Ahad, 1 Julai 2007

Transform ke bulan Julai

Assalamualaikum

Hari ni 01/07/2007...aku memulakan pagi menghantar yang tersayang ke Unimas utk kelas OUM. Malam tadi kami segerombolan telah dipukau dengan kehebatan Transformer oleh saudara Michael Bay. Terpaku melihat Optimus Pride dan Megatron serta sahabat bertarung...hidup dan mengemparkan. Betapa jauhnya tertinggal kita..ya, semua kecanggihan dunia ada di barat samada telah dipamerkan atau diperap menunggu masa untuk dikeluarkan. Aku dan kelian akan terus menjadi masyarakat pengguna, tertipu dan terus tertipu. Semalam puluhan ribu mausia beratur membeli Iphone...untuk teknologi atau prestij...jenama menjadi keperluan hidup.
Hari ni di Islamic Cafe Batu 7, aku berpeluang berbual dengan seorang bakal pemandu Sukhoi....bekas pelajar di SK. Selancar 3..kebetulan..Azmir namanya anak pengurus Felda. Hari ini juga tak banyak yang boleh aku buat dengan tesis aku...i'm lost in translation. Aku tenggelam memikirkan Ezam...memikirkan putar belit Najib...serta Anwar Ibrahim dan lalai/lagha mengadap internet. Ya...aku hanya pengguna yang bodoh.
Hari terus berlalu..aku tahu aku perlu lakukan sesuatu pada umur 30 an ini pemikiran lebih terarah tidak seperti awal 20 an, hentam keromo meredah kehidupan tanpa memikirkan kesan dan akibat. Untuk esok aku masih berfikir apa yang perlu aku buat..jawapan sudah ada tetapi kelihatan berkabus di tengah-tengahnya.
Buat Michael Bay dan Sam Raimi anda telah meninggalkan satu parut memori dalam ingatan dua puteri ku...Hero fantasi lebih hebat dari kisah nabi yang realiti. Ya Allah ya Tuhan ku...maafkan aku..suluhkan kami ke jalan yang benar..jalan para nabi dan rasul, jalan para ulama anbia sufi wali orang-orang alim..keseatan selalu mengekori kami kerana tidak mampu mengimbangi nafsu dan akal. Amin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan