Jumaat, 9 Mei 2008

aku, dosa, kehidupan dan kesemuanya...ada yang mahu menolong

amacam...

xde apa cuma perasaan ni bercelaru...pemikiran tidak fokus...banyak sangat setan..
aku pun tak tau...masih ada ke harapan di depan..
ini kehidupan...
semuannya tidak semudah disangkakan
ada yang mahu menolong aku
tolong doakan aku bro..k

Rabu, 7 Mei 2008

LIFE IS UNPREDICTABLE...


salam



Aku pun tak taw bahasa inggeris aku betul atau tidak...tapi sehari dua ni memang aku tertekan..duk melayan kalimah2 yang keluar dari mulut SV and pembantu SV. Walaupu masa pembentangan hari tu aku tak ditembak..tapi aku kekadang rasa blur dgn dua org makhluk Allah ni. Aku lebih suka jumpa timbalan dekan prof khairul. Tapi semua ini ketentuan Allah, aku perlu melaluinya suka atau tidak. Seperti jugak kehidupan sebelum ke alam barzakh kita wajib melalui kiamat kecil dulu pastu alam kubur no short cut. Cuma mood and motivasi aku semakin menurun...aku x pasti bagaimana ketentuan di depan..apa yang buleh aku buat hanya meminta pada Nya dan buat apa yang aku mampu.



Sememangnya aku rasa ni le dugaan yang perlu dihadapi semua orang yang belajar. Sememangnya amat perit. Kadang2 aku teringat saat2 indah di studio PSV SMKPJ n bebudak..cabarannya kurang,,maybe this is life shift...sapa yang tahu apa yang ada di hadapan kerana hidup ini tidak dapat diramal.



Wassalam....doakan aku kawan.

Selasa, 6 Mei 2008

Ya Allah please help me....poor guy..

Ya Allah

Sesungguhnya aku ini umat mu yang berdosa
Tapi pada siapa lagi mahu aku meminta
Hanya pada Mu
Sesungguhnya pada saat ini aku memang tak mampu
Aku tak mau berkeluh kesah
Memikirkan masa ke hadapan yang belum pasti
Ya Allah
Bantulah aku sesuai dengan kemampuanku
Ya Allah
Aku syukur...........

Ahad, 4 Mei 2008

BLUR ALL THE WAY ON NARROW PATH...


Assalamualaikum


Ada satu nikmat Allah yang selalu kita salah gunakan atau waste kan begitu sahaja...iaitu otak. Setelah abis pembentangan akhir bulan ni aku sehari dua ni byk berfikir dan terfikir...ntah la...bulan lepas aku jumpa ramai orang..ni le pulak nikmat tinggal di Sarawak ni, ada je tetamu datang bertandang membawa rezeki dan perkhabaran. Setiap orang yang aku jumpa ada cerita yang berbeza..orang tua (wan sedara aku n friends)..cikgu2 (cikgu aziz n adi temerloh jumpa kat Chili Pepper Liwah Hotel)..old buddy n new friends (said n cikgu karim)...sedara yang tak pernah bersua (anak kepada wan sedara aku..rizal posting ke Terengganu). Setiap cerita ada sendi2 yang memotivasikan aku untuk terus berusaha ke depan..kerana ada kala aku seperti lintah kehausan darah..itu belum member2/jemaah masjid yang sering aku jumpa dengan bermacam-macam cerita. Setiap orang pasti ada cerita yang boleh mendorong kita ke depan.


Bulan lepas hingga ke hari ni..banyak berita kehilangan yang aku dengar, antara yan mengemparkan ialah pergi orang kuat Naza..(al-fatihah). Apa le nilai hidup ni...hebat macam mana sekali pun kita..akhirnya mati akan menjemput jua..yang menjadi masalahnya..kita sanggup utuk lahir n hidup di dunia Allah ini..bagaimana dengan alam transit (alam kubur) cukup ke amalan kita ? cukup ke ? setelah aku hitung2...amat menakutkan..amal..sedekah jariah..anak yang soleh...adakah aku telah memulakan langkah pertama ke arah yang lebih baik ? atau aku masih belum bergerak lagi.


Kemalasan masih menjadi tema utama utuk sehari dua ni...solat2 sunat pun dah agak culas sikit..apa yang aku tahu utk sebentar lagi esok n seterusnya aku harus bina kekuatan untuk menamatkan pengajian ini. Sudah pastinya untuk menjayakan misi berat ini semuanya bermula dengan Allah...yang menghubungkan kita dan Dia ialah doa...aku harap Allah akan mengabulkan doa orang yang meminta ini.


Ok aku stop dulu..bunyi enjin airasia dan mas menyebabkan aku teringat untuk segera balik ke kampung halaman..lebih kurang 2 minggu lagi...badan semakin berat n letih..kekuatan diri semakin longgar dek serangan virus malas..kawan2 doakan aku insyaAllah.


wassalam