Jumaat, 10 Oktober 2008

Beratus-ratus kajian saintifik menunjukkan bahawa CoEnzyme Q10 merupakan salah satu antioksidan baru yang paling cemerlang dan boleh membantu mengekal jantung yang sihat, tekanan darah dan paras kolestrol yang baik. Daripada semua organ dalam badan anda, jantung adalah organ yang paling responsif terhadap CoQ10 kerana paras CoQ10 adalah 10 kali ganda lebih banyak dijumpai secara semulajadi dalam jantung berbanding di mana-mana bahagian lain dalam badan. Jantung memerlukan CoQ10 untuk memberinya tenaga bagi mengepam darah dengan lebih cekap, di samping memberinya tenaga untuk mengendur dan tenaga yang mantap untuk mendenyutkan jantung secara berterusan. CoQ10 menyediakan “bunga api” yang diperlukan oleh setiap sel untuk mencetuskan tenaga. Jean Carter dalam buku beliau “Miracle Cure” dengan tepat menyifatkan CoQ10 sebagai “penjana tenaga jantung yang menakjubkan.” Lain-lain pakar yang terkenal dalam bidang kardiologi mengulas seperti berikut: “Saya percaya bahawa penyakit kadiovaskular mungkin pada sebahagian besarnya disebabkan oleh kekurangan CoEnzyme Q10.” Dr Karl Folkers, University of Texas “Bagi sesiapa yang berumur melebihi 50 tahun, mengambil tambahan CoEnzyme Q10 boleh mencergaskan semula tisu-tisu yang semakin menua, dengan itu mengurangkan kesan-kesan proses penuaan dan penyakit yang berkaitan dengan umur tua.” Profesor Anthony W. Linnane Pusat Biologi Molekular dan Perubatan Monash University, Clayton, Australia Dos yang biasa untuk pesakit jantung ialah 50 hingga 150mg setiap hari, namun, sehingga 300mg mungkin diperlukan sekiranya menghadapi kegagalan jantung yang teruk. Dr Stephen Sinatra M.D., pakar kardiologi dan pengasas & pengarah Pusat Jantung & Kelanjutan Usia di New England, berkata, “Lebih teruk pesakit jantung itu, lebih lemah jantungnya, maka lebih tinggi dos yang diperlukan.”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan