Jumaat, 24 Februari 2012

JIKA ISU INI TAK SELESAI, JANGAN HARAP PRU-13 BOLEH DIADAKAN...



Petikan drp Utusan Malaysia

ISU ini amat sensitif. Ia lebih sensitif daripada isu ladang lembu dan lain-lain. Jika isu ini tidak selesai, jangan diharap pilihan raya boleh diadakan.
Ia membabitkan isu gaji kira-kira 1.3 juta kakitangan awam, yang kesemuanya, termasuk keluarga mereka layak mengundi. Ingat lagi kisah ‘penyapu’ di Selangor? Negeri itu jatuh antara sebabnya kerana penjawat-penjawat awam termasuk DO, ADO sehinggalah ke peringkat peon, begitu marah kerana dihina.
Jangan cari pasal dengan golongan ini. Mereka ialah kumpulan pelaksana dan tulang belakang kepada dasar-dasar kerajaan. Jika mereka marah mereka boleh bertukar warna menjadi Mr. Blue atau Mr. Green seperti dalam watak filem Incredible Hulk. Dan itu amat bahaya.
Dalam hal ini Perdana Menteri sememangnya cukup sedar. Satu tindakan cepat sedang diambilnya. Memang PM sendiri tahu jika isu ini tidak selesai maka Pilihan Raya Umum Ke-13 ini tidak boleh dilaksanakan. Maka itu, YAB PM telah mengarahkan sebuah jawatankuasa petugas khas (task force) semakan semula gaji duduk berbincang dengan Cuepacs mengenai hal ini, setelah Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman sendiri mengamuk.
Setakat ini sudah tiga kali task force ini berbincang. Hari ini sekali lagi rundingan akan dilangsungkan. Kali ini ia akan membabitkan cadangan lima perkara daripada Cuepacs sendiri. Omar akan mengetuai perbincangan itu bagi pihak kesatuan tersebut dengan wakil-wakil dari JPA, Pejabat Peguam Negara, Perbendaharaan dan agensi-agensi lain.
‘‘Kita mahu rundingan ini diselesaikan sebelum 30 Mac ini,” kata Omar kepada saya semalam.
Omar seperti biasa cukup bertenaga. Cakapnya juga cukup tegas. Dalam rundingan itu, beliau diberi tanggungjawab dan kepercayaan oleh kumpulan 54 (pengurusan dan profesional) ke bawah untuk membawa suara dan nasib mereka ke atas.
Kumpulan-kumpulan itu termasuklah: Jawatankuasa khas Gred 54 ke bawah PTD dan Pegawai Tadbir; Persatuan Pensyarah Universiti Profesor Madya Ke Bawah; Persatuan Jurutera Kebangsaan; Kumpulan Doktor-doktor Pakar Gred 54; Kumpulan Anggota Keselamatan Polis; Kumpulan Gred 54 Teknikal selain gabungan Cuepacs sendiri terdiri daripada Kumpulan Pelaksana 1 dan 2.
Hari ini saya mahu menyiarkan sepucuk surat yang dihantar kepada saya oleh seorang penjawat awam. Bunyinya agak keras. Tapi ditulis secara profesional, bernas, ada logik mengenai gaji baru mereka di bawah skim baru SBPA (Skim Baru Perkhidmatan Awam).
Begini bunyi surat itu. Semoga ia menjadi iktibar kepada kita semua.
Struktur perkhidmatan di bawah SBPA terbahagi kepada empat:
* Kumpulan Premier (Strategic and key positions (Turus): KSN, KSU)
* Kumpulan Pengurusan Tertinggi (Jawatan Utama dan Gred Khas: JUSA C, B dan A)
* Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Pegawai Gred 41 hingga Gred 54)
* Kumpulan Pelaksana (Pegawai dengan kelayakan masuk PMR hingga Diploma)
Kumpulan pegawai yang mendapat kenaikan gaji paling banyak ialah kumpulan Premier dan JUSA. Difahamkan semua KSU diberikan opsyen bersara dan seterusnya berkhidmat secara kontrak. Persaraan pula dikira sehingga umur 60 tahun. Ini bermakna semua KSU akan mendapat pencen dan gaji selain daripada faedah persaraan lain seperti gratuiti. Pencen sahaja, mengikut jadual gaji SBPA untuk kumpulan ini akan menjangkau puluhan ribu ringgit. Apakah rasionalnya keputusan ini memandangkan kebanyakan KSU telah pun berada di akhir tempoh perkhidmatan? Gaji kumpulan Premier ini difahamkan sama besar atau lebih besar daripada CEO di GLC atau di perbadanan-perbadanan swasta.
Isu penting SBPA ialah ketidakadilan yang amat ketara dari segi kenaikan gaji. Contohnya kumpulan JUSA C sahaja mendapat kenaikan gaji melebihi RM5,000 dengan peratus kenaikan di antara 57 peratus dan 81 peratus! Sementara kumpulan pelaksana N22 hanya mendapat kenaikan gaji di antara RM100 dan RM200 (ada yang lebih rendah) dengan peratus kenaikan di antara 3.7 peratus dan 7.5 peratus sahaja.
Difahamkan di bawah skim baru ini, Premier 1 akan menerima gaji sebanyak RM60,000 sebulan tanpa elaun; Premier 2 RM40,000 tanpa elaun dan Premier 3 RM40,000 tanpa elaun dan Premier 4 RM35,000 tanpa elaun. Tunggakan pampasan adalah antara RM800,000 dan RM1 juta.
Secara logiknya peratus kenaikan di antara kumpulan tidak boleh terlalu berbeza kerana ia akan meningkatkan jurang perbezaan pendapatan serta mengundang rasa tidak puas hati penjawat awam yang 80 peratus terdiri daripada kumpulan pelaksana.
Ketidakpuasan hati kumpulan pelaksana ini, ditambah dengan keluarga masing-masing, mampu menumbangkan kerajaan.
Sebagai rumusan SBPA telah menidakkan semua usaha kerajaan untuk menonjolkan kerajaan sedia ada sebagai a caring government. SBPA dibuat secara tergesa-gesa, tidak telus dan merupakan the biggest blunder Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam sejarah Malaysia.
Pihak JPA tidak perlu lagi memberi taklimat di sana sini mengenai SBPA tetapi mengakui bahawa SBPA sebenarnya tidak adil, tidak telus dan JPA perlu mengambil langkah positif untuk memperbaikinya.
Adalah menjadi satu tindakan yang bodoh, sia-sia dan akan menjadi bahan ketawa umum dan dunia untuk masih lagi mempertahankan bahawa SBPA merupakan satu sistem saraan yang baik dan mampu membawa negara kepada negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.
Kerajaan juga perlu mengambil tindakan tegas kepada mereka yang bertanggungjawab (merangka dan meluluskan tangga gaji itu) bagi menunjukkan kerajaan bertegas serta prihatin kepada kesejahteraan semua kumpulan penjawat awam dan rakyat.
Dengan kepincangan SBPA yang tidak masuk akal dan tidak terfikir oleh kebanyakan penjawat awam ini patutkah Kumpulan Premier, di antaranya terlibat secara langsung dalam penggubalan SBPA, dibayar pencen beserta gaji yang sebegitu tinggi?
Sekiranya dikatakan bahawa SBPA disediakan oleh pihak konsultan, maka apakah peranan kumpulan JUSA dan Premier yang merupakan pemegang strategic dan key positions dalam perkhidmatan awam?
Begitu bunyi surat itu. Benar juga apa yang dijelaskan itu. Ia umpama langit dengan bumi atau antara atap rumbia dan atap genting. Ia juga umpama strata rakyat di India, yang terlalu daif dan yang terlalu kaya.
Yang mendapat imbuhan maha-besar itu hanyalah kira-kira 4,000 kakitangan berbanding 1.3 juta lain yang sedang marah. Dan difahamkan peruntukan untuk membayar kos kepada 4,000 itu merupakan 2/3 daripada keseluruhan peruntukan untuk kesemua kakitangan kerajaan.
Kita berharap rundingan itu akan mencapai satu kata-putus yang menang-menang. Jika tidak, menurut Omar: ‘‘Ia akan menjadi satu isu yang amat kritikal. Dalam road show kami, kakitangan telah memberi kata dua…''
Kita berharap kata dua itu tidak seperti kata-kata Dr. David Banner sebelum dia bertukar warna menjadi Incredible Hulk: ‘‘...don‘t make me angry. You wouldn‘t like me when I’m angry. (Jangan buat saya marah. Saya tidak akan sukakan saya jika saya marah.)
Saya berharap satu formula yang lebih bertamadun dapat dirangka demi kesejahteraan semua pihak, terutamanya kepada kerajaan semasa.
Ingatlah YAB PM telah bekerja amat keras, janganlah kerana skim yang tidak masuk akal ini akan menyebabkan apa yang beliau usahakan rosak sebelanga.

Simbol Singa Dan Kaitannya Dengan Yahudi



Posted on Thursday, February 23 @ 05:15:16 PST
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: zharifjenn

"
Lions Club International 
Singa adalah raja rimba dan raja di darat. Singa sangat sinonim bagi kekuatan, kegagahan dan kepimpinan. Pelbagai organisasi sering menggunakan singa sebagai jata mereka. Namun, tahukah pembaca tentang asal usul simbol singa ini?

Jikalau ada di kalangan pembaca masih belum tahu, maka di sini penulis ingin pembaca tahu serta faham asal usul simbol singa ini.

Asal Usul

Dikisahkan bahawa simbol singa yang kebanyakkan organisasi gunakan pada hari ini adalah berasal daripada salah satu simbol suku kaum Bani Israel iaitu sukuJudah. Dalam bahasa Hebrew, ia dikenali dengan suku Yahuda.

12 suku Israel

Ia bermula apabila Prophet Jacob (Nabi Yaakub as) memuliakan anak keempatnya, iaitu Judah dengan gelaran Gur Aryeh yang bermaksud Singa Muda. Ia boleh dilihat dalam kitab Old Tastament, Genesis 49:9

You are a lion’s cub, O Judah; you return from the prey, my son. Like a lion he crouches and lies down, like a lioness–who dares to rouse him?
(Genesis 49:9)

Judah adalah anak Jacob melalui isterinya Leah. Ini tertera dalam kitab Old Tastement, Genesis 35:23

The sons of Leah: Reuben the firstborn of Jacob, Simeon, Levi, Judah, Issachar and Zebulun.
(Genesis 35:23)

Melalui keturunan Judah, Bani Israel telah menguasai wilayah Palestin serta Kanaan dan seterusnya membentuk sebuah negara yang kuat yang dikenali dengan Kingdom of Judah. King Saul iaitu raja pertama Bani Israel adalah berasal daripada suku Judah. Kemudian, King Saul diganti pula King David (Nabi Daud as), juga berasal daripada suku Judah. Selepas wafatnya King David, King Solomon (Nabi Sulaiman as) telah menaiki takhta. King Solomon adalah anak kepada King David.

Bendera Kingdom of Judah pada ketika itu tertera lambang singa. Singa itulah Lion of Judah. Ia digunakan dengan meluas di seluruh wilayah yang dikuasai Bani Israel pada waktu itu.

Antara negara yang menggunakan simbol yang sama adalah Habsyah (sekarang dikenali Ethiopia). Diriwayatkan bahawa, anak kepada King Solomon hasil perkahwinannya dengan Ratu Sheba(Ratu Balqis) iaitu Menelik I telah berhijrah ke Habsyah dan membentuk sebuah negara di sana. Kini, negara Ethiopia telah menggantikan bendera lamanya yang menggunakan simbol Lion of Judah. Oleh itu, jika pembaca melihat bendera Ethiopia yang dulu, pembaca akan faham mengapa simbol singa diletakkan pada bendera negara ini.

Bendera Ethiopia

Pada masa ini, jata Juruselam yang telah dikuasai rejim Zionis terpampang kemas simbol Lion of Judah.

Jata Juruselam tertera Lion of Judah

Simbol Singa menjadi simbol keagamaan dan politik

Simbol juga mengalami zaman evolusi. Jika dahulu, ia digunakan oleh Kingdom of Judah, namun sekarang, simbol Lion of Judah digunakan oleh pelbagai pihak. Kelaziman yang berlaku adalah orang Yahudi sering menggunakannya bagi menunjukkan identiti bangsa mereka. Namun, ini tidak bermakna hanya bangsa Yahudi sahaja menggunakannya. Antara organisasi lain yang menggunakan secara meluas adalah Rastafari.

Rastafari

Rastafari sebenarnya adalah satu agama yang baru yang berasal dari Afrika. ‘Agama’ ini menggunakan simbol Lion of Judah yang dianggap mereka sebagai lambang pemimpin agung mereka, Haile Selassie I. Mengikut kepercayaan mereka, Haile Selassie I mempunyai jalur keturunan yang sampai kepada King David dan King Solomon. Ironinya, Haile Selassie I adalah penganut Kristian Katholik yang taat. Beliau juga menyangkal dakwaan golongan Rastafari yang mendakwa beliau adalah jelmaan semula Jesus Christ.


Haile Selassie I bersama seekor singa yang digelar Lion of Judah

Iran

Iran sebelum Revolusi Islam pernah menggunakan simbol Singa dan Matahari daripada tahun 1429 hinggalah 1979. Simbol Singa dan Matahari ini dipengaruhi oleh budaya Parsi, Arab, Turki, Mongol dan Yahudi. Ketika pemerintah Safaviddaripada dinasti Qajar, simbol singa dan matahari ini lebih sinonim dengan ajaran Syiah. Mengikut kepercayaan mereka, simbol singa memberi maksud Imam Ali (Saidina Ali bin Abi Talib). Manakala simbol matahari di belakang singa memberi maksud King Jamshid iaitu seorang raja yang amat dihormati oleh masyarakat Parsi suatu ketika dahulu.

Bendera Iran lama

Simbol Jesus Christ

Penganut Kristian mempercayai bahawa simbol Lion of Judah adalah merujuk kepada Jesus Christ. Penganut Kristian berlandaskan satu petikan ayat di dalam kitab suci mereka, iaitu Bible melalui Book of Revelation 5:5

Then one of the elders said to me, “Do not weep! See, the Lion of the tribe of Judah, the Root of David, has triumphed. He is able to open the scroll and its seven seals
(Book of Revelation 5:5)

Jesus Christ dipercayai mempunyai jalur keturunan daripada King David, raja agung Bani Israel satu ketika dahulu. King David adalah berketurunan suku Judah. Oleh sebab itu, sehingga kini, banyak negara Kristian dan organisasi yang berlandaskan Kristian menggunakan simbol singa secara meluas.

Antara negara yang menggunakan simbol singa adalah Scotland, England, Armenia, Estonia, Denmark, Belanda dan Finland.

Satu buku pada abad pertengahan yang popular di Eropah iaituMediaval Bestiarymenghuraikan mengenai pelbagai jenis haiwan termasuk singa. Singa dalam buku tersebut menurut mereka mempunyai sifat ‘ketuhanan’ seperti sentiasa waspada dan tidak tidur. Sifat semulajadi Singa sentiasa membuka mata miskipun ia sedang tidur mirip sifat ketuhanan iaitu sentiasa berjaga-jaga dan tidak lalai.

Simbol singa juga menjadi simbol bagi seorang hawari Jesus Christ iaitu Mark the Evangelist. Tetapi simbol singa Mark the Evangelist berlainan dengan Lion of Judah kerana singa Mark mempunyai sayap.

Patung singa bersayap di Piazzetta,Venice mewakili Hawari Jesus Christ, Mark

Lions Club

Sebuah pertubuhan yang ditubuhkan oleh Malvin Jones di Amerika Syarikat pada 1917. Dipercayai Malvin Jones adalah seorang Freemason. Lions Club ditubuhkan untuk membuat amal dan mengutip derma. Pertubuhan ini telahpun tersebar ke seluruh dunia termasuklah Malaysia. Dicatatkan Lions Club telah bertapak di Malaysia sejak 1959 lagi. Beberapa individu terkenal di tanah air sering menghadiri majlis anjuran pertubuhan ini.

Lions Club International

Ramai mempercayai Lions Club adalah salah satu cabang Freemason untuk mengaburi mata masyarakat. Selain Lions Club, terdapat beberapa badan pertubuhan yang dikaitkan dengan Freemason iaitu Rosarians, the Rotary Club, Bilderberg Group, the Club of Rome, dan the Trilateral Commission. Freemason sepertimana sedia maklum adalah pertubuhan yang berakar umbi daripada Yahudi bermatlamat untuk membina kembali Kuil Haikal (Solomon’s Tample).

Kenapa pertubuhan ini dinamakan Lions Club? fikir-fikirkanlah.

Mengapa Rabbi yahudi, ahli Freemason dan Lions Club berada dalam satu majlis?

Penutup

Apa yang pembaca perlu sedar adalah setiap simbol yang berunsurkan singa mesti mempunyai kaitan rapat denga Yahudi dan Kristian. Sebaiknya, kita perlu berhati-hati apa yang berlaku di sekeliling kita. Jadilah orang yang sentiasa mahu tahu dan ambil tahu. Umat Islam sentiasa ditipu dengan dakyah-dakyah karut golongan Yahudi dan Nasrani. Mereka sebenarnya banyak mempengaruhi kita dalam setiap perlakuan harian. Jika anda menonton filem Hollywood misalnya, anda mesti akan sedar gambar di bawah ini bukan? Seekor singa mengaum. Tahukah anda siapakah di sebalik singa mengaum ini? Mereka adalah pemilik Metro Goldwyn-Mayer iaituSamuel Goldwyn dan Louis B. Mayer. Mereka berdua adalah berketurunan Yahudi-Amerika.

Petikan montaj produksi MGM

Rabu, 22 Februari 2012

POWERPOINT : point yang power


Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Dah lama saya tidak menulis..lately saya banyak copy dan paste artikel sahaja hihihihi..agak susah untuk menulis sebab ada macam-macam urusan dunia yang tak sudah-sudah..

Saya berniat nak menulis sedikit tentang persembahan Powerpoint (PPT.). Saya bukanlah hebat sangat tetapi sekadar berkongsi pandangan berdasarkan pengalaman yang saya lalui...kalau salah tolong betulkan dan tambah baik..sebab ramai yang tahu tentang PPT. nih...

PPT. penting untuk menyampaikan maklumat-maklumat penting terutama bagi pelajar, murid, guru, pensyarah, pegawai KPM, individu korporat dan sesiapa sahaja. Ia dimanafaatkan semasa sesi pembentangan seperti kuliah, taklimat, kolokium, seminar, viva dan sebagainya.

Semasa saya membuat Master di Unimas dahulu, para pensyarah menasihatkan saya persembahan PPT. yang sebaiknya dapat menyampaikan isi yang padat dan tepat dalam tempoh 10 hingga 15 minit. Setiap kali sesi kolokium berlangsung kami akan diminta menyediakan 15 slaid sahaja. Seorang doktor pernah berkata, pembentangan PPT. sepatutnya menyampaikan "....point yang power...", agak lama juga saya memikir dan mempraktikkan kata-kata beliau.

Bagi pandangan saya sebelum memulakan persembahan PPT. adalah menjadi satu keperluan mengenalpasti tujuan ia disediakan. Sebab PPT. disediakan atas tujuan berkaitan akademik, perniagaan, hiburan dan sebagainya. Dalam penulisan ini saya sekadar menyentuh tentang akademik, sebab itu bidang saya.

Adalah menjadi satu yang sangat rutin bagi seorang pelajar bersedia untuk membuat pembentangan PPT. tetapi adakala persembahan yang dibuat menjadi jerat memakan diri. Kenapa saya kata begitu? apa tidaknya jika sekadar copy dan paste atau sekadar menaip menkhinzirbuta (membabibuta).

Apakah kesalahan yang sering dilakukan?
  1. Telah dinyatakan di atas pelajar sekadar copy dan paste dari internet atau sekadar menaip sahaja...ini keje gila hihihih seeloknya carilah kata kunci dan meringkas ayat/teks seboleh-bolehnya, sesuai dengan nama POWERPOINT tu...pastu taip kata kunci tersebut.
  2. Dah siap-siap taip,..masa bentang lak spoil..pelajar sekadar baca jek paparan PPT. tanpa ambil tahu apa yang dibaca...hhihihhi tiba-tiba kena soal...mula la huru hara. Sebaiknya, ingat dan hafal apa yang ingin dicakap berdasarkan katakunci atau sediakan kertas kecil sebagai panduan.
  3. Paparan PPT. juga perlu dirancang misalnya jangan banyak sangat pilihan mukataip, misalnya..slaid 1 guna Arial, slaid 2 guna Times New Roman..slaid 3 Century Gothic..audien pun pening..sebab apa? audien nak tahu mana satu isi utama..sub isi..tajuk, sub tajuk dan macam-macam lagi...2 pilihan mukataip dah cukup banyak..kalau 1 dah cantik sebab dengan bantuan saiz (poin), warna, ruang, rekaletak dsb dapat membantu audien faham.
  4. Latar PPT. memainkan peranan yang penting dalam menjadikan PPT. tersebut beridentiti dengan konsep tersendiri. Elok le guna satu warna sahaja, misalnya kalau latar putih sangat cantik, nampak formal...mukataip lak hitam...so ada elemen kontra. Boleh gak warna lain tetapi elemen kontra bagi setiap perkara dalam satu PPT. perlu diberi perhatian. Kalau nak guna gradient pun boleh..nak gunakan gambar berwarna boleh tapi saya nasihatkan bagi oppacity sikit..supaya ia tidak menonjol sangat dan menganggu teks bermaklumat. 
  5. Begitu juga penggunaan transitions, efek dan sebagainya...gunakan secukup rasa..kalau banyak sangat adesssss....ini pembentangan akademik la...bukan Juara Lagu ok.
Ok cukup dulu setakat ini..kat bawah ni saya kepilkan 10 Powerpoint Tips dari internet :

Presentations – whether they are made with Powerpoint or other applications, are a great way to support a speech, visualize complicated concepts or focus attention on a subject.
However, a bad presentation can achieve the opposite. Badly designed slides with too much text or bad graphics can distract or worse, irritate the audience.
Here’s is a short guide that will help you create presentations with a professional look and concise content, avoiding the most common mistakes.

DESIGN
The first thing that gives a professional touch to any presentation is the design.
Presentation Helper has a large selection of free Powerpoint templates for a variety of topics. However, whether you download a free template or create your own, keep the following in mind:

1. Compose Slides

powerpoint template
  • Don’t copy & paste slides from different sources.
  • Keep the design very basic and simple. It shall not distract.
  • Pick an easy to read font face.
  • Carefully select font sizes for headers and text.
  • Leave room for highlights, such as images or take home messages.
  • Decorate scarcely but well.
  • Restrict the room your design takes up and don’t ever let the design restrict your message.

2. Use Consistency

  • Consistently use the same font face and sizes on all slides.
  • Match colors.
You may use your company logo, highlight headers, create a special frame for figures/images or the whole slide but don’t overload your slides with these elements.

COLORS
color matchA poor choice of colors can shatter a presentation.

If you’re unsure which colors match best, use ColorBlender to get a set of up to six matching colors, simply by moving a set of RGB sliders back and forth.

3. Use Contrast

  • Black text on a white background will always be the best but also the most boring choice.
  • If you want to play with colors, keep it easy on the eyes and always keep good contrast in mind so that your readers do not have to strain to guess what you’ve typed on your slide.

4. Apply Brilliance

  • Carefully use color to highlight your message!
  • Don’t weaken the color effect by using too many colors at an instance.
  • Make a brilliant choice: match colors for design and good contrast to highlight your message.

TEXT

5. KISS

powerpoint text
  • Keep IStraight and Simple.
  • Keywords only.
  • No sentences!
  • Never read your slides, talk freely.
Remember that your slides are only there to support, not to replace your talk! You’ll want to tell a story, describe your data or explain circumstances, and only provide keywords through your slides. If you read your slides and if you do it slow and badly, the audience will get bored and stop listening.

6. Take Home Message

  • Always express a Take Home Message.
  • It’s your message, a summary of your data or story.
  • Make it a highlight that stands out.

IMAGES
pie chartImages are key elements of every presentation. Your audience has ears and eyes – they’ll want to see what you’re talking about, and a good visual cue will help them to understand your message much better.

7. Add Images

  • Have more images in your slides than text.
  • But do not use images to decorate!
  • Images can reinforce or complement your message.
  • Use images to visualize and explain.
  • A picture can say more than a thousand words.
If you don’t have your own images, you can browse Flickr or Google’s image search for material. If this is a very public and official presentation however, you need to keep copyrights in mind.

ANIMATIONS & MEDIA
In animations, there is a fine line between a comic or professional impression. However, animations can be rather powerful tools to visualize and explain complicated matters. A good animation can not only improve understanding, but can also make the message stick with your audience.

8. Don’t Be Silly

  • Use animations and media sparingly.
  • Use animations to draw attention, for example to your Take Home Message.
  • Use animations to clarify a model or emphasize an effect.

TARGET & CONTENT
audienceYour target i.e. your audience, defines the content of your presentation. For example, you won’t be able to teach school kids about the complicated matters of economy. However, you may be able to explain what economy is in the first place and why it is important.

9. Keep Your Audience In Mind

  • What do they know?
  • What do you need to tell them?
  • What do they expect?
  • What will be interesting to them?
  • What can you teach them?
  • What will keep them focused?
  • Answer these questions and boil your slides down to the very essentials.
  • In your talk, describe the essentials colorfully and choose your weapons i.e. text, images and animations wisely (see above).
If you lose the attention of your audience, everything will be lost — it won’t matter how ingenious your design шас or how brilliantly you picked colors and keywords.

10. Practice

A well-prepared and enthusiastic talk will help you convince your audience and maintain their attention. There are some key points that define a good talk.
  • Know your slides inside out.
  • Speak freely.
  • Speak with confidence – loud and clear.
  • Don’t speak too fast.
  • Maintain eye contact with the audience.
sila kunjungi halaman ini :


stop dulu kalau rajin saya tambah lagi mana-mana yang kurang...saya berharap para pembaca memahami apa yang dimaksudkan sebagai "....point yang power..".

wassalam

wallahuallam