Sabtu, 22 November 2008

Jangan Terlalu ….

1. Terlalu lama berdiri - merosakkan tulang. Urat sekitar kaki menjadi kembang.
2. Terlalu lama duduk - merosakkan lipatan daging. Akan mudah dihinggapi penyakit tua. Tubuh badan menjadi kendur.
3. Terlalu lama berjalan - merosakkan urat.
4. Terlalu lama melihat - merosakkan darah.
5. Terlalu banyak tidur - merosakkan tenaga. Menjadi pemalas. Jauh jodoh!
6. Terlalu banyak ketawa - merosakkan usus / menghilangkan nur wajah (yang ini aku tambah).
7. Terlalu kerap marah - merosakkan hati. Cepat kelihatan tua.
8. Terlalu banyak berfikir - merosakkan limpa. Kulit muka cepat berkedut. (fikir masalah umat takpe kot?)
9. Terlalu banyak bersedih - merosakkan jantung.
10. Terlalu merana - merosakkan paru-paru.
11. Terlalu takut - merosakkan ginjal. Apabila fungsi ginjal terjejas, boleh mengakibatkan gejala kencing manis dan lemah jantung.
12. Terlalu kerap terkejut - merosakkan pundi hempedu. Gejala pening kepala kerap dialami.
13. Terlalu banyak makan - merosakkan pencernaan. Mudah mengalami keletihan, malas dan selalu mengantuk.
14. Terlalu banyak minum minuman berais - merosakkan otot & lambung. Badan menjadi lembik. Berat badan meningkat. Mudah diserang penyakit & tidak kelihatan awet muda.
15. Terlalu banyak masa lapang - merosakkan fikiran. Kelapangan masa yang terlalu banyak menimbulkan berbagai khayalan dan menimbulkan berbagai penyakit jiwa, kecuali masa lapang diisi dgn aktiviti hidup yg positif .

6 golongan yang masuk neraka tanpa di hisab oleh Allah, mengikut hadith Rasulullah s.a.w.

1. Para pemimpin yang zalim
Ia itu pemimpin yang berkuasa tetapi menzalimi diri dan rakyat kerana dengan kekuasaan masih berdolak-dalih TIDAK mahu menjalankan hukum-hukum Islam. Memandangkan senario di negara kita, ana amatlah kesiankan pemimpin Islam dan saudara seIslam ku yang masih sedemikian.

2. Peniaga yang khianat
Peniaga yang berniaga mendengki dan menaikkan harga tanpa sebab dan menipu. Contoh, berniaga dan menaikkan harga apabila harga minyak naik tapi tidak menurunkannya apabila harga minyak turun. Perniagaan nya pula tidak ada kena mengena dgn turun naik nya harga minyak tetapi ingin mengambil kesempatan mengaut keuntungan yang besar @ menipu.

3. Orang berilmu yang suka berbalah
Orang berilmu dgn ilmu nya menyebabkan perbalahan

4. Orang sombong
Tiada sebab manusia mesti sombong kerana sesuatu kekuasaan dan kekayaan serta kesihatan semuanya dgn rezeki yang diturunkan Allah. Bila-bila masa sahaja Allah boleh menarik kesemua itu

5. Orang yang assobiah
(maaf kalau ejaan salah tapi bermaksud orang yang taksub sangat dgn bangsanya)
Kita boleh mencintai bangsa kita tetapi mengenai hukum Allah mestilah di laksanakan dan menghindarkan apa yang di perimtah olehNya. Jangan menggunakan pepatah " biar mati anak jangan mati adat". Juga jangan ambil parti bangsa sebagai wadah perjuangan tetapi MESTILAH ambil perjuangan mengikut wadah secara Islam - lihat dan kaji perlembagaan parti dan kita masuk yang mana ambil Al-Quran sebagai wadah yang di guna pakai. Biar kita pakai Islam jangan kita pakai cara yang tidak di redha oleh Allah. Ini boleh menyebabkan saudara kita boleh masuk NERAKA!

6. Orang jahil yang tidak ingin mencari ilmu
Ada kemampuan untuk mencari rezeki tetapi mencari sebab tidak mencari ilmu di surau dan masjid kerana memberi berbagai alasan seperti penat dan sebagainya.

Selasa, 18 November 2008

TAHAJUD

Orang yang rajin melakukan solat sunat tahajud mendapat 9 kelebihan.
5 daripadanya diperoleh di dunia, manakala selebihnya akan diperoleh di akhirat.

5 kelebihan yang diperoleh di dunia:
  1. Allah akan menyelamatkannya daripada bencana
  2. Tanda berkat pada wajahnya
  3. Disukai oleh ramai manusia
  4. Allah jadikannya seorang yang bijaksana
  5. Bila bercakap penuh hikmah

4 kelebihan yang akan diperoleh di akhirat:

  1. Wajahnya bercahaya
  2. Diringankan hisab
  3. Menyeberangi titian sirat seperti kilat yang menyambar
  4. Dapat buku amalan dengan tangan kanan

"Ya Allah…ringankan tubuh badan kami untuk bangun mengadap dan bermunajat padaMu di sepertiga malamMu