Semester 3 bagi pelajar PPG kali ini saya diminta mengajar kursus PSV3106 yang berkaitan dengan dua bidang utama KBSR iaitu bidang Mengambar dan Membuat Corak dan Rekaan. Tidak perlu dihuraikan panjang lebar tentang kursus ini, tetapi ada beberapa kegiatan yang agak mengeliru dan mencabar pelajar, contohnya seperti kolaj, mozek, montaj, cetakan, capan, titisan, renjisan dan ada beberapa lagi. Ada sesetengah individu yang menganggap setiap kegiatan ini ada persamaan atau sama sahaja. Contohnya seperti capan dan cetakan, tetapi berdasarkan teknik pembuatan dan proses hasil kerja kedua-dua kegiatan ini mempunyai perbezaan. Apa yang berbeza? Cuba buat dulu dan jangan lupa sentiasa mematuhi definisi yang digariskan. Bagaimana dengan kolaj, mozek dan montaj? Saya ada membuat beberapa rujukan seperti modul OUM dan dari mentor saya En. Basir, sememangnya terdapat perbezaan walaupun ada persamaan sedikit dalam proses penghasilan. Apa yang sama? Better u do some research hehehehehe,...malas aku nak menerangkan lagi buat beratus kali.
Apa yang ingin saya tekankan di sini, para pelajar perlu sentiasa patuh dan memahami bidang, baru mudah melaksanakan kegiatan. Jika tidak kita akan tersesat dan lebih parah lagi dapat penyakit syiok sendiri tak tentu pasal. Pada awal kelas bermula dahulu ramai pelajar yang tersesat malah saya sendiri dikelirukan oleh pelbagai definisi dan contoh hasil kerja tetapi jika rajin membuat rujukan dan cuba jaya...insyaAllah boleh disiapkan. Jangan lupa sentiasa merujuk dokumen asli huraian sukatan pelajaran..baru lah proses hasil kerja anda terpimpin.