Oleh: zharifjenn
"Nabi menekankan di dalam beberapa hadisnya bahawa kucing itu tidaklah najis. Malah diperbolehkan untuk berwudhuk menggunakan air bekas minuman kucing.
Kenapa Rasulullah Saw berani mengatakan bahawa kucing tidak menjadi najis kepada manusia? Persoalannya, bagaimana Nabi mengetahui badan kucing tidak mempunyai najis? Jawapannya, kulit kucing mempunyai otot-otot yang berfungsi untuk melawan sel bakteria.
4. Hanya sekali kuman dijumpai semasa proses penyelidikan. Kuman ini termasuk dalam kumpulan kuman yang dianggap sebagai kuman biasa yang selalunya membiak dalam tubuh manusia dalam jumlah yang kecil seperti enterobacter, streptococcus, dan taphylococcus. Jumlahnya kurang dan membiak dalam lingkungan 50 ribu pertumbuhan.
Selain itu, Dr. Gen Gustafsirl menemui kuman yang banyak pada anjing, manusia 25% dari anjing, kucing mempunyai separuh kuman dari manusia. Doktor haiwan di klinik haiwan Damaskus, Said Rafah menegaskan bahawa kucing mempunyai peranti pembersih yang bemama lysozyme.
Hadis-Hadis Mengenai Kucing
Lain-lain cerita menarik:
Kisah menarik Rasulullah saw dengan kucingnya
Rasullah saw dan seorang pengemis
Kisah Rasullah saw dan buah limau"
http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=News&file=article&sid=10221

Otot
kucing juga dapat menyesuaikan diri dengan sentuhan otot manusia. Pada
permukaan lidah kucing pula dilapisi oleh berbagai benjolan kecil yang
runcing, benjolan ini berbentuk bengkok mengucup seperti kikir atau
gergaji. Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit.
Ketika
kucing minum, tidak ada setitis pun air yang akan jatuh dari lidahnya.
Sedangkan lidah kucing sendiri merupakan alat pembersih yang paling
canggih, permukaannya yang kasar boleh membuang bulu-bulu mati dan
membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya.
Kajian Yang Dijalankan
Telah
dilakukan berbagai penyelidikan terhadap kucing mengiut pelbagai
perbezaan usia, posisi kulit, punggung, bahagian dalam tapak kaki,
bibir, dan ekor. Pada bahagian-bahagian tersebut dilakukan pengambilan
sampel melalui usapan. Di samping itu, kuman juga diletakkan pada
bahagian-bahagian tertentu. Diambil juga cairan khusus (air liur) yang
berada pada dinding dalam mulut dan lidahnya.
Hasil yang didapati selepas ujikaji adalah:
1. Hasil yang diambil dari kulit luar tidak mempunyai kuman, meskipun dilakukan berulang kali.
2. Tempat
yang kuman sengaja diletakkan menunjukkan hasil negatif sekitar 80%
(20% mempunyai kuman), jika dilihat dari air liurnya. Ini menunjukkan
kucing dapat melawan kuman yang diberikan kepadanya.
3. Cairan yang diambil dari permukaan lidah juga menunjukkan ketidak hadiran kuman.
Kuman enterobacter yang tidak merbahaya
4. Hanya sekali kuman dijumpai semasa proses penyelidikan. Kuman ini termasuk dalam kumpulan kuman yang dianggap sebagai kuman biasa yang selalunya membiak dalam tubuh manusia dalam jumlah yang kecil seperti enterobacter, streptococcus, dan taphylococcus. Jumlahnya kurang dan membiak dalam lingkungan 50 ribu pertumbuhan.
5. Kajian
tidak menemui jenis kuman yang beragam dan berbahaya. Perbagai sumber
yang dipercayai dan hasil penyelidikan laboratorium menyimpulkan bahawa
kucing tidak mempunyai kuman dan mikrobakteria. Air liurnya bersih dan
boleh membersihkan seluruh badannya.
Ulasan
para doktor yang bergiat dalam bidang kuman, Dr. George Maqshud, ketua
laboratorium di Klinik Haiwan Baitharah, jarang sekali ditemui
kehadiran kuman pada lidah kucing. Jika mempunyai kuman, itu
menunjukkan kucing itu akan atau sedang sakit.
Lysozyme menjadi agen pembersih di dalam tubuh kucing
Selain itu, Dr. Gen Gustafsirl menemui kuman yang banyak pada anjing, manusia 25% dari anjing, kucing mempunyai separuh kuman dari manusia. Doktor haiwan di klinik haiwan Damaskus, Said Rafah menegaskan bahawa kucing mempunyai peranti pembersih yang bemama lysozyme.
Kucing
tidak menyukai air kerana air merupakan tempat yang sangat subur dalam
pertumbuhan bakteria. Kucing juga sangat menjaga kestabilan suhu
tubuhnya.
Jika
diperhatiakan, kucing tidak banyak berjemur dan tidak suka mendekati
air. Tujuannya agar bakteria tidak berpindah kepadanya. Inilah yang
menjadi faktor yang membuatkan kuman tidak ada pada tubuh kucing.
Hadis-Hadis Mengenai Kucing
Kabsyah
binti Kab bin Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mertua Kabsyah
masuk ke rumahnya lalu ia menuangkan air untuk wudhuk. Pada masa itu
datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas ia menuangkan air di bekas
untuk kucing itu minum. Kabsyah berkata, "Perhatikanlah". Abu Qatadah
berkata, "Apakah kamu hairan?" Kabsyah menjawab, "Ya". Lalu Abu
Qatadah berkata bahawa Nabi SAW pernah bersabda, Kucing itu tidak
najis. Kucing binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang
rumahan), (HR At-Tirmidzi, An-Nasai, Abu Dawud, dan Ibnu Majah).
Diriwayatkan
Ali bin Al-Hasan dan Anas menceritakan bahawa Nabi Saw pergi ke
Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu beliau berkata, "Ya Anas,
tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bekas". Lalu Anas menuangkan air.
Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun terdapat seekor kucing
datang dan menjilati bekas air tersebut. Melihat kejadian itu, Nabi
berhenti sehinggakan kucing tersebut berhenti minum lalu Rasulullah
berwudhuk. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab,
"Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori
sesuatu, malah tidak ada najis."
Diriwayatkan
dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa
hambanya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun ketika ia sampai di
rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu ia memberikan isyarat
untuk menyimpanya. Sayangnya setelah Aisyah selesai mendirikan solat, ia
lupa adanya bubur. Datanglah seekor kucing lalu memakan sedikit bubur
tersebut. Ketika Aisyah melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah
lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing dan Aisyah memakannya.
Rasulullah Saw bersabda, "Ia tidak najis. Ia binatang yang
berkeliling". Aisyah pernah melihat Rasulullah Saw berwudhuk dari sisa
bekas jilatan kucing, (HR AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan
Al-Daruquthni).
Kalaulah
bukan dari wahyu Allah tentulah Rasulullah Saw tidak akan berani
mengatakan bahawa kucing itu bersih. Segala sesuatu yang baru ditemui
oleh para ilmuwan pada zaman moden ini, telah diketahui ilmunya oleh
Rasul Kita Muhammad saw sejak 1500 tahun yang lalu.
Kisah menarik Rasulullah saw dengan kucingnya
Rasullah saw dan seorang pengemis
Kisah Rasullah saw dan buah limau"
http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=News&file=article&sid=10221