Ahad, 23 Ogos 2009

....Temerloh..we got a problem...


Assalmualaikum...

selamat berpuasa diucapkan terlebih dahulu..akhirnya tiba jua bulan yang ditunggu-tunggu..so tunggu apa lagi kutip le sebanyak mana bekalan untuk akhirat.

aku dapat juga berbuka puasa dengan keluarga aku kesemuanya..setelah dua tahun buka puasa kat Kuching hahahaha alhamdulillah. takde banyak perkara yang aku lakukan cuma berfikir dan berfikir dan bermalas-malas..tetapi ada beberapa perkara yang ingin aku nyatakan di sini, sebagai maklumat dikongsi bersama.

Posting KPLI Ambilan 2009
semalam aku ada sms member aku yang baru bertugas di KPM Putra Jaya...aku bertanya ke mana akan di tempatkan pelajar KPLI tahun ni...jawabnya Sabah n Sarawak..hurm..mungkin aku akan dapat maklumat lanjut lagi isnin ni...tapi member aku bukan le pengarah kat situ tapi maklumatnya sangat berharga...mungkin ada antara anak2 murid aku yang terkedu katak...mungkin tomato akan semakin kecut..ntah la..Allah lebih tahu

Keluarga Aku
Alhamdullilah kerana Allah telah mengumpulkan kami semua pada cuti ditambah dengan puasa ni. Keluarga Mak Cik Bedah semakin besar dengan 5 orang anak (Aku Angah Odek Eri Iwan) dan 6 orang cucu (Nana Nini Adam Adreen Dini Umair)..mungkin ahli keluarga ini akan makin bertambah lagi...insyaAllah..siapa dan bagaimana..Allah jua yang maha tahu

Berfikir dan Dugaan
kebelakangan ini amat besar dugaan yang aku lalui dan hadapi..kena fikir sampai tak boleh fikir..dulu bila seseorang diduga kita akan memberikan reaksi seolah-olah kalau kena kat kita mesti boleh hadapi..kacang lei..tapi bila tiba turn kita alamak..its really hard..cant make any decision..macam berdiri kat depan sign board penunjuk arah dan di belakangnya ada beberapa cabang jalan yang akan membawa kita ke satu arah..cuma bentuk jalan je berbeza..mungkin terlalu panjang..bengkang bengkok..short cut..berbonggol..straight..ntah...apa yang boleh aku buat ialah bersangka baik dengan Allah..tidak Dia menduga aku tanpa sebab..dan bila aku diduga maknanya Allah mesih nampak lagi aku kat atas dunia ni hahahaha...buat tomato yang cuba aku genggam maybe ill grip u more or maybe it slowly loose..dont know...im praying for good...but only Allah knows...dan aku akan makan jugak tomato ini akhirnya Insyaalah

Aku dan Kerja
tidak ada hentinya malah semakin bertambah..doakan aku diberikan kekuatan dan dipanjangkan umur...

itu sahaja untuk hari ini..dan aku masih mengharapkan yang terbaik untuk esok...kerana aku hanya ada harapan tanpa harapan siapalah kita manusia semua ni hahahahah hope for a better life betul tak..

wassalam...can i knock ur room..