Jumaat, 17 Julai 2009

1957 Hati Malaya


Song / Lagu : Perlu Kamu by Ajai & Krisdayanti

(Lagu tema filem '1957 Hati Malaya')

Lyrics / Lirik Perlu Kamu :

Saat ini
Ku cerita
Isi hati segala rahsia
Aku rindu
Aku perlu
Hati kamu terukir namaku

Aku tahu
Aku rindu
Aku perlu mengenali kamu
Biar masa bercerita
Kau takkan hilang aku sayang

Chorus :

Ku sadari saat manis ni kan pergi
Biar aku ngerti
Kerna aku mahu kamu

Ku ulangi kau yakini hati ini
Kerna aku cinta kamu
Hari hari aku
Kan menjadi hari kamu
Kerna syarat hidup
Disayangi…

Both:
Biar nyata
Aku setia
Janji cinta tentunya berbeda
Maafkan lah salah kita
Biar benci
Ku tetap di sisi

Chorus :

Ku sadari saat manis ni kan pergi
Biar aku ngerti
Kerna aku mahu kamu

Ku ulangi kau yakini hati ini
Kerna aku cinta kamu
Hari hari aku
Kan menjadi hari kamu
Kerna syarat hidup….

Ku sadari saat manis ni kan pergi
Biar aku ngerti
Kerna aku mahu kamu

Ku ulangi kau yakini hati ini
Kerna aku cinta kamu
Hari hari aku
Kan menjadi hari kamu
Kerna syarat hidup
Disayangi…

Aku perlu
Aku rindu



1957 Hati Malaya OST - A patriotic movie that ought to be watched by all Malaysians. This could deepen our love towards Malaysia and as a symbol of gratitude towards everybody who was involved in making Malaysia a free country. An independence to treasure.

MAT JENIN dan TERRACOTTA


...katakan kepada Mat Jenin yang ras nya itu tebal dengan bau melayu, hampir semuanya adalah melayu walaupun matanya agak sepet..bahawa angan-angannya untuk menakluk negara China hanyalah kosong..
katakan pada Mat Jenin dia akan kecewa..kerana dia takde bala tentera..malah beliau takde tentera-tentera berhala terracota..dia akan kecewa walaupun dia tidak kalah...
katakan padanya bertahan lah dia pada Tanah Melayu..tempat beliau kentut dan berak..hahahahaha
walaupun ia kelihatan seperti angan-angan tetapi jalan telah ditunjukkan yang beliau akan kalah..walaupun hanya berlawan dengan terracotta...
katakan padanya tidakkah indah keinginannya itu dijadikan persahabatan..tidak perlu peperangan kerana soal kehidupan Allah yang punya...dan atas kerana persahabatan itu ianya akan membawa kepada percintaan dunia dan akhirat....

izinkan aku bertanya pada mu Mat Jenin..
tidakkah ketentuan ini Allah yang punya...
tidakkah kehidupan ini Allah yang punya..
tidakkah segala apa yang kita kandung ini adalah Allah yang punya...
...kau punya pilihan...
berperang...atau ...mengundur..atau kendur...
kerana ketentuan akhirnya..Allah jua yang tahu jawapannya...

Catatan
Mat Jenin Mentakab (bukan nama sebenar..hahhahaah)

*Sorry bro aku amik ni sebagai menghargai angan-angan ko...hahahah

Khamis, 16 Julai 2009

Tarikh Lahir dan Perangai Anda Menurut Fadzilah Kamsah


Januari

· Suka mendidik dan dididik

· Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik

· Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan

· Suka smart, kemas dan teratur

· Bersifat sensitif, berfikiran mendalam

· Pandai mengambil hati orang lain

· Agak pemalu dan pendiam kecuali telah dirangsang

· Punya daya tumpuan yang sangat tinggi

· Mudah mendisiplinkan diri sendiri

· Badanya sihat tetapi mudah diserang selsema

· Bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamirkannya

· Cukup sayang pada kanak-kanak

· Suka duduk di rumah

· Setia pada segala-galanya

· Perlu belajar kemahiran sosial

· Cukup cemburu yang sangat tinggi

Februari

· Berfikiran abstrak

· Suka benda yang reality dan abstrak

· Inteligent, bijak dan genius

· Berpersonality yang mudah berubah

· Mudah menawan orang lain

· Agak pendiam, pemalu dan rendah diri

· Jujur dan setia pada segalanya

· Keras hati untuk mencapai matlamat

· Tidak suka dikongkong

· Mudah memberontak apabila dikongkong

· Suka kegiatan lasak

· Emosi yang mudah terluka dan sangat sensitif

· Mudah mempamirkan marahnya

· Tidak suka benda yang remeh-remeh

· Suka berkawan tetapi kurang mempamerkannya

· Sangat berani dan suka memberontak

· Bercita-cita tinggi dan suka berangan-angan

· Ada harapan untuk merialisasikan impiannya

· Daya pemerhatian yang tajam

· Suka hiburan dan sukan

· Suka benda yang bersifat seni

· Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran

· Berkecenderungan pada benda yang tahyul

· Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros

· Belajar untuk mempamirkan emosi

Mac

· Berpersonality yang menarik dan menawan

· Mudah didampingi

· Sangat pemalu dan pemendam rasa

· Sangat baik secara semulajadi, jujur, pemurah dan mudah simpati

· Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam

· Suka kepada kedamaian

· Sangat peka pada orang lain

· Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain

· Tidak cepat marah dan sangat amanah

· Tahu balas budi dan mengenang budi

· Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam

· Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal

· Suka berangan-angan dan suka melancong

· Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi

· Kelam kabut dalam memilih pasangan

· Suka dengan hiasan rumah tangga

· Punya bakat seni dalam bidang muzik

· Kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik, jangan yang terlalu moody

April

· Sangat aktif dan dinamik

· Cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal

· Sangat menarik dan pandai manjakan diri

· Punya daya mental yang sangat kuat

· Suka diberi perhatian

· Sangat diplomatik (pandai memujuk)

· Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang

· Sangat berani dan tiada perasaan takut

· Suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah

· Emosi cepat terusik

· Sentiasa cuba kawal emosi

· Kecenderungan bersifat dendam, agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan

· Kuat daya ingatan

· Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain

· Berpenyakit di sekitar kepala dan dada

· Sangat cemburu dan terlalu cemburu

Mei

· Keras hati dan degil

· Kuat semangat dan bermotivasi tinggi

· Pemikiran yang tajam

· Mudah marah apabila tidak dikawal

· Pandai menarik hati orang lain dan menarik perhatian

· Perasaan yang amat mendalam

· Cantik dari segi mental dan fizikal

· Tidak perlu dimotivasikan

· Tetap pendirian tetapi mudah dipengarohi oleh orang lain

· Mudah dipujuk

· Bersikap sistematik (otak kiri)

· Suka berangan

· Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas dihati orang lain tanpa diberi tahu

· Bahagian telinga dan leher mudah diserang penyakit

· Daya khayalan yang tinggi

· Pemikiran yang tajam

· Pandai berdebat

· Fizikal yang baik

· Kelemahan sistem pernafasan

· Suka sastera, seni, muzik dan melancong

· Tidak berapa suka duduk di rumah

· Tidak boleh duduk diam

· Tidak punya ramai anak

· Rajin dan bersemangat tinggi

· Agak boros

Jun

· Berfikiran jauh dan berwawasan

· Mudah ditawan kerana sikap baik

· Berperangai yang lemah lembut

· Mudah berubah sikap, perangai, idea atau mood

· Idea yang terlalu banyak di kepala

· Bersikap sensitif

· Otaknya aktif (sentiasa berfikir)

· Sukar melakukan sesuatu dengan segera

· Bersikap suka menangguh-nanguh

· Bersikap terlalu memilih dan sukakan yang terbaik

· Cepat marah dan cepat sejuk

· Suka bercakap dan berdebat

· Suka buat lawak dan bergurau

· Otaknya cerdas berangan-angan

· Mudah berkawan dan pandai berkawan

· Orang yang sangat tertib

· Pandai mempamirkan sikap

· Mudah kecil hati

· Mudah kena selsema

· Suka berkemas

· Cepat rasa bosan

· Sikap terlalu memilih dan cerewet

· Kurang mempamirkan perasaan

· Lambat untuk sembuh apabila terluka hati

· Suka kepada barang yang berjenama

· Mudah menjadi eksekutif

· Kedegilan yang tidak terkawal

· Sesiapa yang memuji saya adalah musuh saya tetapi sesiapa menegur saya adalah kawan saya

Julai

· Sangat seronok didampingi

· Banyak berahsia dan sukar dimegerti terutamanya lelaki

· Agak pendiam kecuali diransang

· Ada harga dan maruah diri

· Tidak suka menyusahkan orang lain tetapi tidak marah apabila disusahkan

· Mudah dipujuk dan bercakap lurus

· Sangat menjaga hati orang lain dan sangat peramah

· Emosi sangat mendalam tetapi mudah terluka hatinya

· Berjiwa sentimental, jarang berdendam

· Mudah memaafkan tetapi sukar melupakan

· Tidak suka benda remeh-remeh

· Membimbing secara fizikal dan mental

· Sangat peka, caring dan mengasihi serta penyayang

· Layanan yang serupa dengan semua orang

· Tinggi daya simpati

· Pemerhatian yang tajam

· Suka menilai orang lain dengan pemerhatian

· Mudah dan rajin belajar

· Suka mengenang peristiwa atau kawan lama

· Suka mendiamkan diri dan suka muhasabah diri

· Suka duduk di rumah, rajin membuat kerja

· Suka tunggu kawan tetapi tidak cari kawan

· Tak agresif kecuali terpaksa

· Lemah dari segi kesihatan perut

· Mudah gemuk samada kawal atau tidak kawal diet

· Minta disayangi

· Mudah terluka hati tetapi lambat pulih

· Terlalu mengambil berat

Ogos

· Suka berlawak

· Orang mudah tertawan kepadanya

· Sopan santun dan caring kepada orang lain

· Berani dan tidak tahu takut

· Orangnya agak tegas dan bersikap kepimpinan

· Pandai pujuk orang lain

· Terlalu pemurah dan bersikap ego

· Nilai harga diri yang sangat tinggi

· Dahagakan pujian

· Semangat juang yang luar biasa

· Cepat marah dan mudah mengamuk

· Mudah marah apabila cakapnya dilawan

· Sangat cemburu

· Daya pemerhatian yang tajam dan teliti

· Cepat berfikir dan fikiran yang berdikari

· Suka memimpin dan dipimpin

· Sifat suka berangan

· Berbakat dalam seni lukis, hiburan dan silat

· Sangat sensitif tetapi tidak mudah merajuk

· Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit

· Belajar untuk relax

· Sikap kelam kabut

· Romantik, pengasih dan penyayang

· Suka mencari kawan

September

· Sangat bersopan santun dan bertolak ansur

· Sangat cermat, teliti dan teratur

· Suka menegur kesilapan orang lain dan mengkritik

· Pendiam tetapi pandai bercakap

· Sikap sangat cool, sangat baik dan mudah simpati

· Sangat perihatin dan terperinci, amanah, setia serta jujur

· Kerja yang dilakukan sangat sempurna

· Sangat sensitif kepada apa yang tidak diketahui

· Orang yang banyak berfikir

· Daya penakulan yang baik

· Otak bijak dan mudah belajar

· Suka mencari maklumat

· Kawal diri dari terlalu mengkritik

· Pandai mendorong diri sendiri

· Mudah memahami orang lain (daya firasat yang tinggi)

· Banyak simpan rahsia

· Suka sukan, hiburan dan melancong

· Kurang menunjukan perasaannya

· Terluka hatinya sangat lama disimpan

· Terlalu memilih pasangan

· Sukakan benda yang luas

· Bersistematik

Oktober

· Suka sembang

· Suka orang yang sayang padanya

· Suka ambil jalan tengah

· Sangat menawan dan sopan santun

· Kecantikan luar dan dalam

· Tidak pandai berbohong dan berpura-pura

· Mudah rasa simpati, baik dan pentingkan kawan

· Sentiasa berkawan

· Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tidak lama

· Cepat marah

· Macam pentingkan diri sendiri

· Tidak menolong orang kecuali diminta

· Suka melihat dari perspektifnya sendiri

· Tidak suka terima pandangan orang lain

· Emosi yang mudah terusik dan kelam kabut

· Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan)

· Suka melancong, bidang satera dan seni

· Pengasih, penyayang dan lemah lembut

· Romantis dalam percintaan

· Mudah terusik hati dan cemburu

· Ambil berat tentang orang lain

· Suka kegiatan luar

· Orang yang adil

· Boros dan mudah dipengarohi persekitaran

· Mudah patah semangat

November

· Banyak idea dalam banyak perkara

· Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya

· Berfikiran kehadapan, unik dan bijak

· Penuh dengan idea-idea baru yang luar biasa

· Pemikiran yang tajam

· Daya firasat yang sangat halus dan tinggi

· Bagus untuk jadi Doktor

· Cermat dan teliti

· Personalitynya dinamik

· Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia

· Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra

· Berani, pemurah, setia dan banyak kesabaran

· Terlalu degil dan keras hati

· Apabila hendak, diusahakannya hingga berjaya

· Tidak suka marah kecuali bila digugat

· Mudah ambil berat terhadap orang lain

· Pandai muhasabah diri

· Cara berfikir lain dari orang lain

· Otak yang sangat tajam

· Pandai mendorong diri sendiri, tidak hargai pujian

· Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi

· Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam

· Romantik walaupun tidak pasti dengan hubungan kasih sayang

· Suka duduk di rumah, sangat rajin dan berkemampuan tinggi

· Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia

· Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi

· Bercita-cita tinggi

· Perangai tidak boleh diramal dan mudah berubah-ubah

Disember

· Sangat setia dan pemurah

· Bersifat patriotik

· Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan

· Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa

· Bercita-cita tinggi

· Suka menjadi orang yang berpengaroh dalam organisasi

· Seronok didampingi

· Suka bercampur dengan orang

· Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai

· Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur

· Tidak pandai berpura-pura

· Cepat marah

· Perangai yang berubah-ubah

· Tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi

· Benci pada kongkongan

· Suka berlawak

· Pandai buat lawak dan berfikiran dengan logik

RAHSIA BESAR DARI QURAN UNTUK JADI JUTAWAN

Sekarang ni banyak tips tips bagaimana nak kaya yang “spamming”di emel anda ?Betul tak?
Sebenarnya, di dalam Quran terdapat satu RAHSIA (THE SECRET) bagaimana anda boleh menjadi JUTAWAN.
Berikut adalah ringkasannya:

Mahmud Ibn Labid r.a. pernah berkata, bahawa beliau mendengar Rasulullah bersabda, “Dua perkara yang tidak disenangi oleh anak Adam. Mati, padahal mati itu adalah lebih baik dari dugaan (kesesatan). Harta yang sedikit, padahal harta yang sedikit meringankan hisab. [1]

Namun sekiranya anda ingin juga menjadi seorang jutawan, Allah s.w.t telah berfirman di dalam surah An-Nuur ayat 37 hingga 38, “(Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan solat serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan.”

“(Mereka mengerjakan semuanya itu) supaya Allah membalas mereka dengan sebaik-baik balasan bagi apa yang mereka kerjakan, dan menambahi mereka lagi dari limpah kurniaNya; dan sememangnya Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terhitung.”

Bermaksud, dengan mengingati Allah, mendirikan solat, memberi zakat dan sedekah, takutkan hari kiamat kerana akan diadili, seseorang itu akan mendapat limpah kurnia Allah dan pembalasan yang paling baik. Allah sesungguhnya satu-satunya sumber segala rezeki dan Dia akan menambahkan kurniaNya kepada hamba yang mempunyai ciri-ciri seperti di atas.

Kajilah Al-Quran dengan sebenarnya-benarnya, kerana tips untuk menjadi jutawan banyak terdapat di dalam Al-Quran. Terjemahan Al-Quran bermodalkan RM20 di pasaran. Menurut Abu Said r.a., Allah berfirman di dalam sebuah hadith qudsi, “Sesiapa yang disibukkan oleh Al-Quran daripada berzikir dan meminta kepadaKu, maka Aku akan memberikan kepadanya sesuatu yang lebih utama daripada diberikan kepada orang yang meminta kepadaKu” [2]

Sekiranya anda bukan berniat untuk menjadi jutawan, tetapi sekadar ingin hidup sederhana, beribadat kepada Allah. Serta dalam masa yang sama tidak mahu mempunyai bebanan hutang dan dikurniakan kecukupan dalam semua perkara, amalkan membaca Surah Al-Waqiah setiap malam. Menurut Ibnu Mas’ud, Rasulullah s.a.w telah bersabda, “Sesiapa yang membaca surah Al-Waqiah pada setiap malam, ia tidak akan ditimpa kemiskinan selama-lamanya.”[3]

Sekiranya anda sekarang berada di dalam keadaan terdesak, ditimpa kesusahan, memerlukan “fast-cash” untuk sesuatu perkara mustahak, maka ikutlah petua Rasulullah s.a.w. Di dalam sebuah hadith yang diriwayat oleh Huzaifah r.a., apabila Rasulullah s.a.w mengalami kesulitan, beliau akan segera mengerjakan solat.[4] Solat yang dimaksudkan adalah solat sunat. Ini adalah selaras dengan firman Allah di dalam surah Al-Baqarah ayat 45, “Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”.

Di dalam riwayat lain diceritakan oleh Abdullah bin Salam r.a., ketika keluarga Rasulullah menghadapi sebarang kesempitan rezeki, beliau akan memerintahkan mereka mendirikan solat dan membaca ayat 132 surah Taha.[5]Firman Allah di dalam ayat berkenaan, “Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.”

Kebanyakkan yang mengamalkan tip ini mendapat kemurahan rezeki yang luas dan “low profile”. Mereka tidak terburu-buru dan tergesa-gesa dalam mengejar kesenangan. Kebanyakkan mereka akhirnya menjadi komited dalam beribadat atau melakukan aktiviti dakwah. Mereka hanya melakukan sedikit pekerjaan dunia, namun kurnia yang diperolehi melebihi apa yang mereka kerjakan.

Wallahu’alam.

FIKIRKAN....

Suatu hari, seorang Professor yang sedang membuat kajian tentang lautan menumpang sebuah sampan. Pendayung sampan itu seorang tua yang begitu pendiam. Professor memang mencari pendayung sampan yang pendiam agar tidak banyak bertanya ketika dia sedang membuat kajian.

Dengan begitu tekun Professor itu membuat kajian. Diambilnya sedikit air laut dengan tabung uji kemudian digoyang-goyang.

Selepas itu dia menulis sesuatu di dalam buku. Berjam-jam lamanya Professor itu membuat kajian dengan tekun sekali.

Pendayung sampan itu mendongak ke langit. Berdasarkan pengalamannya dia berkata di dalam hati, “Hmm. Hari nak hujan.”

“OK, semua sudah siap, mari kita balik ke darat” kata Professor itu.

Pendayung sampan itu akur dan mula memusingkan sampannya ke arah pantai. Hanya dalam perjalanan pulang itu barulah Professor itu menegur pendayung sampan.

“Kamu dah lama kerja mendayung sampan?” Tanya Professor itu.

“Hampir seumur hidup saya.” Jawab pendayung sampan.

“Seumur hidup kamu?” Tanya Professor itu lagi.

“Ya”.

“Jadi kamu tak tahu perkara-perkara lain selain dari mendayung sampan?” Tanya Professor itu.

Pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepalanya.

Masih tidak berpuas hati, Professor itu bertanya lagi, “Kamu tahu geografi?”

Pendayung sampan itu menggelengkan kepala.

“Kalau macam ni, kamu dah kehilangan 25 peratus dari usia kamu.”

Kata Professor itu lagi, “Kamu tahu biologi?”

Pendayung sampan itu menggelengkan kepala.

“Kasihan. Kamu dah kehilangan 50 peratus usia kamu. Kamu tahu fizik?” Professor itu masih lagi bertanya.

Seperti tadi, pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepala.

“Kalau begini, kasihan, kamu sudah kehilangan 75 peratus dari usia kamu. Malang sungguh nasib kamu, semuanya tak tahu. Seluruh usia kamu dihabiskan sebagai pedayung sampan.” Kata Professor itu dengan nada mengejek dan angkuh.

Pendayung sampan itu hanya berdiam diri.

Selang beberapa minit kemudian, tiba-tiba hujan turun. Tiba-tiba saja datang ombak besar. Sampan itu dilambung ombak besar dan terbalik. Professor dan pendayung sampan terpelanting.

Sempat pula pendayung sampan itu bertanya, “Kamu tahu berenang?”

Professor itu menggelengkan kepala.

“Kalau macam ini, kamu dah kehilangan 100 peratus nyawa kamu.” Kata pendayung sampan itu sambil berenang menuju ke pantai.

PENGAJARAN:

Dalam hidup ini IQ yang tinggi belum tentu boleh menjamin kehidupan. Tak guna kita pandai dan tahu banyak perkara jika tak tahu perkara-perkara penting dalam hidup. Adakalanya orang yang kita sangka bodoh itu rupanya lebih berjaya dari kita. Dia mungkin bodoh dalam bidang yang tidak ada kena mengena dengan kerjayanya, tetapi “MASTER” dalam bidang yang diceburi.

Hidup ini singkat. Jadi, tanyalah pada diri sendiri, untuk apakah ilmu yg dikumpulkan jika bukan untukH digunakan dan boleh digunakan?

YASSIN

RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud:

"Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi 20 keberkatan", iaitu:
* Apabila orang lapar membaca surah Yassin, ia boleh menjadi kenyang.
* Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
* Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
* Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
* Jika terpenjara akan dibebaskan.
* Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
* Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
* Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
* Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
* Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
* Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Qurana itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin, nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.
* Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".
* Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yassin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
* Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yassin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik".

Selasa, 14 Julai 2009

apakah perasaan mu wahai saudara-saudara ku






aku cuma nak kongsi gambar2 ni...dan aku nak bertanya apakah perasaan mu wahai saudara-saudara ku...jika dirimu beragama Islam..jika kau bukan seagama dengan ku..apakah perasaan mu...Allah menjadikan kita tidak sebangsa mahupun tidak seagama mesti ada hikmatnya...Aku mendoakan diri mu mendapat hidayahNya..ALLAHUAKHBAR

meh buat kalung straw....


mula2 korang potong straw la


pastu masuk dalam tali raffia


agak-agak macam cantik korang ikat la...jangan suruh aku pulak


ni hasilnya yang ada bunga kalung..kira kreatif maut jugak la aku ni...hahahaha


so ni model yang tak berapa seksi untuk korang tatap...hahahahah

aku tunjuk step macam kat dalam gambar...korang follow je...anak murid aku cakap ok je...tapi budak tahun 1..kelam kabut jugak..

my ALL - mAriaH CareY


Assalamualaikum...untuk insan yang paling disayangi...u should know how much i love u..n it will never end..insyaAllah

I am thinking of you
In my sleepless solitude tonight
If it's wrong to love you
Then my heart just won't let me be right
'Cause I've drowned in you
And I won't pull through
Without you by my side

I'd give my all to have
Just one more night with you
I'd risk my life to feel
Your body next to mine
'Cause I can't go on
Living in the memory of our song
I'd give my all for your love tonight

Baby can you feel me
Imagining I'm looking in your eyes
I can see you clearly
Vividly emblazoned in my mind
And yet you're so far
Like a distant star
I'm wishing on tonight

I'd give my all to have
Just one more night with you
I'd risk my life to feel
Your body next to mine
'Cause I can't go on
Living in the memory of our song
I'd give my all for your love tonight

Give my all for your love
Tonight

Sometimes kena jiwang karat sebab duk kat Lipis yang full of memories ni hahahahaha sorry 4 my broken english...

Ahad, 12 Julai 2009

CUMA SATU PANDANGAN DANGKAL


ASSALAMUALAIKUM

MASA BERLALU TERLALU PANTAS DAN SEPERTI BIASA ADA ANTARA KITA YANG KETINGGALAN. YANG LEPAS TU DAH JADI KENANGAN, TAK KISAH LE PAHIT ATAU MANIS..SEBAB ADA ESOK YANG AKAN DIHADAPI SELAGI ALLAH TENTUKAN NAFAS KELUAR IKUT HIDUNG NI..KALAU LE DIPOTONG TALIAN HAYAT NI..TAMAT SUDAHLAH SEMUANYA..JADI KENANGAN LE KITA NI JUGA.
BULAN JULAI NI ADA BEBERAPA PERISTIWA YANG AKU NAK KONGSI BERSAMA. KATA KUNCINYA PERTEMUAN, JODOH DAN AJAL. HAHAHAHA...SAJA NAK CAKAP SIKIT,KUT KUT APA YANG AKU FIKIR NI IKUT LOGIK, NAFSU, IKUT SUKA ETC.

PERTEMUAN
SETIAP HARI ATAU MUNGKIN ADA KETIKA KITA AKAN BERSUA DENGAN KENALAN BARU ATAU RAKAN-RAKAN LAMA ATAU RAKAN YANG DAH NAIK 'MUA' KITA TENGOK MUKA DIA...TIDAKKAH INI KETENTUAN ALLAH. SETIAP PERTEMUAN MEMPUNYAI MAKNA TERSENDIRI. PERTEMUAN ADA JUGA PERPISAHAN...INI PUN KETENTUAN ALLAH...DAH TU SAPA LAH SANGAT KITA NI...
JODOH
INI JUGA KETENTUAN ALLAH. INGAT TAK MASA KITA NAK DIPERTEMU DAN DIJODOHKAN DENGAN PASANGAN KITA. KALAU DAH MEMANG JODOH KITA LETAK LE ROAD BLOCK SETIAP KILOMETER SATU PUN IA AKAN TETAP BERJALAN LANCAR DAN SAMPAI KE DESTINASI. ALANGKAH INDAHNYA....BEGITU JUGA LAH JODOH SETERUSNYA HAHAHAA JOKING LA...TETAPI JODOH JUGA ADA PERPISAHAN...YANG SANGAT MEMERITKAN...SAPA LAH KITA NAK MENENTUKAN SIAPAKAH JODOH KITA...KERANA ALLAH LEBIH TAHU..HANYA DOA YANG MENJADI PENENTU..OLEH ITU JANGAN TERLALU MEMBENCI DAN MENGASIHI SESEORANG KERANA JODOH ITU MILIK ALLAH..SUDAH ADA KETENTUAN DI AWAL PENCIPTAAN KITA.

MAUT
BARU TADI KITA BERBUAL DENGAN DIA..PETANG NANTI KITA DENGAR BERITA DIA SUDAH TIADA...SO INI LAH KETENTUAN HIDUP..TARIKH MATI PUN BUKAN KITA YANG PUNYA..ALLAH JUA MEMEGANG RAHSIA INI. BERDOA UNTUK PANJANG UMUR AGAR KASIH KEKAL BERPANJANGAN MEMBAWA KE SYURGA. SO JANGAN CONFIDENT SANGAT UMUR KITA NI PANJANG TAK KIRA TUA ATAU MUDA...HAHAHA TERUTAMA AKU.

KEHIDUPAN KESELURUHANNYA MILIK ALLAH...SEKECIL-KECIL HUMA SEHINGGA SEBESAR-BESAR MUNGKIN MAKHLUK ATAU BENDA YANG KITA BOLEH BAYANGKAN. BERDOA LAH UNTUK YANG TERBAIK UNTUK SEMUA DAN DIRI KITA...AKU BERPESAN UNTUK DIRI AKU DAN BAGI YANG MEMBACA.
SESUNGGUHNYA KITA MERANCANG TETAPI PERANCANGAN ALLAH JUA YANG TERBAIK...SEMOGA HARAPAN DAN DOA INI MENJADI KENYATAAN.

ALONG