Selasa, 22 September 2009

syukur anda lahir sebagai seorang muslim

...Sebab itulah kita bersyukur kepada ALLAH kerana memberikan kita ni'mat Islam dan Iman. Walaupun Abu Tolib duduk tinggal bersama Nabi, melindungi Nabi, makan minum tidur sebantal dengan Nabi, namun dia tidak mendapat ni'mat Iman & Islam. Walaupun Abu Lahab @ Abdul Uzza Abdul Mutallib menyambut maulidurrosul yang pertama, memberi susu pertama Nabi dimuka bumi ini melalu hamba tercintanya Suwaibah, bukan sahaja dia Pak saudara Nabi, malah ia hidup berjiran dengan Nabi, Hinggakan menjadi besan Nabi bila anak lelakinya 'Utbah dan 'Utaibah berkahwin dengan Umi Kalsum dan Rokaiyah anak perempuan Nabi, namun Abu Lahab berakhir dengan kekufuran dan menjadi manusia terkutuk. Daripada 6.3 billion manusia yang hidup hari ini, hanya 1.8 billion mendapat ni'mat Iman & Islam. 4.5 billion manusia yang hidup bersama kita dimuka bumi hari ini bukan sahaja kufur, neraka jahanam tempat mereka nanti abadan-abada (selama-lamanya).

http://zul4kulim.blogspot.com/