Jumaat, 6 Januari 2012

PERJALANAN



Sesi 2012 telah bermula dan saya akan ke Jerantut, Cameron Highlands dan sekitar Lipis tak lama lagi.....perjalanan ini akan saya gunakan untuk mencermin diri dan melihat kebesaran Ilahi serta memahaminya.

Kebelakangan ini ada beberapa situasi yang agak sukar saya faham telah saya lalui...mengapa saya tak faham? mungkin kerana saya belum pernah melaluinya...walaupun ia bukan situasi yang mendesak tetapi bak kata org tua-tua..kalau tak cukup 1 sen tak dapat 1000 ringgit...its not so complicated but ia membuatkan saya berfikir. Pada sudut yang positif ia bagus untuk minda pada satu sudut yang lain pula, ia umpama satu gangguan (jika boleh dikatakan begitu)...

Malam dan hari silih berganti dan berlalu. Warna malam yang gelap dan suram..sunyi sepi mengundang rasa takut dan sedih...bila terang siang datang..ia membawa kegembiraan dan keberanian. Begitu juga kehidupan..adakala kita akan dilanda kemurungan yang dirasakan tidak akan pergi tetapi Allah akan datangkan kegembiraan yang tak disangka-sangka..dan ia pasti datang. Nasihat ini saya tujukan pada para pelajar yang akan pergi berpraktikum.

Baiklah cukup sampai di sini untuk saya berkata-kata di ruangan ini.....kerana saya ingin mengisi pemikiran ini dengan perkara-perkara positif.....

wallahuallam