Jumaat, 29 Oktober 2010

salam

sememangnya penantian itu..

meletihkan
menyakitkan
membosankan
menyiksa
menduga
menganggu
dan 1001 macam me..... lagi

semoga ada rahsia dan keindahan di sebalik penantian

amin....

Khamis, 7 Oktober 2010

membuat keputusan

Berakhir sudah konvo Afzan ke 24 dengan jayanya...banyak perkara yang dirancang telah dilaksanakan dengan baik...tahniah kepada setiap ajk yang melaksanakannya terutama warga IPGKTAA dan pihak-pihak yang terlibat. Di dalam menjayakan konvo seperti ini..pada perkiraan saya dengan skala yang agak besar..perkara yang paling sukar ialah membuat keputusan. Pihak yang membuat keputusan ialah pemimpin teratas. Setiap dari kita memang Allah tentukan untuk menjadi pemimpin tidak kira kecil atau besar pimpinan tersebut...dan sudah pastilah kita perlu membuat keputusan apabila kita memimpin. Membuat keputusan siapa kata ianya mudah seperti makan kacang saja kata sesetengah pihak...cuba buat satu keputusan di kala anda tersepit dalam situasi hendak ke kiri atau ke kanan atau perlu ke hadapan dan kenapa tidak ke belakang...sukar bukan....mungkin sebab ini Allah mengalakkan kita solat istikhorah...bukan utk mencari jodoh sahaja ye..tetapi dalam memutuskan apa sahaja..kerana apabila pagi bermula kita pasti perlu membuat keputusan....dan saya bersetuju dengan pendapat anda untuk bangun solat malam (solat istikhorah) berat sungguh dugaannya. Selamat membuat keputusan sehingga nafas dihujung nyawa...dan berdoalah setiap keputusan dibuat mendapat panduan Allah.

Rabu, 6 Oktober 2010

Lukisan Digital.....patah-patah perkataan

Patah-patah perkataan jika disusun dalam keadaan tertentu akan memberikan makna dan mungkin juga pelbagai makna..jika tidak salah saya untuk berkata begitu.
Dalam hal ini, lukisan memberi maknanya tersendiri tetapi apabila digabungkan dengan perkataan digital, ia akan membawa makna yang menarik untuk dibicarakan.
Lukisan digital adalah satu bentuk karya yang sangat menarik untuk dibicarakan dari segi alat, bahan, teknik, prinsip rekaannya dan pelbagai unsur yang sewaktu dengannya. Malah apabila dibincangkan bersama pelajar ia telah membawa perbincangan ke sudut-sudut yang lebih menarik dan tidak dijangkakan.
Kali ini saya tidak mahu membicarakan tentang lukisan digital tetapi sekadar meluahkan rasa sedar tentang indahnya definisi dan persepsi yang lahir dari patah-patah perkataan yang disusun. Indahnya bahasa jika kita mahu menggunakannya. Kita bincang lagi lain kali, esok hari konvokesyen Afzan ke 24...selamat berkonvo..alhamdulillah..wassalam..

Khamis, 9 September 2010

....hilang dalam terang..

punya lama tak menulis...bukan apa...cuma agak malas dan busy tah hapa2...lusa dah nak raya...so ni kira permulaan utk hidupkan kembali blog yg nak mampos ni...idup segan mati tak mahu..apa2 pun kehidupan telah memberi banyak peluang utk aku menggunakan otak sepenuhnya walau tidak..

Khamis, 27 Mei 2010

mei 2010

aku sebenarnya letih keliru dan ntah....aku dah tak tahu untung nasib ku...hanya berserah...Dia yang lebeh tahu


wallahuallam