Sabtu, 11 Februari 2012

6 Teka-Teki Imam Al-Ghazali Kepada Murid-Muridnya



Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya :


Soalan pertama

Imam Ghazali : Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?

Lalu beberapa orang murid menjawab:
Murid 1 : Orang tua
Murid 2 : Guru
Murid 3 : Teman
Murid 4 : Kaum kerabat

Imam Ghazali : Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran:185) .

Soalan kedua

Imam Ghazali : Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?
Lalu beberapa orang murid menjawab:

Murid 1 : Negeri Cina
Murid 2 : Bulan
Murid 3 : Matahari
Murid 4 : Bintang-bintang

Iman Ghazali : Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Soalan ketiga

Iman Ghazali : Apa yang paling besar didunia ini ?

Lalu beberapa orang murid menjawab:

Murid 1 : Gunung
Murid 2 : Matahari
Murid 3 : Bumi

Imam Ghazali : Semua jawapan itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka .

“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai. ” (Surah Al-A’raaf, Ayat 179)

Soalan keempat

Imam Ghazali : Apa yang paling berat didunia ?

Lalu beberapa orang murid menjawab:

Murid 1 : Baja
Murid 2 : Besi
Murid 3 : Gajah

Imam Ghazali : Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah(pemimpin) di duni! a ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.’

Soalan kelima
Imam Ghazali : Apa yang paling ringan di dunia ini ?

Lalu beberapa orang murid menjawab:

Murid 1 : Kapas
Murid 2 : Angin
Murid 3 : Debu
Murid 4 : Daun-daun

Imam Ghazali : Semua jawapan kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat. Na’uzubillahiminzaa lik.

Soalan keenam

Imam Ghazali : Apa yang paling tajam sekali didunia ini ?

Murid- Murid dengan serentak menjawab : Pedang

Imam Ghazali : Itu benar, tetapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA . Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

Jumaat, 10 Februari 2012

Oh! Senarai 10 Fobia Pelik Di Dunia




Definasi fobia mengikut Kamus Dewan Edisi Empat: ketakutan yang amat sangat akan sesuatu. Berikut adalah 10 jenis fobia yang jarang tetapi wujud dalam masyarakat di serata dunia. Amat pelik dan mungkin bodoh bunyinya, namun ia tetap wujud dan berlaku.
Optophobia: Fobia untuk membuka mata
Mungkin fobia yang paling pelik di dunia! Mereka yang memiliki masalah ini, sukar untuk membuka mata sendiri. Tugasan harian adalah mimpi ngeri untuk pengidap Optophobia. Jika anda boleh membaca apa yang kami tulis ini, jangan bimbang, ternyata anda tidak memiliki tersebut, syukur.
Chorophobia: Fobia terhadap tarian
Apa sahaja yang berkaitan tarian termasuk kelab malam, boleh menjadi punca ketakutan kepada mereka yang mempunyai fobia jenis ini.
Geliophobia: Fobia terhadap gelak ketawa
Banyak kajian yang dibuat memperlihatkan ketawa adalah aktiviti yang baik untuk kesihatan. Ia mampu memperbaiki tahap mental dan jantung. Namun, untuk yang menderita Geliophobia, ketawa atau berada sekeliling orang yang sedang ketawa akan menyebabkan mereka mula berasa takut. Risau diketawakan orang menjadi antara punca kepada wujudnya Geliophobia.
Arachibutyrophobia: Takut mentega kacang melekat pada lelangit mulut
Senarai fobia yang pelik tidak akan lengkap jika kita tidak sebut Arachibutyrophobia. Penghidapnya hampir pasti tidak akan makan mentega kacang seumur hidup mereka!
Heliphobia: Takut kepada cahaya matahari
Pastinya satu keadaan yang amat sukr untuk mengelak daripada cahaya matahari sepanjang masa. Satu ia sukar untuk dilakukan, keduanya ia juga tidak elok untuk kesihatan (jika dijauhi sepenuhnya). Bermula dari rasa takut akan bahaya yang wujud pada matahari.
Deipnophobia: Takut akan berbicara atau berbual semasa makan malam
Ini adalah antara contoh fobia yang agak spesifik, takut bercakap waktu makan malam. Pengidapnya akan hanya diam sepanjang waktu makan. Ada bagusnya juga kerana diam ketika makan sebenarnya membantu dalam proses pencernaan yang lebih baik.
Neophobia: Takut kepada benda-benda baru
Ramai orang yang mahu mencuba benda baru dan pengalaman baru. Namun bagi penghidap Neophobia, mereka tidak mahu apa pun yang baru dalam hidup mereka. Penghidapnya akan kehilangan kualiti hidup dan tidak akan berani untuk merasai pengalaman-pengalaman baru dalam hidup. Kajian juga memperlihatkan mereka yang mempunyai masalah Neophobia, akan mempunya jangka hayat yang pendek. Ini terjadi akibat tekanan yang mereka lalui saban hari.
Syngenesphobia: Takut pada keluarga dan saudara mara
Rasanya ramai yang ada masalah camni, cuma ia mungkin melibatkan keluarga sebelah mentua. Semua kita ada rasa malu dan sakit hati dengan anggota keluarga kita pada masa-masa tertentu, namun penghidap Syngenesphobia menghadapai masalah itu secara keterlaluan dan sepanjang masa.
Ablutophobia: Takut untuk mandi dan membersihkan diri
Biasanya kanak-kanak yang malas mandi, namun adakalanya ia melibatkan orang dewasa. Namun harus ingat, Ablutophobia adalah fobia untuk mandi, bukannya malas untuk mandi. Ada banyak beza tu. Yang dekat hostel bau semacam itu kerap kali adalah pemalas, bukannya Ablutophobia.
Geniophobia: Takut kepada dagu
Yup…dagu, bahagian di muka kita itu. Ini mungkin fobia yang paling sengal di dunia ni. Selain itu ada juga fobia lutut (genuphobia), fobia tangan (chirophobia) dan fobia siku (ishicascadiggaphobia). Bagaimanapun, fobia-fobia tubuh badan tertentu ini boleh dirawat melalui terapi.

REKABENTUK : Idea dan lakaran


Sebelum menzahirkan sesuatu rekabentuk tidak kira dalam apa jua bidang yang berkaitan seni visual ianya bermula dengan lakaran-lakaran cambahan idea. Lakaran idea yang melalui proses penambahan, pengurangan, tambahbaik dan penambahan nilai akan dijelaskan lagi dengan lukisan yang lebih teliti. Proses ini akan dapat menunjukkan idea rekabentuk yang dirancang. Oleh itu lakaran berperanan besar dalam menjadikan idea satu realiti.


wallahuallam

Rabu, 8 Februari 2012

Rekabentuk Grafik



Rekabentuk grafik merupakan hasil, proses dan seni yang menggabungkan teks dan grafik dalam satu susunan yang bertujuan untuk menyampaikan sesuatu mesej kepada khalayak sasaran melalui media tertentu. Justeru itu rekabentuk grafik ini dilihat sebagai satu bidang komunikasi secara visual dimana susunan dan paparan didalam rekabentuk ini boleh digunakan didalam menyampaikan pelbagai mesej yang dikehendaki , misalnya didalam menyampaikan mesej mengenai bahaya merokok media poster boleh digunakan dimana poster tersebut disusun dengan gaya tulisan dan gambar-gambar seperti barah paru-paru akibat merokok dan sebagainya yang mampu menarik perhatian sesiapa yang melihatnya danmemikirkan begitu hebatnya kesan yang ditanggung oleh seorang perokok. 

Sebenarnya terdapat pelbagai media boleh digunakan untuk memaparkan seni rekabentuk ini diantaranya ialah surat khabar, majalah, laman web, dan termasuklah jua di kaca televisyen. Kepelbagaian media ini memerlukan perekabentuk mereka dan membentuk rekabentuk grafik yang bersesuaian dengan media tersebut misalnya rekabentuk poster mungkin hanya sesuai untuk di tampal di papan kenyataan mahupun dinding dan mungkin kurang sesuai pula untuk disiarkan di televisyen. Kepelbagaian ini memerlukan kreativiti pereka untuk menghasilkan senireka bentuk grafik yang berkualiti bukan sahaja dari segi rekabentuk yang cantik dan menarik namun perlulah mengambil kira samada rekaannya itu mampu menyampaikan mesej dengan berkesan atau sejauhmana ianya dapat diterima dan difahami oleh khalayak sasaran.

Sesebuah rekabentuk grafik yang dihasilkan perlu menjalani pelbagai proses sebelum ianya dipaparkan atau disiarkan kepada umum. Penyelidikan jua amat penting didalam menentukan apakah yang hendak direka dan dibentuk dan kepada siapa pula rekabentuk itu disasarkan. Pemilihan bahan samada gambar serta penggunaan teks yang bersesuaian di samping gaya susunan juga memainkan peranan penting didalam memastikankeberkesanan sesebuah rekabentuk itu dari segi penerimaan audien dan memenuhi kehendak dan citarasa klien. Justeru itu perekabentuk haruslah mengetahui objektif sebenar sesebuah rekabentuk itu dibangunkan samada untuk tujuan pengiklanan, penerbitan mahupun berbentuk kempen kesedaran serta media manakah yang akan menyalurkannya.

Di dalam memastikan ini tercapai perekabentuk haruslah melalui pelbagai proses dan tahap seperti berikut :

Langkah-langkah dalam Proses Rekabentuk Grafik:
1. Analisis khalayak
2. Tentukan tujuan mesej
3. Kenal pasti dimana dan bila mesej akan dipersembahkan
4. Tetapkan matlamat
5. Susun teks dan grafik serta elemen-elemen lain
6. Pilih rupa taip, saiz taip dan jarak taip
7. Tambah dan manipulasi grafik
8. Susun teks, grafik dan elemen-elemen lain
9. Baca pruf
10. Perkemas

1. Analisis Khalayak
Sebelum suatu rekabentuk grafik di hasilkan, pereka bentuk perlulah membuat penyelidikan untuk mendapatkan maklumat tentang rekabentuk yang hendak dilaksanakan. Pereka perlulah mengetahui;
Siapa khalayak sasaran, dan apakah jangkaan mereka?
Ini dapat membantu pereka membangunkan konsep berdasarkan khalayak yang disasarkan
Siapa pula klien yang mengkehendaki rekabentuk tersebut.?

2. Tentukan tujuan mesej
Adakah rekabentuk yang akan dibangunkan itu bertujuan untuk memujuk khalayak membeli produk atau perkhidmatan atau sekadar untuk memberi informasi atau menyampaikan kempen kesedaran ?

3. Kenal pasti dimana dan bila mesej akan dipersembahkan
Pereka haruslah menimbangkan beberapa perkara dianbaranya:
Berapakah bajet yang diperuntukkan dan berapa banyakkah salinan diperlukan?
Bagaimanakah caranya projek tersebut akan diagihkan atau dimedia manakah ianya akan dipaparkan?
Disamping itu pereka juga perlu menetapkan tarikh akhir projek tersebut harus disiapkanatau bilakah klien mengkehendaki rekabentuk tersebut di terbitkan .Ini amat penting kepada pereka untuk menyusun jadual kerja.

4. Tetapkan matlamat
Bincangkan elemen apa yang diperlukan atau apakah konsep yang dimahukan oleh klien. Bina beberapa lakaran kasar berupa thumbnail untuk dibincangkan bersama dimana pereka dan klien boleh bertukar pandangan untuk memantapkan rekabentuk. Berikan klien kebebasan untuk memutuskan warna , gambar ataupun perkataan yang bersesuaian dengan konsep yang mereka inginkan.

5. Susun teks dan grafik serta elemen-elemen lain
Setelah klien berpuas hati serta memilih thumbnail yang dikehendaki , barulah pereka boleh memulakan kerja-kerja mereka bentuk dengan menggunakan aplikasi rekabentuk yang dimahiri. Segala teks dan grafik yang telah dipersetujui oleh klien akan diedit, diolah dan disusun didalam aplikasi grafik tersebut.

6. Pilih rupa taip, saiz taip dan jarak taip
Diantara aspek yang perlu diberi pertimbangan ialah saiz taip, kepanjangan ruang dalam halaman, stail taip, leding, jarak dan format. Misalnya dalam hal format, perkara yang diberi pertimbangan di sini adalah sama ada format rata keliling (justified) atau format tidak rata keliling (unjustified).
Format lain ialah sama ada sejajar kanan (flush right) atau sejajar kin (flush left) dan format ketiga ialah tengah (centered). Ketiga-tiga iniperlu digunakan mengikut kesesuaiansupaya berkesan. Pereka juga perlu mengenal pasti empat perkara penting untuk dipertimbangkan dalam memilih taip iaitu: kesenangan membaca, kesesuaian, harmoni atau rupa, dan penekanan
Disamping itu faktor kesesuaian taip juga yang berkaitan dengan elemen psikologi, tahap khalayak dan keharmonian dengan elemen-elemen lain juga harus diambilkira .
Elemen-elemennya termasuklah:
• Elemen Psikologi: Melibatkan mood, perasaan dan personaliti pembaca.
• Tahap Khalayak: Merujuk kepada aspek usia dan aspek psikologi mereka.
• Harmoni: Bahan rekabentuk yang ingin berkomunikasi dengan baik mestilah dipersembahkan dengan cara yang baik, iaitu terdapat kaitan dan kesesuaian antara satu elemen grafik dengan satu elemen grafik yang lain.

7. Tambah dan manipulasi grafik
Menambah atau mereka grafik yang dirasakan perlu atau mengedit gambar yang bersesuaian dengan rekaan yang mahu dihasilkan menggunakan perisian grafik yang dimahiri.
Pereka juga boleh melukis ilustrasi sekiranya merasakan elemen tersebut penting serta bertepatan dengan konsep rekabentuk yang direka.
Misalnya adobe illustrator untuk melukis illusrasi berasaskan vector grafik dan adobe photoshop untuk memanipulasi gambar foto.


8. Susun teks, grafik dan elemen-elemen lain
Pada peringkat ini Pereka akan mereka letak semua elemen yang telah dikumpul untuk di susun dan diperkemas kinikan mengikut guide line atau thumbnail yang telah dipersetujui .Kombinasi warna latarbelakang dengan taip, visual , imej dan illustrasi perlu bersesuaian supaya mudah dibaca dan difahami.

9. Baca pruf
Menyemak kembali semua ayat untuk memastikan tiada kesalahan ejaan atau tatabahasa perkataan yang telah dipilih.

10. Perkemas
Akhir sekali sebelum rekabentuk grafik diserahkan kepada klien untuk diterbit atau di cetak pereka haruslah mencetak salinan dulu untuk melihat hasil keluarannya dan mengubah kembali apa yang dirasakan perlu atau membuang apa yang dirasakan tidak perlu atau menokok tambah apa yang kurang. Setelah berpuas hati maka rekaan tersebut bolehlah diserahkan untuk proses penerbitan dan percetakkan.

Sumber rujukan: Modul OUM: Rekabentuk Grafik

Grafik Dalam Multimedia




Grafik merupakan tulang belakang untuk menghasilkan produk multimedia seperti yang dilihat di pasaran hari ini. Penggunaan grafik memerlukan pengguna atau pembangun perisian kursus multimedia faham dan tahu bagaimana hendak merealisasikan grafik dengan lebih berkesan. Penghasilan produk multimedia memerlukan kombinasi grafik yang menarik. Dengan itu, elemen-elemen seperti gambar, klip art, fotograf dan garisan adalah penting untuk membangun dan menghidupkan latarbelakang serta karaktor.
Selain itu, juga penting untuk kandungan maklumat. Grafik boleh dibangunkan dengan mengguna pelbagai alatan termasuk perisian melukis seperti Paint Shop Pro, Illustrator dan Adobe Photoshop. Selain itu, ia boleh direalisasikan dengan bantuan pengimbas imej dan kamera digital.
Untuk menjimatkan ruang dan kualiti yang baik bagi pelbagai aplikasi yang digunakan, grafik boleh disimpan dalam fail yang mempunyai pelbagai format dan saiz.


Kepentingan Grafik

Secara umumnya grafik terbahagi kepada tiga bahagian iaitu:
  1. Grafik rekabentuk (graphics design)
  2. Grafik ilustrasi (graphics ilustration)
  3. Grafik pengiklanan.(graphics advertising)



Apa itu grafik rekabentuk?


Grafik rekabentuk ialah proses kreativiti yang menggunakan lukisan dan teknologi untuk menyampaikan ide-ide. Tujuannya adalah untuk menyampaikan mesej, dan kini merupakan satu cabaran kepada perekabentuk grafik kerana mereka perlu memindahkan hasil kerja ke dalam rekabentuk komunikasi maya untuk menyampaikan mesej dan sekaligus untuk meyakinkan pengguna. Perekabentuk grafik yang mahir adalah mereka yang menggabungkan penilaian astetik, pengeluaran teknologi dan kemahiran pengurusan projek untuk membangunkan strategi komunikasi yang berkesan.


Apa itu grafik ilustrasi?

Grafik ilustrasi adalah satu bentuk lukisan jelas dan sempurna yang dapat menyampaikan mesej atau idea tertentu. Grafik ilustrasi ialah teknik penghasilan grafik bagi menghasilkan rupa paras objek atau lukisan berbantukan teknologi komputer seperti menggunakan Adobe Photoshop, Paint Shop, Freehand atau Illustrator. Ilustrasi yang berkesan adalah dapat mencapai tujuan pengiklanan dengan lebih efektif dalam masa yang singkat. Ilustrasi yang efektif juga dapat menjelaskan gambaran isi kandungan yang panjang justeru dapat menjimatkan masa dan tenaga.


Fungsi Ilustrasi dalam bidang kehidupan harian.
  1. Ia akan muncul bersama-sama artikel dalam majalah atau di laman web pada iklan-iklan, poster, label-label barangan dan sebagainya.
  2. Ia juga terdapat pada kad-kad ucapan elektronik, kalendar, kulit buku yang dipromosikan oleh syarikat e-dagang di Internet.
  3. Untuk menjelaskan isi kandungan buku yang dijual secara atas talian, terutamanya buku-buku cerita untuk kanak-kanak.

Fungsi ilustrasi dalam kehidupan harian kita sebenarnya terlalu banyak tanpa kita menyedari, contohnya penggunaan Internet. Banyak barang-barang yang telah dipromosikan seperti pakaian, kek, toys, kad ucapan, dan juga buku-buku ditawarkan secara atas talian. Barang tersebut disampaikan dalam bentuk imej yang mempunyai rupa dan bentuk serta warna.


Jenis-jenis ilustrasi.
  1. Ringkas, lucu dan menyenangkan hati pembaca.
  2. Berbentuk fantasi atau khayalan.
  3. Berbentuk sindiran (hampir sama dengan ciptaan komik dan kartun)
  4. Jenis representasi dengan memberi gambaran bernyawa kepada benda-benda bukan hidup atau bukan manusia.
  5. Bertujuan untuk hiasan (biasanya digunakan pada tajuk artikel di laman web)
  6. Memperjelaskan isi kandungan sesuatu konsep pengajaran atau konteks buku elektronik.


Proses menghasilkan grafik ilustrasi
  1. Tentukan tema dan tajuk yang sesuai bagi grafik yang dibina.
  2. Lakukan kajian dan pemerhatian berkait dengan tema dan tajuk.
  3. Menentukan kesesuaian ilustrasi dengan tema yang dibangunkan.
  4. Jika perlu, pilih typeface yang sesuai.
  5. Buat lakaran kecil, dan pilih lakaran yang sesuai serta susun mengikut ukuran sebenar.
  6. Tentukan warna yang sesuai.


Apa itu grafik pengiklanan?

Pengiklanan meliputi segala bentuk mesej mengenai barangan dan perkhidmatan yang lahir daripada punca-punca yang berlainan. Kebanyakan pengiklanan disalurkan melalui saluran media seperti, televisyen, laman web, poster, majalah, papan bulletin dan pelbagai media lagi. Pengiklanan merupakan seni yang kompleks kerana melibatkan bidang sains dan teknologi, ilmu perniagaan, pengetahuan sosial dan budaya dan kemahiran dalam bidang seni reka.
Grafik pengiklanan adalah kombinasi teks, warna, audio, video, sudut, garisan dan tekstur. Tujuan pengiklanan adalah untuk mencari peminat sesuatu produk atau perkhidmatan. Untuk menarik minat seseorang itu, iklan perlu bersifat cantik supaya ia mempunyai daya tarikan. Selain daripada itu, sifat iklan untuk menyampaikan maklumat tidak boleh diketepikan. Grafik pengiklanan adalah teknik-teknik dan proses untuk mewujudkan nilai-nilai kecantikan yang memberi daya tarikan sesuatu produk. Penggabungan grafik, animasi dan produk memerlukan suatu daya kretaiviti untuk membolehkan mesej disampaikan dengan mudah kepada kumpulan sasaran.
Dalam pembangunan grafik pengiklanan, terdapat beberapa perkara penting perlu diberi perhatian, di antaranya:
  • Tajuk- mesti menarik dan ringkas supaya dapat memikat perhatian orang yang membaca teks iklan. Biasanya mesti typeface yang besar dan jelas.
  • Cogankata - amat penting dan mesti dapat menonjolkan kualiti serta keistimewaan barangan yang diiklankan.
  • Ilustrasi - menunjukkan imej sebenar barangan yang diiklankan, ketepatan lukisan dan gambar foto biasanya dalam warna yang menarik.
  • Rangka reka (Border) - merupakan sempadan bagi isi sebenar iklan, fungsinya untuk mengawal penglihatan pembaca supaya tumpuan ditarik ke tengah. Rangka reka biasanya menggunakan garisan mudah diolahkan untuk menjadi corak yang cantik.
  • Logo - amat penting kerana ia melambangkan syarikat atau pembuat barang.
  • Nama dan alamat - sebagai pemberitahuan untuk berhubung atau pembuat produk.
  • Warna - amat diperlukan, warna yang berkesan akan menjadikan iklan lebih dinamik dan menarik. Pilihan warna mesti bersesuaian dengan fungsi iklan, jika iklan perlu disiarkan dalam warna hitam putih sahaja atau monokrom, perhatian haruslah diberi kepada pengurusan dan pengolahan unsur seni supaya dapat menghasilkan iklan yang berkesan.

Grafik adalah elemen yang penting untuk menarik perhatian atau persepsi orang lain untuk menilai sesuatu hasil kerja yang dijalankan. Setiap orang mempunyai persepsi yang berbeza dari segi:
  • Latarbelakang (3D/2D)
  • Kombinasi Warna yang digunakan
  • Susunan Teks pada halaman grafik yang dibina
  • Jumlah Objek yang terdapat pada satu halaman
  • Sudut pandangan terhadap objek atau teks yang disusun


Elemen-elemen Grafik
Dengan menggunakan teknologi komputer, elemen-elemen grafik boleh ditukarkan kepada pelbagai bentuk. Untuk menghasilkan grafik yang berkualiti, pembangun perlu faham tentang elemen-elemen yang terdapat dalam grafik. Di antaranya ialah:
  • Garisan
  • Bentuk
  • Ruang
  • Tekstur
  • Warna