Jumaat, 4 September 2009

PERMASALAHAN JODOH

Jodoh, mati dan lahir adalah di tangan Allah. Sering sangat kita mendengarkan hal ini.

Sebagaimana masalah lahir, Allah sudah menentukan dan kita tidak dapat memohon kepada-Nya.
Di mana kita lahir?
Bila kita lahir?
Siapa orang tua kita?

Demikian halnya dengan masalah mati,
Di mana kita mati?
Bilakah kita akan mati?
Bagaimana cara kita mati?

Kita tidak tahu akan hal itu kerana hal itu SUDAH ditentukan oleh ALLAH. Maka sekarang kita masuk pada masalah JODOH. Seolah-olah, kita memiliki “Hak” untuk memilih masalah JODOH. Disinilah bermula salahfaham kita sebagai seorang manusia. Bukankah Allah sudah memberikan contoh masalah LAHIR dan MATI? Bukankah LAHIR dan MATI itu yang menentukannya adalah ALLAH?

Tetapi mengapakah kita begitu berani melakukan “PILIHAN” akan masalah JODOH? Ini adalah masalah KETAATAN yang samar. Perhatikanlah, bahawa masalah JODOH, LAHIR dan MATI adalah masalah TAKDIR Allah. Diantara 99 nama Allah itu salah satunya adalah al-MUQTADIR, YANG MAHA MENENTUKAN.

Begitu berani kita untuk menentukan sesuatu yang sebenarnya adalah hak milik ALLAH. Apakah ini bukan sesuatu yang besar? Apabila kita memahami bahawa masalah LAHIR, MATI dan JODOH ditangan Allah, dan apabila kita memahami bahawa LAHIR dan MATI adalah DITENTUKAN oleh ALLAH sendiri, maka semestinya untuk masalah JODOH inipun kita mesti “BERTANYA” kepada ALLAH. Manakah sebenarnya yang DIPILIH oleh ALLAH untuk kita.

Bukankah kita diajar tentang solat istikharah? Iaitu salah satu cara bagi manusia untuk mendapat petunjuk langsung daripada ALLAH. Ertinya, apabila solat istikharah saja kita merasa kesulitan untuk memperoleh petunjuk, maka perlulah kita bertanya kepada orang yang AHLI yang DEKAT dengan ALLAH bagi menyelesaikan permasalahan kita. Sebagaimana firman Allah di dalam al-Quran, “Bertanyalah engkau kepada AHLInya jika engkau tidak mengetahui”. Sebahagian besar daripada kita tidak melakukan solat istikharah di saat menentukan masalah JODOH.

Kesilapan yang kedua adalah solat istikharah, hanya digunakan sebagai cara untuk MEMILIH calon ISTERI / SUAMI sahaja. Padahal itu adalah solat untuk MEMOHON PETUNJUK daripada Allah. Apapun masalahnya dan apapun masalah kita, maka solat istikharah adalah cara yang diberikan oleh Allah kepada manusia untuk berkomunikasi langsung/bertanya langsung kepada-Nya.

Kesilapan yang ketiga. Memang benar bahawa disebutkan di dalam al-Qur’an, bahawa manusia diciptakan oleh Allah itu berpasang-pasangan. Kita memahaminya sepasang itu adalah satu lelaki dan satu wanita.

Tetapi bagaimana kita menjelaskan dengan kisah Nabi Muhammad S.A.W yang memiliki isteri lebih dari satu? Apa itu tidak termasuk JODOH? Dan bagaimana dengan orang-orang lain yang memiliki isteri lebih dari satu? Apa itu bukan JODOH? Disinilah kita perlu memahami bahawa masalah “berpasangan” bukanlah bererti satu hal yang sempit iaitu satu orang laki dan satu orang wanita sahaja. Sebenarnya ia memiliki erti lebih luas daripada itu iaitu dengan makna berkesesuaian atau keserasian hidup bersama. Allah berfirman dalam al-Qur’an, “Nikahlah dengan wanita yang menyenangkan bagimu, 2, 3, 4, atau kalau kita tidak mampu berbuat adil, maka bernikahlah dengan satu orang sahaja”.

Seandainya ada orang yang sampai mati, belum menikah, apakah hal itu bererti dia TIDAK memiliki JODOH ??? Fahamilah akan hal ini, bahawa proses bertemunya kita dengan JODOH kita ada yang prosesnya cepat dan ada yang prosesnya lambat. Ada juga yang prosesnya tersangat lambat. Kadang-kadang di dalam proses yang tersangat lambat ini, ada yang sampai mati tidak sempat BERTEMU dengan yang dijodohkan kepadanya. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah S.W.T di dalam syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga.

Bagi yang sudah berumah tangga, atau yang sudah menikah, memohonlah pada Allah agar benar-benar Allah merestui hubungan kita dengan ISTERI/SUAMI masing-masing.

http://www.izoblog.com