Isnin, 21 September 2009

Eidul Fitri 1430 Hijrah

SELAMAT HARI RAYA DALAM NADA A MAJOR

Assalamualaikum..syukur ke hadratnya kerana dapat juga kita semua merasa menyambut hari raya 1430 H..aku pulak demam hahahahaha kifarah sebab banyak dosa. Raya tahun ni macam biasa seperti selalu tetapi apa yang paling mengembirakan alhamdulillah dengan kehadiran Muhammad Umair Zharif..semalam cukup umur dia 2 bulan..syukur juga kerana pusat dia juga beransur pulih.
Aku mulakan raya tahun ini dengan solat sunat then baraan ikut blog..ntah macam mana badan rasa macam tak best..habis baraan aku terus terkulai layu adus....demam bro..tak ke mana..nasib baik sahabat aku Shahnam datang beraya pada petang nya..begitu juga pada raya kedua..Abang Man satu family datang...masih lagi demam...petang aku melayan bini pegi reunion dia kat Keratong 2..malam ingat nak g Selancar tapi badan masih lagi lemah..nasib baik boleh on9 hahahaha
Apa yang penting aku dapat raya dengan keluarga tersayang Emak, Abah, adik-adik dan sudah tentu dengan CT Nana Nini dan Umair. Itu le erti raya buat orang yang dah berkeluarga...
namun begitu dalam pertemuan ahli keluarga dan sahabat handal, ingin aku nasihatkan jua buat diri aku dan bagi yang ingin membaca..janganlah ada unsur riak, sombong, ujub, takbur, meninggi diri dan sewaktu dengannya. Contohnya..kete baru, handphone baru, seluar baru, kuih raya paling canggih, baju raya paling vogue, langsir paling up to date, bini baru (cantik pulak tu), gaya baru (ranggi beb..) dan bermacam-macam lagi elemen yang sewaktu la. Bukan ke elok pertemuan itu merapatkan apa yang jauh..menambah kenalan..bertukar idea..mencari jodoh (hahahaha)...dan mengukuhkan ummah. Well aku ni pandai cakap je tapi at least aku teringin gak mengingatkan korang.
So tu saja untuk posting aku kali ni..tak sihat la..hahahahah

Wassalam (hanya Allah yang maha mengetahui..)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan