Rabu, 26 September 2007

pernah dengar tak.....

Salamiah Hassan
Gelombang
Nasibku dirundung malang
Sederas gelombang
Menghempas di pantai
Semalam aku ternoda
Dalam sinar cahaya di jendela
Tiada esok lagi
Gelap masa depan
Sinar hidup ini tiada erti
Hidupku seperti badai
Tak henti gelora
Musnahlah segala
Perasaan dan harapan
Untuk hari esok tiada lagi
Oh Tuhanku
KepadaMu
Ku pohon ampun doa restu
Lindungilah daku yang tidak berdaya
Di bumiMu ini
Bukan jiwang karat cuma meluahkan apa yang terbuku di hati....dengan lirik lagu..aku pun tak tau...engko tau ke?...Dia je yang tau kan.

PERJALANAN YANG PALING PANJANG DALAM HIDUP AKU...KERANA ALLAH TAALA

Aslkm

aku pun tak tau besar sungguh dugaan Allah pada aku. Aku nak berkawan ngan orang tapi orang taknak kawan ngan aku. Well padan muka aku. Banyak sungguh cubaan dan dugaan aku di persimpangan terakhir untuk putus asa...keje ni yang makin tak pasti.

aku cuma nak member tempat aku bercakap, berbual, bercerita tentang apa yang aku buat ni tapi...ini dugaan untuk aku...

keperitan ni akan mengajar aku sesuatu. aku hanya manusia biasa takde apa...tawakal je la. mungkin hari ni aku macam ni...sok lusa sapa tau kalu umur masih panjang lagi.

Ya Allah terima kasih atas rahmat yang engkau turunkan.