Assalamualaikum
Dah lama aku tak menulis...so malam ni aku nak menulis. Aku sendiri tak pasti apa yang hendak ditulis..cuma ada satu hal ini yang bermain di kepala...ya di kepala seperti biasa..dan aku pun tak tahu berapa ramai yang ketagihan membaca blog aku ni..hahaha..
Seperti yang sedia maklum setiap hari banyak perkhabaran yang kita dengar dari sekeliling...antara perkhabaran yang sangat dekat dengan kita ialah kematian. Baru-baru ni Bob Kuman telah pun pergi meninggalkan kita..aku rasa usianya sekitar 40 tahun. Hari ni seorang pelukis tanahair Syam Asmawi (http://www.facebook.com/syam.asmawi) telah pergi pergi pada usia sekitar 38 tahun...al fatihah untuk mereka. Post ini bukan bertujuan bercerita tentang kematian...sekadar peringatan untuk diri dan para yang singgah di blog ini. Bagi saya pemergian mereka ini memberi kesan.....kehidupan dunia ini tiada apa-apa manafaatnya sangat..tiada apa yang nak dikejarkan...tetapi kita perlukan dunia...kerana ia jambatan ke akhirat..semoga kita sempat berbuat baik sebanyak mungkin sebelum masa kita yang tiba..insyaAllah.
Sepertimana ajal..jodoh, rezeki, pertemuan adalah semua di dalam ketentuan yang maha Esa. Bercakap tentang jodoh, terdapat pelbagai situasi yang aku jumpa dari rakan-rakan..macam-macam kisah suka dan duka. Jodoh adalah ketentuan Allah itu rumusan yang aku boleh buat dari apa yang member baik aku cakap tempohari. Aku dapat melihat dari raut wajahnya sedikit rasa kegusaran dan dicampur dengan rasa gembira..ntah mungkin dibuat-buat...hahahhaha ada cerita yang tak dapat aku cerita di sini...dan tak lupa juga nasihatnya yang sangat membina.
Sudah aku bercakap tentang ajal dan jodoh..tak patut rasanya aku tak cakap tentang rezeki...member aku cakap rezeki memang dah ada..tunggu kita je nak usaha..lebih usaha banyak dapat...tambahnya lagi rezeki tak macam jodoh dan ajal..sebab kedua-duanya muktamad...hahahahahaha...disekeliling aku banyak kawan-kawan yang sangat murah rezekinya alhamdulillah semoga berkat rezeki korang dapat kita kongsi sama-sama...
Ok itu saja utk kali ini...sekadar bercerita..mungkin ia baik untuk kamu mungkin juga ia tidak tetapi saya berharap ia menyumbang sesuatu insyaAllah...
wallhuallam