Sabtu, 29 Disember 2012

UMP untuk kali ke 4

Alhamdulillah

28 Dis 2012 berjaya juga kaki ni melangkah masuk ke mini teater di Blok X UMP ngam2 pukul 9 pagi...(pukul 7.15 pagi dah gerak dari Temerloh). Dapat juga ruang untuk mendengar pembentangan master dari dua rakan guru (lelaki dan perempuan). Research nya nampak complicated..yg aku boleh ingat ialah perkataan Biofeeds...Kalau menurut Dr. Nubli yg ada kat tepi aku tu katanya, research yg dibentang hari ini adalah untuk membuktikan camane tingkahlaku boleh dikesan memlalui degup jantung...wowwwww..yang paling best pesan beliau tahun depan turn aku membentang keh keh keh...
Melihat dua rakan guru yg membentang mengingatkan kembali kenangan lama di Unimas..keh keh tersangatlah menyeksakan..tapi apa yg aku lihat hari ini tidaklah seteruk yg aku lalui...maybe ini satu persepsi awal...dan syukur kedua-duanya propasal telah diterima dengan pembetulan....mudahkan sesi ni..
Ok didoakan agar ada kekuatan utk menulis hahahaha amin

wallahuallam

Lipis 12.35am 29/12/12

Rabu, 26 Disember 2012

TEORI KREATIVITI LAURA H. CHAPMAN

Laura H. Chapman mencadangkan 3 kaedah menghasilkan karya seni;
  1. Kaedah Penjanaan Idea/Inception of Idea tetapkan objektif/haluan/tujuan penghasilan karya.
  2. Pengolahan dan Pemurnian/Elaboration and Refinement – buat/baiki/buat sehingga menperolehi hasil yang terbaik.
  3. Kemahiran menggunakan bahan/Execution in a Medium – cuba pelbagai bahan untuk melihat kesesuaian/kesan

TEORI KREATIVITI TAYLOR

KREATIVITI TAYLOR


Calvin W. Taylor ialah seorang ahli psikologi yang memperkatakan tentang tidak semua manusia dilahirkan dan dikurniakan dengan bakat yang sama. Beliau percaya bahawa perkembangan bakat seseorang terlalu berkait rapat dengan cara bagaimana seorang pendidik berupaya merangsang pemikiran seorang pelajar. Di dalam teorinya “Multiple Creative Talent”, beliau menjelaskan bahawa pembentukkan bakat perlulah bersesuaian dengan aktiviti pembelajaran yang dijalankan di dalam kelas.

Dalam teorinya Taylor telah menyarankan lima jenis kreativiti bagi menunjukkan tahap perbezaan proses kreativiti yang berlaku pada seorang individu dengan individu yang lain. Jenis-jenis kreativiti berkenaan adalah: 

(a) Kreativiti Bersifat Ekspresif
Kreativiti yang bersifat ekpresif selalunya berlaku secara rawak dan bebas. Ia boleh dilihat melalui lukisan-lukisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak yang melukis secara sepontan. Kebanyakan lukisan yang dihasikan oleh kanak-kanak pada peringkat ini adalah secara bebas. Hasil lukisan itu juga mengikut kemampuan bersesuaian dengan usia dan perkembangan keadaan fizikal mereka yang belum stabil. Pada peringkat ini hasil lukisannya adalah dalam bentuk contengan dan penggunaan garisan yang tidak terkawal. Kreativiti bersifat ekpresif ini adalah bersifat bebas, kemahiran, keaslian dan kualiti tidak dianggap penting oleh pelajar semasa proses menghasilkan karya.

(b) Kreativiti melalui Penghasilan/Teknikal
Kreativiti melalui proses penghasilan adalah merujuk kepada kecekapan dan keupayaan seseorang pelajar dalam menghasilkan karya. Dalam peringkat ini pendidik perlulah membantu pelajar bagi tujuan menambahbaikan kemahiran yang sedia pada mereka kepada satu kaedah yang lebih sistematik dan terancang dengan sempurna. Ketika ini peranan pendidik sangat penting kerana pelajar memerlukan bimbingan bagi mengenal pasti kaedah dan pendekatan yang sempurna dan sesuai dalam proses menghasilkan karya yang baik.

(c) Kreativiti Bersifat Inventif
Kreativiti bersifat inventif adalah merujuk kepada keupayaan individu mencipta benda atau objek baru melalui proses ekprimentasi. Pada peringkat ini penekanan utama adalah faktor-faktor penemuan dan penciptaan yang baru. Ia juga melibatkan percubaan demi percubaan bagi menghasilkan satu teori, formula dan kesimpulan terhadap eksprimen yang telah dijalankan oleh individu tersebut. Peranan pendidik pada peringkat ini adalah memberikan galakkan dan sokongan agar pelajar tidak mudah putus asa.

(d) Kreativiti Bersifat Inovatif
Kreativiti bersifat inovatif pula adalah peringkat yang melibatkan pengubahsuaian kepada konsep-konsep asas yang sedia ada kepada idea yang baru. Pada peringkat ini pelajar mula melakukan pengubahsuaian dan pembaharuan melalui gaya dan teknik mereka sendiri. Pendidik boleh membantu dan membimbing pelajar untuk mengenalpasti kaedah perlaksanaan yang betul. Di samping itu juga pelajar telah mula bertindak luar dari kaedah konvensional dan menghasilkan kaedah alternatif bagi setiap perancangan yang dibuat oleh mereka.

(e) Kreativiti Bersifat Imaginatif 
Kreativiti bersifat imaginatif merupakan kreativiti yang paling tinggi kedudukannya. Pada peringkat ini prinsip-prinsip formal seni diterjermahkan di dalam bentuk abstrak dan dipermudahkan. Contohnya, imej figura manusia digambarkan tanpa memberikan perhatian serta penekanan kepada bentuk asas atau bentuk formal figura tersebut. 

Refleksi:
kreativiti mempunyai cabangnya dan berbeza tahap ketinggianya dalam diri manusia bergantung kepada beberapa faktor terutama dari aspek pendikan formal maupun tidak formal.

http://flow-sharul.blogspot.com/2009/08/kreativiti-taylor.html