Rabu, 6 Oktober 2010

Lukisan Digital.....patah-patah perkataan

Patah-patah perkataan jika disusun dalam keadaan tertentu akan memberikan makna dan mungkin juga pelbagai makna..jika tidak salah saya untuk berkata begitu.
Dalam hal ini, lukisan memberi maknanya tersendiri tetapi apabila digabungkan dengan perkataan digital, ia akan membawa makna yang menarik untuk dibicarakan.
Lukisan digital adalah satu bentuk karya yang sangat menarik untuk dibicarakan dari segi alat, bahan, teknik, prinsip rekaannya dan pelbagai unsur yang sewaktu dengannya. Malah apabila dibincangkan bersama pelajar ia telah membawa perbincangan ke sudut-sudut yang lebih menarik dan tidak dijangkakan.
Kali ini saya tidak mahu membicarakan tentang lukisan digital tetapi sekadar meluahkan rasa sedar tentang indahnya definisi dan persepsi yang lahir dari patah-patah perkataan yang disusun. Indahnya bahasa jika kita mahu menggunakannya. Kita bincang lagi lain kali, esok hari konvokesyen Afzan ke 24...selamat berkonvo..alhamdulillah..wassalam..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan