Sabtu, 26 November 2011

Beserah


Ada satu memori yang sentiasa melekat kuat di ingatan saya ialah hari-hari di mana arwah Mak Angah masih ada. Saya masih ingat suasana di Beserah, Kuantan..kami adik beradik sesekali akan berkunjung ke sana terutama semasa cuti semasa itu arwah masih ada dan beliau bertugas sebagai guru (ustazah) di SK. Teruntum. Di belakang rumah arwah jelas kelihatan dua ceper satelit bumi yang sangat besar. Di antara kawasan larangan satelit dan kawasan perumahan tersebut dipisahkan oleh satu kawasan padang. Di situ sekali sekala saya dan adik-adik serta sepupu bermain dan berlari. Mak Ngah juga membawa kami untuk makan malam di benteng Beserah..dulu jarang ada budaya makan di luar terutama malam malah seingat saya tidak banyak pilihan kedai makan di Kuantan.


Beserah merupakan satu sub kawasan di Kuantan yang sangat menarik dan sentiasa mengamit memori. Adakala angin bertiup dari laut terasa sangat nyaman sekali terutama apabila terik matahari menyinar...tidak jauh dari kawasan perumahan diselangi kampung melayu jelas kelihatan kawasan pantai yang sangat indah. Di situ pernah kami mandi bergelak ketawa hahahah zaman kanak-kanak sangat indah. Setelah saya remaja di situ telah dibina satu stesen minyak Shell dan PSPN serta beberapa binaan lagi.

Dan kini apabila umur hampir menjangkau keTUAan (jika boleh saya kata begitu)..apabila memandu sepanjang jalan Beserah, ingatan saya pada arwah sangat kuat....dan beberapa memori lagi yang boleh membawa ke situ.

wallahuallam

* al fatihah untuk arwah Rohani binti Haji Ishak yang juga membantu emak membesarkan saya.