Sabtu, 9 Jun 2007

2 minggu yang padat dan penat


Assalamualaikum....

Cuti sudah hendak habis..minggu depan Tie, Nana dan Nini akan mula bersekolah. aku pulak masih terkial-kial menyiapkan research ni..Dalam dua minggu ni banyak peancangan aku berjalan lancar kecuali pertemuan dengan MARDI dan pengusaha kerepek di Banting terpaksa ditangguhkan. Terima kasih buat isteriku yang memahami dan emakku...sori tak dapat lama di Temerloh. Bagi aku masa terlalu cepat dan genting. Buat ipar dan biras terima kasih kerana menyediakan kediaman anda untuk kami bersarang...inilah cabaran research ditambah dengan coil kereta buat hal dekat rm3000 lebih lebur..ini le kifarah buat insan berdosa macam aku...Apa pun terima kasih Allah..aku insan Mu terlalu lemah dan selalu gagal untuk bersyukur. Hampir seminggu di Puchong, Nana Nini hampir setiap hari berseronok dengan sepupu diaorang Qisqis, Maman, Haziq, Insyirah, Safiya, Nani dan brothers. Entah apa yang bermain dalam minda diaorang...itu untungnya jadi budak-budak. Nak balik ke Sarawak ni punya le berat hati...tapi sudah tugas. Aku stop di sini dahulu dengan satu persoalan bagaimana agaknya malam pertama Pak Lah dan Madam Jeanne serta apa yang Rosmah fikirkan sehari-dua ni.


Wassalam

Rabu, 6 Jun 2007

pembungkusan


Apa yang anda lihat pada satu pembungkusan yang membungkus sesuatu produk ? Adakah kita menyedari pada suatu pembungkusan terdapat pelbagai perkara yang boleh kita nyatakan secara asas iaitu warna, huruf(mukataip), gambar (imej), bentuk, logo (halal dsb) dan maklumat. Sama ada kita sedari atau tidak elemen-elemen yang dinyatakan di atas mempunyai kesan yang besar terhadap pengguna. Setiap produk yang masuk ke dalama pasaran berusaha keras untuk kelihatan lain daripada produk lain. Dengan kata lain produk-produk ini berusaha untuk menonjolkan diri agar kelihatan berbeza daripada produk-produk lain. Apakah asas yang digunakan untuk memperkenalkan diri secara senyap ini. Sudah tentulah elemen yang dinyatakan di atas berperanan besar bagi menarik perhatian pengguna. Jika ia diaplikasikan dengan baik ianya mampu memberi impak yang besar meningkatkan kuantiti penjualan.

Namun sesuatu pembungkusan tidak hanya bergantung pada elemen di atas sahaja untuk menarik perhatian pengguna. Menurut Shimp (2003) ada 4 elemen yang penting iaitu visibility, information, emotional evoke dan workability.