Isnin, 10 Disember 2012

CATATAN DIS 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Bulan 12 tahun 2012..2013 akan menjengah tidak lama lagi dan akhir tahun kali ini adalah paling sibuk dalam hidup aku sebagai seorang kuli kerajaan. Kelas, kursus, study dan sebagainya perlu dijalankan serentak. Ada yang tertinggal kerana ada yang perlu diutamakan...
Alhamdulillah Allah telah memberi ruang untuk sampai pada bulan ini..sepanjang 2012 terlalu padat dengan aktiviti dan bulan ini ialah paling padat walaupun cuti sekolah...tetapi ada ruang untuk bersama keluarga yang disayangi.
Syukur pada Nya kedua-dua anak kembar aku telah mencapai tahap terbaik dalam hidup mereka..aku pun tak pernah sampai sejauh itu..terima kasih pada Allah yg menberi aku jodoh yg sentiasa cuak dan ambil berat tentang pencapaian anak-anak...dan yg selalu mengerakkan aku utk bersama membantu menjayakan misi anak-anak dan keluarga.,...hihihihi
Tahun 2013 tentu lebih besar cabarannya...Allah tunjukkan aku jalan yang lurus..amin