Isnin, 21 November 2011

Hari Pertama Minggu Pertama Cuti Akhir 2011

Pagi isnin utk minggu pertama cuti saya rasmikan seawal 8.00 pagi masuk ke kelas PGSR PSV. Kelihatan para pelajar masih terkulat-kulat...mungkin kepenatan atau mungkin kesesatan. Saya telah memuatnaikkan soalan-soalan amali lebih kurang 1 bulan yg lalu (kalau saya tidak silap)...saya merasakan mungkin para pelajar merasa tertekan...mungkin..saya tidak tahu...

Sebenarnya bidang multimedia adalah sukar bagi sesetengah pihak...begitu juga saya semasa memulakan kursus ini dahulu...begitu juga sekarang..hihihihi bukan senang beb..ditambah pula pelajar berada pada usia di antara 35 hingga 49 tahun...sukar...tetapi ini tanggungjawab..pelajar dengan bahagian mereka...saya dengan bahagian saya...

Beberapa ketika selepas menyemak kerja-kerja pelajar secara individu...sasaran yg ditetapkan jauh tersasar...saya tertanya-tanya dan saya mendapat jawapan...tidak perlu saya nyatakan jawapan tersebut..saya kira ada yang di antara mereka yang berusaha..ada...mmg ada,,,

Hari dihabiskan dengan sibuk...ttp saya memikirkan esok...kerana esok ada 5 jam lagi utk saya selesaikan masalah pelajar....saya cuba...mungkin saya yang bermasalah..

wallahuallam