Rabu, 22 Julai 2009

GUNDAM KINI REALITI





Gundam, siapa yang tidak mengenalnya??? Serial anime bergenre mecha ini memang sangat dikenal oleh semua orang di seluruh dunia. Daripada kanak-kanak hingga orang dewasa; bahkan ada yang tergila-gilakannya. Dari sekadar melihat anime dan komiknya atau sehingga tahap mengumpul koleksi model kit-nya.

Apa itu gundam?

Gundam (ガンダム, Gandamu) ialah salah satu siri anime berlarutan yang menampilkan robot gergasi atau mecha, yang direka oleh Sunrise. Gundam ialah nama am bagi siri Universal Century (UC) seperti Mobile Suit Gundam dan siri-siri di jalur masa alternatif seperti Gundam Wing. Nama “Gundam” berasal daripada beraneka sumber bersifat teori, dan paling kerap dianggap berpunca daripada perlunya untuk berselaras dengan kebiasaan menamakan robot gergasi pada 1970-an.

Gundam kini jadi realiti!

Akhirnya, Jepun berjaya juga membina robot Gundam (RX-78 Gundam) dengan saiz berskala 1:1 di Tokyo. Ini merupaka kali pertama Gundam dibina dengan skala 1:1. Ketinggiannya mencecah 59 kaki. Khabarnya 50 titik pada robot Gundam ini dapat mengeluarkan cahaya dan 14 titik dapat mengeluarkan kabut/asap. Kepalanya juga dapat bergerak.

Lihat gambar lain di: [ Danny Choo | Mainichi Daily News | Assembled Life Sized RX78 Gundam Part 1 | Assembled RX78 Gundam Part 2 ]

DIAMBIL DARI - http://www.izoblog.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan