Ahad, 20 November 2011

buku itu ada cahaya


Dalam perjalanan hidup ini kita akan melalui pelbagai suka duka dan asam garam yang mendewasakan. Dulu saya merasakan pemikiran ini tak akan sampai ke tahap "begini"...tidak juga saya merasakan saya matang ataupun bijak...cuma saya rasakan "begini"..biarlah "begini" itu rahsia....

Bila meluangkan masa melawat pameran buku baru saya menyedari ada banyak ruang kosong dalam otak ini...yang belum terisi...so tahap pemikiran saya "begini" saja la....hahaha...tetapi tidaklah seteruk fesyen rambut Didie Alias...saya melihat ada banyak buku-buku yang belom saya baca...dan mungkin tidak sempat semua saya baca..kerana kegemaran membaca saya telah dibantutkan oleh keje2 dokumentasi IPG.

Semasa melalui lorong2 antara meja semasa menjaga peperiksaan PPG saya menjenguk soalan2 yang keluar...saya merasakan ada puluhan ribu trilion kerdil kekosongan di dalam otak ini..saya perlukan banyak masa lagi utk mengumpul ilmu2 ini.....

Allah perjalanan ini, tidak tahu berapa jauhnya....adakah setebal kamus dewan atau senipis buku tiga lima......mari membaca kerana ia merupakan cahaya yang menerangi nurani yang gelap.

*sekadar peringatan utk diri sendiri