Rabu, 9 Februari 2011

Teori Gestalt

Pengasas aliran ini ialah Max Wertheimer(1880-1943).Perkataan 'Gestalt' berasal dari German yang bermaksud organisasi,bentuk,keseluruhan dan kesempurnaan.Aliran gestalt sinonim dengan persepsi.Persepsi ialah pengertian kita tentang situasi sekarang dalam erti kata lain pengalaman kita telah lalui.Ia bermaksud penafsiran rangsangan yang telah ada dalam otak kita.Dalam menilai karya seni kita cenderung melihat entiti atau objek secara keseluruhan.Ia adalah penekanan yang diberikan dalam hukum persepsi Gestalt.Dalam alam kejiwaan tidak terdapatunsur melainkan Gestalt.Sesuatu itu akan mempunyai erti jika bersatu dalam kesatuan.Setiap bentuk dalam kesatuan itu disebut Gestalt.

Aliran gestalt sebagai tindakbalas terhadap aliran strukturalisme yang wujud di Jerman.kajian ahli gestalt tertumpu kepada kognitif yang mendedahkan bagaimana otak manusia bertindak pada persepsi yang diterima daripada derai penglihatan.sebagai contoh:apabila mendengar bunyi tapak kaki seseorang itu,kita terus akan mempersepsikan ianya(bunyi tapak kaki)dengan orang yang kita kenali.oleh itu, manusia akan sentiasa membuat persepsi daripada pengalaman dimana persepsi ini adalah yang diambil secara keseluruhan dan bukan sebahagian2.

diambil dari : http://nurasyikinrazak.blogspot.com/2009/07/teori-gestalt.html

Prinsip asas teori ini menitikberatkan keseluruhan daripada sebahagian. Dalam erti kata lain, melihat sesuatu objek secara keseluruhan (contohnya rumah) memberi makna yang lebih mendalam daripada melihat komponenkomponen individu (tiang, lantai, dinding, pintu, tangga). Proses melihat secara keseluruhan melibatkan proses kognitif – minda membuat anjakan daripada memahami setiap komponen dalam menghasilkan makna daripada pandangan yang menyeluruh.

Hukum-hukum Teori Gestalt terdiri daripada :-

Hukum Pragnanz
Hukum Pragnanz menyatakan bahawa apabila individu berhadapan dengan pengalaman yang baru, persepsi individu tersebut adalah tidak teratur.

Hukum Persamaan (Similarity)
Konsep hukum persamaan adalah lebih mudah untuk difahami. Individu akan lebih cenderung untuk mengklasifikasikan rangsangan yang mempunyai persamaan di dalam kumpulan yang sama.

Hukum Keintiman (Proximity)

Mengikut hukum keintiman, pengklasifikasian setiap rangsangan adalah berdasarkan elemen jarak dan hubungan. Rangsanganrangsangan yang mempunyai hubung kait di antara satu sama lain akan diletakkan di dalam kumpulan yang sama.

Hukum Lengkap (Closure)
Hukum lengkap menganjurkan bahawa individu cenderung untuk meletakkan rangsangan yang telah lengkap di dalam kumpulan yang sama.

Hukum Kesinambungan Positif (Good Continuation)
Hukum ini menyatakan bahawa sifat sesuatu rangsangan tidak akan berubah, dan pada masa yang akan datang sifat yang sama akan dikekalkan. Contohnya, garis yang lurus dilihat sebagai akan tetap lurus pada masa yang akan datang dan tidak akan berubah sifatnya.

Hukum Ciri-ciri Bahagian (Membership Character)
Di dalam hukum ini, individu akan mentafsir sesuatu berdasarkan pandangan mereka secara keseluruhan terhadap sesuatu objek tersebut, dan bukannya melihat setiap bahagian daripada keseluruhan objek tersebut.

Teori Gestalt juga mempunyai hubungan yang rapat dengan pandangan konstruktivis dan banyak diaplikasikan di dalam kaedah penyelesaian masalah. Di dalam konteks pembelajaran seni visual, teori Gestalt bukan sahaja melihat kepada produk atau hasil kerja tetapi memberikan penekanan yang tinggi ke atas proses penghasilan produk itu sendiri.

diambil dari : http://psvisual.wordpress.com/