Selasa, 8 April 2008

10 Wasiat As-Syahid Imam Hassan Al-Banna...


1. Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta walau bagaimana keadaan sekalipun.

2. Bacalah Al-Quran,tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-majlis ilmu, amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tidak berfaedah.

3.Berusaha untuk bertutur dalam Bahasa Arab kerana bahasa Arab yang betul itu adalah satu satunya syiar Islam.

4.Jangan bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tidak memberi apa-apa jua kebaikan.

5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6.Jangan banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

7.Jangan bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah sia-sia malah menyakiti hati pendengar.

8.Jauhilah dari mengumpat-umpat hal peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan dan janganlah bercakap melainkan perkara membawa kebaikan.

9.Berkenal-kenalanlah dengan setiap muslim yang ditemui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.

10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah pelaksanaannya.