembungkusan bertujuan :
i.                    Memaparkan produk
ii.                  Mengambarkan pengguna sasaran
iii.                Membina emosi
iv.                Mengukuhkan kredibiliti dan keyakinan terhadap produk
v.                  Membuka selera
Umumnya penggunaan imej pada reka bentuk pembungkusan terdiri daripada penggunaan fotografi dan illustrasi.  Menurut Zulkifli Abd. Latiff (2004) gambar fotografi merupakan visual komunikasi yang terbaik dalam menghasilkan emosi dan reaksi hasil dari pemerhatian sebenar oleh pengguna.  Gambar fotografi juga merupakan alat dalam menyampaikan informasi kepada pengguna dengan terperinci tentang sesuatu situasi atau produk.  Walaupun penggunaan teknik fotografi lebih dominan dewasa ini, aplikasi illustrasi masih lagi relevan.  Calver (2004) menyatakan bahawa masih terdapat teknologi pembungkusan dan kaedah percetakan yang tidak menggunakan teknik fotografi seperti penggunaan cetakan sutera saring.  Penghasilan imej selain daripada teknik fotografi dapat mewujudkan kepelbagaian yang dapat menarik perhatian pengguna.
Klimchuck dan Krasovec (2006) menyatakan penggunaan imej illustrasi dapat didefinisikan sebagai bermaklumat, berfungsi dan mendidik.  Penggunaannya pada reka bentuk pembungkusan bertujuan untuk mengambarkan cara penggunaan produk yang dapat membantu pengguna.  Calver (2004) menyatakan bahawa terdapat pelbagai gaya reka bentuk pembungkusan dewasa ini, oleh itu penggunaan illustrasi dapat menyampaikan keaslian jenama, membezakan jenama dan produk dan meningkatkan personaliti jenama gaya sesuatu reka bentuk pembungkusan.
Meyers dan Lubliner (1998) menyatakan pemilihan penggunaan imej bergantung pada penilaian pereka dan keadaan seperti hal benda (subject matter), penampilan produk, saiz produk, maklumat yang dirancang, kos, kaedah percetakan dan jangka masa pengeluaran.  Contohnya fotografi merupakan medium yang paling sesuai untuk produk makanan dan bagi objek kecil seperti tablet atau kapsul bagi pembungkusan farmasi adalah efektif menggunakan teknik illustrasi.

Bahan Pembungkusan
Pemilihan bahan amat penting dalam reka bentuk pembungkusan kerana dapat membina persepsi awal pengguna dan membuat penilaian terhadap produk (Calver, 2004).  Persepsi ini dapat dimanipulasikan melalui penampilan reka bentuk pembungkusan dan rasa yang wujud apabila sesuatu pembungkusan dipegang (Calver, 2004).  Bahan yang digunakan untuk tujuan pembungkusan mesti mampu menghadapi keadaan persekitaran.  Hal ini termasuklah perubahan suhu, perpindahan atau pergerakan dan sebarang bahaya yang boleh merosakkan bungkusan.  Bahan yang digunakan juga perlu mampu menghalang pencemaran atau tindak balas kimia yang datang dari persekitaran.
Pemilihan sesuatu produk boleh dipengaruhi oleh bahan yang digunakan untuk pembungkusan (Van Dam dan Van Trijp, 1993).  Shimp (2003) menyatakan bahan yang digunakan menghasilkan reka bentuk pembungkusan boleh membangkitkan emosi pengguna tanpa disedari.  Contohnya pembungkusan yang diperbuat dari bahan logam akan membangkitkan perasaan tentang kekuatan, tahan lasak.  Pembungkusan daripada bahan plastik pula membangkitkan perasaan tentang ringan, bersih dan mungkin murah.  Satu kajian perbandingan yang dijalankan ke atas minuman yang menggunakan plastik dan kaca mendapati, 95% pengguna memilih kaca dengan 37% daripadanya menyatakan minuman di dalam kaca  tempoh sejuknya adalah lebih lama (George, 2006).
Stewart (2007) menyatakan terdapat empat jenis bahan yang digunakan apabila menghasilkan pembungkusan iaitu kertas, plastik, kaca dan logam.  Seiring dengan kemajuan teknologi pembungkusan juga terdapat pembungkusan yang dihasilkan dari bahan campuran (SIRIM, 2007).  Bahan campuran strukturnya terbentuk daripada beberapa jenis bahan yang berlainan seperti plastik, kertas, logam dan kaca. Bentuk strukturnya agak teguh yang terdiri daripada silinder (tubes) atau kotak.  Bahan campuran sesuai untuk pembungkusan produk seperti cecair, separuh pepejal dan pejal (contohnya minuman, biskut dan kerepek). Pembungkusan jenis ini sesuai untuk simpanan dalam suhu bilik dan peti sejuk atau peti beku.

Jadual : Jangka Hayat Produk
Produk
Bahan
Jangkahayat
Biskut
Kertas/PE
OPP/PE
Kertas/PE/Al/PE
3-4 minggu
Kurang dari 2 bulan
8-9 bulan
Makan sejukbeku
OPP/PE + Kotak
-24 C, 4-5 bulan
Kandi
PET/PE/AI/PE
OPP/PE
5-6 bulan
4-5 bulan
Snek (Bergoreng)
PE 0.06 mm
OPP/PE
PET/Al/PE+kotak
2-3 minggu
4-5 minggu
Lebih dari 6 bulan
Jeruk/Pekasam
HDPE
5-6 bulan
Serbuk Kari
Cell 300/PE
Metalised PE
4-5 bulan
Lebih dari 3 bulan
Sumber : Mardi

Jadual :  Bahan Kaca, Logam dan Kertas
Bahan
Kelebihan
Kekurangan
Kegunaan

*Kaca
Boleh guna semula, tahan panas, kitar semula, bentuk kekal, murah, bentuk menarik
Mudah pecah, isu keselamatan, berat
Makanan bayi, pembungkusan sos dan kicap

*Logam
Mudah dibuka (air tin), kitar semula, ringan, kedap, tahan suhu tinggi
Tindak balas dengan makanan
Tin minuman dan makanan, tudung botol

*Kertas
Mudah dicetak, pengeluaran murah, kitar semula, pelbagai bentuk,  boleh dilapis (coated), ringan
Tidak kalis air dan tidak melindungi produk sepenuhnya (mudah rosak)
Karton dan kotak bagi telur dan buah-buahan

Plastik

Kos efektif, versatil dan ringan
Tindak balas dengan makanan
Botol, dulang, beg, balang
*Sumber : http://www.bbc.co.uk/gcsebitesize, Stewart, B.,  Packaging Design

Plastik
Plastik digunakan dengan meluas dalam pembungkusan produk makanan kerana sifatnya yang serba guna (versatile) iaitu boleh dilentur (flexible) atau dibentuk (rigid). Plastik sesuai untuk pembungkusan pelbagai jenis produk (bahan kimia seperti asid), mudah untuk dicetak permukaannya, ringan dan kos pengeluaran yang murah. Jadual 2.3 menunjukkan jenis plastik dan kegunaannya. Stewart (2007) menyatakan plastik dikategorikan kepada dua iaitu :
i.                    Plastik Mudah Lentur
Terdiri daripada kepingan plastik nipis dan mudah lentur.  Strukturnya terbina dari satu atau beberapa lapis plastik yang berbeza jenis dan ketebalan spesifikasi mengikut keperluan produk. Saduran atau lapisan logam memberikan rintangan terhadap kelembapan dan gas.  Sesuai untuk membungkus produk cecair, serbuk dan kering.
Produk yang sesuai menggunakan plastik mudah lentur ialah produk makanan seperti kerepek, biskut, roti serta kek dan produk kosmetik serta penjagaan badan.  Plastik mudah lentur sesuai untuk simpanan di suhu bilik, peti sejuk dan peti beku.  Pembeliannya perlu dibuat melalui tempahan dan merupakan bahan yang mempunyai kos yang efektif (Sirim, 2007).  Terdapat berbagai jenis sifat plastik, contohnya  Polypropylene (PP), Oriented Polyproplyene (OPP), Polyethylene (PE), Cast Polypropylene Polypropylene (CPP), Vacuum Metallised Polyethylene Terephthalate (VMPET), Vacuum Metallised Cast Polypropylene (VMCPP) dan Nylon22 (NYLON).
ii.         Plastik Tegar
Strukturnya terbentuk daripada bahan plastik yang telah dicairkan dan kemudiannya disuntik atau ditiup ke dalam acuan.  Strukturnya boleh dibina mengikut bentuk botol atau dulang sama ada mengikut acuan geometrik atau organik, contohnya seperti botol dan dulang.  Struktur plastik ini mengikut sifat produk yang akan dibungkus. Sifat dan kegunaannya adalah mengikut kesesuaian produk. Proses pembentukan botol plastik dikenali sebagai blow moulding dan injection moulding.  Produk yang sesuai menggunakan plastik tegar ialah produk makanan (botol minuman, dulang bagi kuih dan biskut, mangkuk, cawan bagi yogurt dan sos), produk kosmetik dan penjagaan badan, perkakas rumah dan ubat-ubatan. Pengusaha boleh membeli plastik tegar sama ada secara ‘ready made’ atau ‘custom made’.

Jenis Plastik
Kegunaan
Simbol/Kod

Polyethylene Terephthalate
(PET/PETE)
Untuk produk panas terus (microwave) dan minuman ringan.


High-Density Polyethylene
(HDPE)
Bentuk botol bagi pembungkusan susu.



Polyvinyl Chloride
(PVC)
Bentuk botol bagi pembungkusan jus dan air mineral.


Low-Density Polyethylene
(LDPE)
Bekas telur (karton) dan mangkuk yogurt.
Ia tahan panas dan merupakan satu penebat.


Polypropylen
(PP)
Pembalut biskut dan kerepek, botol mudah picit bagi sos.  Digunakan bagi produk sejuk tetapi tidak sesuai bagi produk beku.


Polystyrene
(PS)

Bagi plastik sampah dan bekas makanan sejuk kerana tahan suhu sejuk yang tinggi.



Lain-lain
(Akrilik , nilon)



Resin, komposit rumit dan laminasi.
Sumber : http://www.bbc.co.uk/gcsebitesize, Stewart (2007)

Kertas
Terdapat dua kategori kertas iaitu kertas nipis dan kertas tebal. Kertas nipis terdiri dari tisu, kertas kitar semula, ‘art paper’ dan lain-lain. Kertas jenis ini sesuai digunakan untuk membalut produk kraf, bahan promosi seperti brosur dan ‘flyer’ dan sebagainya.  Kertas tebal pula terdiri dari ‘ivory card’, ‘boxboard’, kertas bergelugor (corrugated), ‘art card’, ‘conqueror card’ dan sebagainya.  Kertas tebal sesuai untuk dijadikan kotak bagi pembungkusan pengguna.  Kertas bergelugor (Corrugated) ialah kertas beralun di tengah yang terdiri daripada gred A, C, B dan E. Gred dan lapisan ditentukan oleh ukuran dan reka bentuk kotak serta berat produk.  Kertas bergelugor banyak digunakan sebagai pembungkusan pengagihan dan pengangkutan. Kertas jenis ini boleh dikitar semula.
Bahan kaca didapati dalam pelbagai bentuk, saiz dan warna.  Kaca merupakan struktur yang biasa dilihat dalam setiap kategori produk pengguna.  Kaca merupakan rintangan yang baik terhadap gas dan bahan kimia.  Kaca boleh dikitar semula atau digunakan semula.  Kaca terbina daripada gabungan soda ash, batu kapur dan bahan silika melalui proses  pemanasan pada suhu yang tinggi.  Bahan yang masih lebur, disuntik dan ditiup ke dalam acuan mengikut acuan bentuk geometrik sama ada botol bulat atau segi empat.  Kaca sesuai untuk produk cecair seperti minuman, kosmetik, sos dan ubatan.  Pembungkusan dari bahan kaca boleh diperoleh dengan dibeli dalam keadaan ‘ready made’ atau ‘custom made’.  Kelemahan bahan kaca adalah berat dan mudah pecah  Keadaan ini akan memberi kesan terhadap pengeluaran dan perbelanjaan pengangkutan.  Penggunaan bahan kaca dapat mewujudkan persepsi seperti berkualiti, rasa, gaya dan bau yang lebih baik berbanding plastik (Klimchuck & Krasovec, 2006). 

Logam
Pembungkusan berasaskan bahan logam dihasilkan dari timah, aluminium dan besi.  Penghasilan pembungkusan menggunakan logam melibatkan kos yang rendah kerana terdapat pelbagai jenis logam yang bersesuaian.  Logam bersifat tegap, tegar dan merupakan rintangan terhadap kelembapan, udara dan cahaya. Bahan logam sesuai untuk membungkus produk cecair, serbuk dan pepejal.  Kelebihan produk logam adalah reka bentuk strukturnya boleh mengikut sifat produk dan ianya boleh dikitar semula. Teknologi pengeluaran masa kini membolehkan elemen-elemen tertentu dicetak timbul di permukaan pembungkusan logam (Stewart, 2007).  Klimchuk dan Krasovec (2006) menyatakan terdapat tiga jenis pembungkusan berasaskan logam yang biasa digunakan iaitu tin (cans), silinder (metal tubes) dan pembungkusan fleksibel.
Tin digunakan untuk pembungkusan minuman karbonat, silinder untuk tujuan pembungkusan barangan farmasi, kesihatan serta kecantikan dan pembungkusan fleksibel boleh diaplikasikan pada pelbagai jenis produk makanan dan minuman.

Logo, Simbol dan Ikon
Logo merupakan satu elemen grafik yang mempunyai perkaitan dengan jenama. Bagi memudah sesuatu jenama dikenali, pengeluar produk akan menggunakan logo untuk jenama atau untuk tujuan lain. Menurut Shimp (2003) logo yang baik perlu mempunyai ciri-ciri berikut :
i.                    Mudah dikenali
ii.                  Memberi pengertian dan makna yang sama bagi semua kumpulan sasaran
iii.                Membangkitkan perasaan yang positif
Reka bentuk logo selalunya berbeza-beza, samada dalam reka bentuk yang abstrak hingga menggunakan teknik illustrasi.  Menurut Azhar (2004) reka bentuk logo adalah satu yang bersifat subjektif.  Tidak ada cara untuk menjelaskan sama ada sesuatu reka bentuk logo itu betul atau salah kerana konsep yang digunakan bagi menghasilkan logo adalah bebas.  Secara asasnya, reka bentuk logo yang efektif mampu menyampaikan mesej dengan jelas kepada pengguna.  Antara logo-logo yang terdapat pada sesuatu pembungkusan ialah logo jenama, logo pengusaha dan logo halal.  Stewart (2007) menyatakan terdapat 4 jenis logo yang biasa digunakan iaitu :
i.                      Logotaip yang digayakan – Coca Cola
ii.                    Logotaip yang digayakan bersama elemen grafik – Heinz, Mc Donald, Pringles
iii.                  Logotaip dan simbol – BMW, BP
iv.                  Simbol sahaja – Shell, Mercedez
Penggunaan simbol dan ikon bagi sesuatu jenama akan memberikan identiti tersendiri dan membezakan  sesuatu produk di dalam pasaran. Kelebihan simbol dan ikon ialah ianya mudah difahami (bersifat global) dan menjimatkan ruang pada label. Menurut Calver (2004) simbol dan ikon  boleh digunakan untuk memaklumkan dan menjelaskan kelebihan, perbezaan dan faedah produk serta membolehkan pengguna menilai samada produk tersebut memenuhi kehendak mereka. Simbol dan ikon juga menjelaskan penggunaan produk, bahasa, amaran, penjagaan alam sekitar dan kualiti sumber produk.



* Ini adalah sebahagian daripada penulisan sarjana saya setelah diedit, jika anda ingin menggunakannya sila minta kebenaran saya terlebih dahulu. Selebihnya kita serah pada Allah.
* Penulisan penuh telah saya tarik penerbitannya di ruangan ini atas sebab ada pihak yang memplagiatkan dan menggunakan untuk kepentingan peribadi.
* Penulisan seterusnya akan dimasukkan berdasarkan sub tajuk tertentu yang terkandung dalam penulisan ini.