Ahad, 11 Mac 2012

MODEL KAJIAN TINDAKAN

Gelung Kajian Tindakan (Kemmis & McTaggart, 1988)


Lingkaran 1
1. Refleksi - guru menjalankan refleksi ke atas satu-satu isu pengajaran dan pembelajaran yang hendak ditangan.
2. Pelan- Guru menyediakan satu pelan yang sesuai untuk mengatasi masalah.
3. Melaksanakan pelan- Guru melaksanakan pelan yang dihasilkan
4. Proses pelaksanaan- Guru memerhati kemajuan tindakan yang dijalankan

Lingkaran 2
Dilakukan jika masalah itu tidak dapat diatasi dengan lingkaran 1. Dilakukan sehinggalah masalah itu diselesaikan.
Guru mereflek dan membuat adaptasi terhadap pelan tindakan yang dilakukan.
Satu kritikan terhadap model ini ialah ia sentiasa berlanjutan dan tiada penghujungnya (finality). Oleh itu, seseorang guru yang menjalankan kajian tindakan mestilah bersifat pragmatik dan memastikan bahawa pelan tindakan beliau selaras dengan kurikulum yang hendak disampaikan.

Model Kajian Tindakan (Ebbut, 1985)


Kajian tindakan merupakan satu bentuk inkuiri refleksi kendiri yang dilakukan secara kolektif. Ianya merupakan suatu pengkajian yang sistematik oleh sekumpulan pengamal terhadap usaha-usaha untuk mengubah dan memperbaiki amalan pendidikan melalui tindakan praktis mereka sendiri serta refleksi terhadap kesan atau akibat tindakan tersebut. Ebbutt memperkenalkan model kajian tindakan yang berbentuk kitaran di mana dalam sebuah kitaran akan berlaku maklumbalas sama ada maklumbalas itu berlaku dalam kitaran atau di antara kitaran.