Jumaat, 10 Oktober 2008

Beratus-ratus kajian saintifik menunjukkan bahawa CoEnzyme Q10 merupakan salah satu antioksidan baru yang paling cemerlang dan boleh membantu mengekal jantung yang sihat, tekanan darah dan paras kolestrol yang baik. Daripada semua organ dalam badan anda, jantung adalah organ yang paling responsif terhadap CoQ10 kerana paras CoQ10 adalah 10 kali ganda lebih banyak dijumpai secara semulajadi dalam jantung berbanding di mana-mana bahagian lain dalam badan. Jantung memerlukan CoQ10 untuk memberinya tenaga bagi mengepam darah dengan lebih cekap, di samping memberinya tenaga untuk mengendur dan tenaga yang mantap untuk mendenyutkan jantung secara berterusan. CoQ10 menyediakan “bunga api” yang diperlukan oleh setiap sel untuk mencetuskan tenaga. Jean Carter dalam buku beliau “Miracle Cure” dengan tepat menyifatkan CoQ10 sebagai “penjana tenaga jantung yang menakjubkan.” Lain-lain pakar yang terkenal dalam bidang kardiologi mengulas seperti berikut: “Saya percaya bahawa penyakit kadiovaskular mungkin pada sebahagian besarnya disebabkan oleh kekurangan CoEnzyme Q10.” Dr Karl Folkers, University of Texas “Bagi sesiapa yang berumur melebihi 50 tahun, mengambil tambahan CoEnzyme Q10 boleh mencergaskan semula tisu-tisu yang semakin menua, dengan itu mengurangkan kesan-kesan proses penuaan dan penyakit yang berkaitan dengan umur tua.” Profesor Anthony W. Linnane Pusat Biologi Molekular dan Perubatan Monash University, Clayton, Australia Dos yang biasa untuk pesakit jantung ialah 50 hingga 150mg setiap hari, namun, sehingga 300mg mungkin diperlukan sekiranya menghadapi kegagalan jantung yang teruk. Dr Stephen Sinatra M.D., pakar kardiologi dan pengasas & pengarah Pusat Jantung & Kelanjutan Usia di New England, berkata, “Lebih teruk pesakit jantung itu, lebih lemah jantungnya, maka lebih tinggi dos yang diperlukan.”

Rabu, 8 Oktober 2008

BODY BEAUTIFUL....

Jangan suka mendedah tubuh
Jadilah seperti jagung
jangan seperti gajus.
Jagung membungkus bijinya yang banyak
sedangkan gajus mempamerkan bijinya yang cuma satu
Setia terhadap pasangan
Jadilah seperti pohon pisang
Pohon pisang kalau berbuah hanya sekali seumur hidupnya
Kecantikan dalaman
Jadilah seperti durian
jangan seperti kedondong
Durian walaupun di luarnya penuh kulit yang tajam
tetapi di dalamnya lembut dan manis
Berbeza dengan kedondong, di luarnya mulus dan berkilat
tetapi di dalamnya ada biji yang berduri
Jaga kesucian dalam bergaul
Jadilah seperti sengkuang
walaupun hidup dalam tanah dan selut
tetapi ubinya tetap putih bersih.
Selalu bertindak adil
Jadilah seperti tandan petai
bukan tandan rambutan
Tandan petai membahagi makanan sama rata ke biji2nya
semua seimbang
tidak seperti rambutan
ada yang kecil ada yang besar
Semakin tua semakin bijaksana
Jadilah seperti cili
Semakin tua
semakin pedas
Jangan bermuka-muka
Jadilah seperti buah manggis
Buah manggis boleh diketahui ulas isinya dari bahagian tampuknya.

Isnin, 6 Oktober 2008

eidul fitri 1429

Amy, Adreen, Eri & Adam

Angah & Marina

Along, Nini, Siti & Nana

Eri, Iwan, Angah, Ina & Along

Kami bersama wanita yang ditakdirkan oleh Allah melahir & membesarkan kami..

terima kasih Mak


Assalamualaikum



Atas ketentuan Nya aku bersyukur......

Semoga Allah meredhai dan merahmati kita semua



Allahuakhbar! Allahuakhbar! Allahuakhbar!

Selamat Beraya.....

Aku Yang Dhaif

"Aku meminta pada Allah, setangkai bunga segar,
Namun ia beri ku kaktus berduri ;
Aku minta Allah seekor rama - rama,
Namun ku diberi ulat berbulu ;
Aku terlalu sedih & kecewa...
setelah aku lakukan pengorbanan...
aku gagal dapatkan aya yang dihajati...
Namun bila tiba masanya kaktus itu berbunga..indah sekali ;
Ulat itu bertukar menjadi rama - rama..cantik sekali ;
Itulah jalan keTUHANan...indah pada masanya ;
Allah tidak akan beri apa yang kita harapkan tetapi ia akan beri apa yang perlukan ;
kadang - kadang kita sedih dan kecewa...
Namun jauh di atas segala - galanya..
Dia telah mengaturkan yang terbaik dalam kehidupan kita;