Jumaat, 27 Mac 2009

Mari Buang Masa

SAMA TAPI X SERUPA

salam


xde apa yg menarik hari ni. aku duduk membuang masa kat bilik pensyarah ni je. Afzan sunyi sebab pensyarah sibuk nk completekan praktikum....so aku plak sibuk menyelesaikan kertas keje Kembara Visual..hihihihihi

Hari ni aku berpluang bertemu kawan lama (Xada) hurm 10 tahun x jumpa...banyak cite tapi cuma on9 aje...aku busy hahahaha well semoga ikatan silaturahim ini akan berpanjangan. Kita merancang Allah jua yang menjadi penentunya.

Petang ni aku n famili akan bergerak ke Kuantan...esok ada exam Mtest...bebudak KPLI ni le, apa lagi.

Aku xtaw nak tulis apa lagi cuma berharap n berdoa agar isteri n junior selamat....hidup ini sudahnya adalah ketentuan Allah kita hanya menjalaninya.....kata-kata dari Salleh Yaakob amat mempesonakan aku....seorang lelaki berbini 3 ttp mampu mengawal keadaan dgn sangat baik.

Apa lagi yang kita harapkan dari kehidupan ini? Apa lagi ye....kalau ikut nafsu semua kita hendak...aku berharap aku mampu menjalani semua ketentuan Ilahi dengan baik dan jayanya.

Well nak blah dulu....

Rabu, 25 Mac 2009

6 PERKARA YG ALLAH SEMBUNYIKAN

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?."Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud."Wahai Jibrail, ka! mu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranyamereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmuitu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbangla malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atausepertiganya, atau seperempatnya? "Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluhdaribeberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... .
"Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :
* Allah S.W.T telah menyembunyikan redhaNya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murkaNya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalambulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang palingutama di dalam solat (yang lima waktu).
* Allah S.W.T telahmenyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.
Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. WallahualamKalau rajin... Tolong sebarkan cerita ini kepada saudara Muslim Muslimatyang lain agar menjadi renungan dan pelajaran kepada kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yangmengajarnya meskipun dia sudah meninggal

Isnin, 23 Mac 2009

Sekali lagi untuk hari ini........Alhamdulillah

Muhammad Zafirul Adreen

Muhammad Zaffran Dini

Muhammad Zafirul Adam n Mohd Zamani..who else maaa


Assalamualaikum again for today..






Hari ni agak sebuk utk ISO..aku xde pengalaman ttp apabila menengokkan kawan2 huru hara aku pun dok follow gak. Macamana rupanya ISO tu enk..well wait n see..






Cuti sudah berlalu, banyak keje yang masih pending dan tergantung atau postphone atau what ever. Kehidupan juga nampaknya makin mencabar tidak semudah yang difikirkan. Banyak niat dan hajat yang tertangguh...aku hanya mampu merancang tetapi perancangan Allah adalah yang terbaik.






Sekali lagi tahniah untuk aku, nana, nini dan sudah tentu buat yang tersayang isteriku..kerana akan memperolehi ahli yang ke 3 dalam keluarga kami dan cucu ke 6 untuk mak aku. Yang hebatnya sesudah 5 minggu setengah baru lah kami menyedari kehadiran Junior (nama sementara),,,aku hanya mampu berdoa agar dia selamat termasuklah isteri aku. Apa pun Allah lebih tahu....so keep on prayin Allahuakhbar3X.






Nampak gayanya ayah aku masih gagal untuk berjalan selepas 5 bulan eksiden ni..ada je alasannya dan banyak juga dugaan utknya...ntah le no komen.






Seminggu cuti telah berlalu walaubagaimana pun beberapa masalah dapat diatasi buat sementara ini...cuma aku menunggu aje masalah yg mendatang hahahahhahhh.






SESAPA YANG MENGUNJUNGI BLOG MERAPU AKU NI TOLONG LE KOMEN SIKIT (JGN ROMEN)...AKU NI KADANG2 BANYAK YANG TAK BETUL DARI BETUL....BANYAK BENGKOK DARI LURUS (TENGOK HARI GAK...) HAHAHAHHA






* tahniah untuk Angah untuk kelahiran Muhammad Zaffran Dini



* tahniah untuk Acu Iwan sebab kalah di KAGUM Kota Penawar 2009 hahahaha






zact73

ALLAHUAKHBAR ALLAHUAKHBAR ALLAHUAKHBAR

Assalamualaikum

Allahuakhbar3x isteri aku mengandung lagi selepas 9 tahun.

Doakan keselamatan buat dirinya dan junior...insyaAllah