Khamis, 30 Ogos 2007

Nikmat berkeluarga part 1

nana nini membelakangkan Laut China Selatan
Posing mahal tu...macam model brosur plak
sebelum g KL...
ronda-ronda di Waterfront..
Jogging di taman tak jauh dari Panggung Udara
Kat atas ni koleksi gambo2 yang eksklusif and sulit.. so macam ni la life kat Sarawak..tunggu ada lagi tau.


Santubong Kuching Resort


Cuti seminggu yang lalu aku, tie, nana, nini...duk monyok je kat rumah...Mak Cik Ros pulak datang melancong suami n anak. Ada gak org Temerloh nak ke mari. Aku dah berasap melayan research yang tak sudah ni..no guide. So sempat gak kitaorg jamu diaor n bawak diorg makan kat Medan Kereta kat Kuching. Jangan terkejut kat sini mostly seme kedai cina...aku ndak xnak je makan..cover. Kami ke sini sebabnya kawan-kawan Pak Cik Halim semenya cina temerloh jaya. Sebelum Cik Ros balik aku kirimkan mak ikan terubuk n kek lapis...heh3x



Hujung minggu cuti aku n tie dengan selambanya pegi Santubong ntah tak tau nak ke mana...ingat nak berkelah je,,,dapat gak menginap di Santubong Kuching Resort, lebih kurang RM 170++...ok le untuk famili. Nananini separuh mati mandi kolam..x pernah puas. Petangnya kitaorang mandi laut plak pergh seronoknya..dah lamatak mandi laut. Malamnya seme tido lepas isyak...esok pagi lepas makan pagi Nananini sambung mandi kolam lagi.



Overall..ini lah nikmat Allah..nikmat berkeluarga

ingat nak pegi lagi tetapi keindahan pantai di Kuantan dan Terengganu tetap terpahat teguh dalam memori.

Hari mendung sepanjang tahun...


Untuk hari ni...ntah aku merasa tak tahu nak bawak ke mana lagi keje aku ni...macam xde arah. Memang le pembentangan aku ok semalam tapi...arghhh blur. Apa yang aku tahu hidupku matiku hanya Allah penentu. Moga hari-hari seterusnya terang benderang...InsyaAllah.

Untuk kesempatan yang ada...

Buat anak sedaraku (25/08/07)...selamat datang ke dunia. Dunia ni banyak dugaan dan cabarannya..semoga engkau menjadi anak yang soleh dan membanggakan kami. Nana n Nini tak perlu rasa tergugat kasih Ayah kasih Ibu xkan padam malah sentiasa subur.

Ya aku bersetuju hidup semakin mencabar..dan aku tak patut mengalah dan berkeluh kesah kerana setiap permasalahan pasti ada jalan.


Terima Kasih atas doa kalian (terutama kekasih hati...yang sentiasa mencabar walaupun terbaring demam...i love u)