Saya berdiri di lobi IPGKTAA sambil menunggu kedatangan En Syaimy dari Kuantan..tak jauh dari situ di sekitar sofa dan air terjun buatan kelihatan wajah-wajah riang anak-anak gadis India, Cina dan Melayu dalam kelompok masing-masing. Ada di antara mereka memegang kamera dan yang lain berposing semahu-mahunya. Saya dapat menjangka itu pelajar-pelajar semester akhir bagi PISMP dan juga KPLI.
Saya dengan murah hati menawarkan diri untuk menolong mengambil gambar pelajar PISMP dari Pra Sekolah. Apabila selesai mereka meminta maaf..hal yg sama terjadi ketika saya turun dari lobi bersama Tuan Pengarah dan En Syaimy. Pelajar-pelajar lelaki bersalaman dengan saya dan Tuan Pengarah meminta maaf.
Ini fitrah kejadian Allah...kita datang dan kita pergi..samada kita mahu atau tidak...samada hati berat untuk pergi tetapi isyarat telah berbunyi untuk angkat kaki. Kesedihan itu pasti tetapi ia bersifat sementara. Tiada yang kekal sebenarnya atas dunia ini...kecuali si Pencipta.
Hari ini kita bertemu dan sampai masa kita berpisah...fitrah kehidupan begitu juga..datang seorang, balik pun seorang....suka, duka, gelak, tawa yang mengisi ruang vakum kini kembali kpd asal...dan ia menjadi memori dan ruang yang vakum diisi lagi oleh pihak lain.
Bagi saya pada umur ini....saya sedang belajar memahami walaupun telah maklum..saya belajar dengan memerhati..saya belajar mengawal emosi. Gelak tawa dan kegembiraan para pelajar yang saya lihat itu adalah ulangtayang yang akan berlaku lagi di hadapan saya selagi hayat di kandung badan.
Wallahuallam
* lagu nyanyian Rohana Jalil di atas tiada kena mengena dengan pos ini termasuklah juga anak gadisnya yg selalu muncung itu.