Ahad, 11 Mac 2012

KAJIAN TINDAKAN

APA MAKSUD KAJIAN TINDAKAN (KT)
Kajian Tindakan Merupakan satu kajian yang wujud daripada permasaalahan yang diutarakan oleh guru bagi mengenalpasti fokus kepada kajian yang hendak dilakukan di dalam kelas. Hasil daripada permasaalahan yang dikemukakan kajian tindakan akan dilakukan dan ianya di terapkan melalui lingkaran model kajian tindakan yang sesuai( Kemmis & McTaggart (1988)). Ianya melibatkan 2 proses iaitu persoalan dan hasil daripada persoalan yang dikemukakan pengkaji akan menjalankan proses kajian tindakan. Bertujuan untuk melakukan penambahbaikan terhadap permasaalahan yang timbul.
Struktur Utama Menerangkan tentang kepentingan penyataan masalah oleh guru melalui kajian tindakan untuk membangunkan dan membuat pembaharuan dalam cara mengajar dan proses pembelajaran.

MENGAPA GURU MELAKUKAN KT?
1) Melakukan penambahbaikan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran
Guru melakukan kajian tindakan adalah bertujuan untuk membuat perubahan dari segi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas supaya pelajar lebih mudah memahami topik pengajaran.

2) Membina pengetahuan dan pemahaman pedagogi
Pengetahuan dan pemahaman terhadap pedagogi penting bagi guru untuk meningkatkan proses P&P mereka supaya pelajar tidak cepat bosan terhadap pembelajaran di dalam kelas.

3) Meningkatkan keberkesanan amalan mengajar guru dan meningkatkan pencapaian murid.
Amalan mengajar yang berkesan penting untuk meningkatkan pencapaian pelajar. Guru melakukan kajian tindakan untuk melihat penerimaan pelajar terhadap amalan pengajaran yang digunakan.

BILA GURU MELAKUKAN KT
  • Apabila guru merasakan wujud permasaalahan yang perlu di perbaiki dan dilakukan penambahbaikan.
  • Apabila guru ingin mencuba pendekatan-pendekatan pengajaran yang baru dan difikirkan sesuai terhadap topik yang di ajar.

DI MANA  GURU MELAKUKAN  KT ?
Kajian ini dilakukan dengan kerjasama guru dan pelajar yang terdiri daripada bakal guru dalam sistem pendidikan.
Kajian ini dilakukan di sekolah

BAGAIMANA  GURU MELAKUKAN  KT ? 

( Kemmis and Mc Taggard (1988))

Melibatkan proses " plan- do- review.
1) Merancang
2) Melakukan
3) Mengkaji Semula


Model reka bentuk kajian tindakan
(Model dinamik kitaran kajian tindakan)

PROSEDUR
1. Cadangan pertanyaan atau persoalan
  • "Agency"- cara tindakan melakukan sesuatu. Ianya merujuk kepada pengetahuan sedia ada penyelidik/guru terhadap kawalan fokus pertanyaan atau persoalan, kaedah dalam melakukan kajian, analisis dan tafsiran data dan cara di mana projek itu dilaksanakan.
  •  Dorongan - dorongan terhadap penyataan masalah bagi kajian tindakan di ransang oleh sumber-sumber yang berbeza, berpunca daripada guru, sekumpulan teman-teman, seluruh sekolah atau kumpulan sekolah.
2. Proses yang mana pertanyaan itu di teruskan
  • Alatan - merujuk kepada kaedah penyelidikan yang dilakukan seperti pemerhatian, soal selidik, temubual atau markah ujian dan setiap kaedah yang di gunakan ialah untuk mendapatkan data.
  • Analisis - data yang dipeolehi di analisis untuk membuktikan kesahannya. Ianya dilakukan untuk menjana satu gambaran dan satu hipotesis baru.
3. Penonton/ peserta
  • Suara
  • Masyarakat kritikal

PENGUMPULAN DAN ANALISIS DATA
1) Data Kualitatif - data yang merujuk kepada perkataan, seperti transkrip temubual.
2) Data Kuantitatif - data yang merujuk kepada nombor seperti markah ujian.

APA ITU KAJIAN TINDAKAN?
  • Kajian tindakan ialah satu bentuk penyiasatan yang membolehkan guru melakukan refleksi terhadap tindakan yang dilakukannya dalam P&P (Tomlinson, 1995)
  • Merupakan satu kajian yang melibatkan pelaksanaan sesuatu kajian yang dilakukan oleh seseorang atau sekumpulan, dikenali sebagai pengkaji. Pengkaji menggunakan kajian untuk membuat refleksi amalan mereka untuk melakukan penambahbaikan.
  • Dalam konteks guru, kajian tindakan terbentuk daripada pengetahuan sedia ada. Guru mengaplikasikan semua persoalan berkaitan pengalaman dan pengendalian bilik darjah untuk melakukan kajian tindakan. Bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan P&P.
  • Kajian tindakan dilakukan di bilik darjah dan bergantung kepada isu dan masalah dalam bilik darjah itu sendiri. Hasil dapatan kajian akan digunakan untuk melakukan penambahbaikan dalam P&P guru.

MENGAPA GURU MELAKUKAN KAJIAN TINDAKAN ?
Membaikpulih dan mempertingkatkan Perlaksanaan P&P
Melalui pelaksanaan kajian tindakan guru dapat melakukan penambahbaikan dan mempertingkatkan perlaksanaan proses pengajaran dan pembelajarannya (P&P) yang dapat membantu pelajar.

Alat untuk meningkatkan Profesionalisme seorang guru
Melalui kajian tindakan, guru mampu membentuk strategi dalam menyelesaikan sebarang masalah dan mengembangkan personaliti dan profesionalisme seseorang guru. Di samping dapat membentuk keyakinan diri, kebolehan dan kemahiran dalam diri, kesediaan melakukan kajian dan daya kreativiti yang unggul.

Mempertingkatkan Kemudahan Perlaksanaan dan Kesahan Penyelidikan
Kajian tindakan dilakukan dengan menggabungkan dua perkara penting iaitu ilmu pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Strategi yang diperolehi dari hasil dapatan kajian digunakan untuk melakukan penambahbaikan terhadap responden kajian tersebut.

Perlaksanaan Sosial dan Membuat Polisi
Melalui kajian tindakan, guru akan menghasilkan ilmu pengetahuan baru mengenai sistem sosial dan pada masa yang sama guru melakukan perubahan penambahbaikan terhadap sasaran yang dikenalpasti.

Mengambil kira Aspek Etika
Kajian tindakan dapat membantu guru membentuk sikap bertanggungjawab sebagai seorang pendidik yang unggul. Guru akan sentiasa melakukan refleksi terhadap keberkesanan amalan strategi P&P guru dan melakukan penambahbaikan untuk memenuhi keperluan pelajar.

BILA GURU MELAKUKAN KAJIAN TINDAKAN ?
  1. Apabila guru merasakan perlu melakukan penambahbaikan dari amalan P&P atau budaya pengajaran dalam bilik darjah.
  2. Terdapat isu atau permasalahan dalam pengajaran guru dan pembelajaran pelajar.
  3. Untuk mengembangkan profesionalisme melalui proses penemuan kendiri.
  4.  Mengubah pendekatan dan strategi P&P
DIMANAKAH GURU MELAKUKAN KAJIAN TINDAKAN ?
  • Dalam dan luar kelas
  • Sekolah
BAGAIMANAKAH GURU MELAKUKAN KAJIAN TINDAKAN ?

PROSEDUR MELAKUKAN KAJIAN TINDAKAN
Mengenalpasti Masalah 
Pertama sekali, guru mengenalpasti masalah yang di hadapi bagi menentukan strategi kajian yang perlu dilaksanakan. Melalui permasaalahan ini, guru dapat melihat sama ada objektif kajian tersebut tercapai atau tidak.

Kajian Kepustakaan
Sumber rujukan yang berkaitan dengan permasalahan kajian tindakan amat penting bagi seseorang guru pengkaji untuk mendapatkan maklumat tambahan dan rujukan bagi menghasilkan kajian yang berkualiti.

Menyatakan Hipotesis
Guru akan melakukan hipotesis awal terhadap kajian tindakan yang dilakukan untuk membina ramalan hasil dapatan yang diingini. Guru juga akan membina persoalan hasil dari jangkaan yang dibuat.

Membina dan Melakukan Reka Bentuk
Guru perlu mengenalpasti sama ada langkah-langkah yang dibina itu mampu atau tidak untuk mencapai objektif kajian tindakan yang dirancang. Selain itu, guru juga perlu mengenalpasti langkah-langkah yang diperlukan untuk memperolehi kesahan dapatan / hasil kajian
Pengumpulan dan Penganalisian Data
Guru perlu merancang teknik yang akan digunakan untuk mendapatkan data kajian tindakan dan merancang bentuk data yang akan dikumpulkan serta merangka cara menganalisa data yang diperolehi.

PENGUMPULAN DAN PENGANALISISAN DATA
Maklumat yang dikumpul oleh guru sebagai penyelidik terdapat dalam banyak bentuk iaitu skor markah ujian, kekerapan tingkah laku pelajar, laporan individu pelajar, artifak dan dokumen
Sumber data dapat dikategorikan samada :
i. Kuantitatif: Berdasarkan pada nombor dan kekerapan
ii. Kualitatif: Abstrak dan sesuatu ciri situasi atau peristiwa

Tajuk Buku : Action Research in the Classroom
Pengarang : Vivienne Baumfield, Elaine Hall and Kate Wall 

Tajuk Buku : Teacher as Reflective Practitioner and Action Researcher
Pengarang : Richard D. Parsons, dan Kimberlee S. Brown

2 ulasan:

  1. Tulisan anda membantu tugasan saya.Terima kasih

    BalasPadam
  2. tuan merupakan seorng yang hebat dan profesional..banyak input yang diperolehi..perbanyakkan usaha di dalam bidang pendidikan

    BalasPadam