Jumaat, 15 Februari 2013

Teori Pengalaman Pelbagai Edmund Burke Feldman

Berdasarkan terori pengalaman pelbagai Dr. Edmund Feldman, terdapat 4 langkah dalam proses kritikan seni iaitu :

1) Deskripsi
Pada peringkat pertama ini, apresiasi dilakukan dengan memberi gambaran nyata tentang sesuatu iaitu berdasarkan apa yang dilihat. Gambaran berdasarkan apa yang dilihat termasuk elemen sensori seperti warna, garisan, bentuk dan ruang atau dalam erti kata lain penekanan diberikan kepada unsur seni.

Penekanan diberikan kepada asas seni reka
Pengkritik perlu mengenalpasti ciri-ciri fizikal karya seperti imej dan bentuk pada karya seni tampak.

Elemen asas seni reka dinilai dan dikupas
Pemerhatian tentang imej benda, subjek kajian dan penggunaan unsur-unsur seni dinilai dengan mendalam.

Kritikan deskripsi boleh dijadikan panduan dan rujukan serta membantu pengkarya
Melihat pada gaya karya , contohnya gaya realistik, surealistik dan lain-lain.

2) Analisis
Penyelidikan atau penghuraian seperti masalah dan keadaan untuk mengetahui pelbagai aspek komposisi yang digunakan secara terperinci dan mendalam.

Ciri-ciri:
  • Pengkrikitik perlu menganalisis komposisi yang digunakan dalam sesebuah karya,
  • Menganalisis secara terperinci untuk mengetahui bagaimana prinsip-prinsip seni digunakan dan dihubungkan dengan proses dan teknik, imej atau bentuk, isi dan makna serta bentuk dan ruang dan mencari pertalian persoalan idea dan perasaan mendalam sesebuah karya.
  • Contoh, fokus dan penegasan imej imbangan antaranya ruang dan warna
  • Kesesuaian objek dalam objek
  • Kontra dan imej

3) Interpretasi
Tafsiran ,penjelasan memperihalkan tentang makna, tujuan , implikasi bagi sesuatu perkara.

Ciri-ciri :
  • Mengkaji kualiti ekspresif seniman
  • Mengkaji makna yang disampaikan melalui karya
  • Merujuk kepada penyataan perasaan
  • Melibatkan mood dan idea dalaman
  • Penyataan perasaan digunakan untuk menterjemahkan maksud dan makna karya seni

4) Pertimbangan
Renungan tentang kebaikan atau masalah bagi sesuatu perkara sebagai dasar bagi sesuatu keputusan melalui perhitungan dan pemerhatian.
  • Berbentuk memberi pandangan , pendapat dan membuat keputusan terhadap sesuatu karya.
  • Pandangan yang diberikan berdasarkan penilaian ilmiah yang mempunyai bukti-bukti kajian yang lengkap dan terperinci.
  • Pandangan yang diberikan tidak bersifat peribadi
  • Pertimbangan berbentuk formalism, ekspresivisme dan instrumentalisme.
  • Pertimbangan dari sudut formalism ialah berasaskan aspek keindahan
  • Ekspresif adalah keupayaan menyampaikan perasaan dan idea.
  • Instrumentalisme bermaksud pertimbangan berdasarkan keberkesanan karya sebagai satu alat dalam konteks seperti institusi , masyarakat dan negara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan