Sejarah Edmodo bermula sekitar
akhir tahun 2008, di mana Nic Borg dan Jeff O’Hara percaya bahawa suasana
persekolahan perlu diperkembangkan untuk menggambarkan perkaitan dalam dunia
yang didiami, dibina untuk mencipta satu perkara baru berkait rapat dengan
jurang antara bagaimana pelajar menjalani kehidupan mereka dan bagaimana mereka
belajar di sekolah. Setakat ini, Edmodo telah menghubungkan lebih daripada
125,000,000 guru dan pelajar dalam dunia sejagat. Apa itu Edmodo? Edmodo
merupakan jejaring sosial yang bebas dan selamat digunakan oleh guru, pelajar
dan juga sekolah untuk pembelajaran yang berasaskan Learning Management System
(LMS). Edmodo berfungsi sebagai sebuah laman yang telah dibangunkan khusus bagi
aktiviti pembelajaran secara online sahaja. Edmodo menggalakkan suasana
pembelajaran yang pelbagai pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja dan
memberi kemudahan bagi guru dan pelajar sebuah tempat yang aman dan selesa
untuk berkomunikasi, bekerjasama, berkongsi kandungan dan aplikasi pembelajaran,
kerja rumah bagi pelajar, perbincangan dalam kelas maya, ulangan secara atas
talian, nilai dan banyak lagi yang lain. Hakikatnya Edmodo menyediakan semua
yang boleh kita lakukan di kelas bersama pelajar dalam kegiatan pembelajaran
yeng efektif ditambah lagi dengan kemudahan bagi ibu bapa agar dapat memantau
semua aktiviti anaknya di Edmodo dengan menggunakan “parent code”. Tambahan
pula, Edmodo boleh dilayari dengan mudah melalui telefon bimbit. Edmodo juga
bermatlamat untuk membantu para pengajar memanfaatkan media sosial dengan
mengurangkan penggunaan ruangan bilik darjah. image_thumb Bagaimana guru boleh
menggunakan Edmodo? Guru boleh menggunakan Edmodo untuk berkomunikasi dengan
pelajar kelasnya mengikut subjek. Setelah mencipta akaun sebagai guru di Edmodo,
guru akan menerima kod dan kod tersebut digunakan oleh pelajarnya untuk
mengaktifkan akaun sebagai pelajar bagi subjek tersebut. Melalui Edmodo, guru
boleh memuat naik info terkini berkenaan kelas dan juga nota bagi tujuan
pembelajaran. Guru juga boleh memuatkan tugasan yang boleh diletakkan tempoh
tamat bagi memastikan pelajarnya menyiapkan tugasan dalam tempoh yang
diberikan. Guru juga boleh menerima terus jawapan pelajar dan memberi gred
sebaik sahaja tugasan disemak. Guru juga boleh mengemukakan topik yang ingin
dibincangkan bagi memudahkan pelajar dan guru saling berinteraksi. Selain itu,
bahan-bahan juga boleh dimuatkan oleh guru dalam ruangan perpustakaan.Semasa
menonton video yang berkaitan tentang sesuatu topik pengajaran misalnya, guru
dan pelajar boleh memberi pandangan mahupun komen tentang ulasan video tersebut
melalui Edmodo. Aplikasi Edmodo dalam pengajaran dan pembelajaran Penggunaan
Edmodo sangat berkesan terhadap guru dan pelajar. Contohnya jika seseorang guru
mempunyai tugasan luar dan tidak dapat bersemuka dengan pelajarnya, atau
seorang guru itu sedang berada di luar negara, Edmodo akan membolehkan guru
tersebut menyebarkan mesej, tajuk-tajuk perbincangan dalam bilik darjah,
memberi tugasan serta nota kepada pelajar. serta gred untuk setiap tugasan
kepada pelajar. Pendek kata setiap tugasan akan di muat naik oleh guru dan
dibincangkan bersama pelajar. Pada masa yang sama juga para pelajar akan
memuatnaik jawapan masing-masing kepada guru. Jadi, guru dapat menilai jawapan
para pelajar dan memberikan gred untuk setiap tugasan pelajar secara atas
talian. Guru juga dapat menganugerahkan lencana kepada pelajar yang sentiasa
aktif berkomunikasi dan memberikan respon yang positif terhadap pembelajaran
yang dilakukan dalam Edmodo. Secara tidak langsung pelajar diberikan
penghargaan secara terus tanpa perlu menunggu keputusan ujian akhir. Edmodo
merupakan satu jejaring sosial berbentuk pembelajaran yang banyak membantu guru
dan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran tanpa batasan menggunakan
teknologi maklumat. Laman web Edmodo berfungsi sama seperti laman sosial yang
lain seperti “Facebook” dan “Twitter” tetapi Edmodo lebih menekankan aspek
pembelajaran secara maya. Penggunaan Edmodo adalah mudah dan percuma. Guru
hanya perlu mendaftar sebagai guru dan mewujudkan sebuah kelas yang dikhaskan
untuk pelajar bagi memudahkan komunikasi secara maya. Pelajar kemudiannya akan
mendaftar sebagai pelajar dan memasuki ruangan yang telah dikhaskan untuk
mereka dengan mendaftarkan kod ruangan yang telah diberi. Selain itu, ibu bapa
juga diberikan kod khas bagi membolehkan mereka memantau perkembangan akademik
anak masing-masing di dlaam kelas yang telah didaftarkan. Pembelajaran
berasaskan laman web seperti Edmodo ini amat baik serta berkesan terhadap
pelajar kerana mereka mampu membina pengetahuan baru dan bermanfaat kepada diri
sendiri. Dengan penglibatan pelajar dalam laman sosial berkenaan akan membuat
pelajar terlibat secara aktif dan dapat membina ingatan jangka panjang tentang
sesuatu konsep dengan mengaitkan pengetahuan yang baru diterima dengan
pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru. Keyakinan pelajar dapat
dipupuk dan dapat meningkatkan kemahiran sosialnya dengan bekerjasama dengan
orang lain dalam menghadapi masalah. Kemahiran sosial ini diperoleh apabila
pelajar berkomunikasi dengan aktif dengan rakan dan guru dalam membina
pengetahuan mereka. Penggunaan Edmodo juga memungkinkan pembelajaran secara
“hands-on” dan “minds-on” di mana pelajar boleh bertukar-tukar maklumat dengan guru
mahupun sesame rakan pelajar yang lain. Manakala guru sebagai fasilitator yang
akan membimbing pelajar memperoleh pengetahuan, menjadi sumber pelajar dalam
memberi bimbingan dan komen. Selain itu, penggunaan Edmodo boleh menguji
kemahiran menulis pelajar. Ia boleh dilihat melalui tugasan yang diberi dalam
bentuk individu mahupun berkumpulan dalam bentuk tugasan penulisan ilmiah.
Seperti juga sistem e-pembelajaran yang lain, penggunaan Edmodo sangat mudah
dengan sejumlah kefungsian yang disediakan mengikut pedagogi pilihan. Fail-fail
berbentuk audio dan video dapat dimuatnaik dan dapat dikongsi bersama pelajar
dan pengajar. Guru dan pelajar dapat membuat ulasan dan memberi komen terhadap
dokumen yang telah imuatnaik atau dokumen yang telah dihantar. Guru dan pelajar
juga boleh memanfaatkan ciri-ciri lain yang terdapat di Edmodo seperti
kemudahan kalendar, gred, perpustakaan, sumber pembelajaran, penambahan sub
kumpulan dan sebagainya. Kelebihan penggunaan Edmodo dalam pendidikan Antara
kelebihan penggunaan Edmodo ialah ia dapat diakses oleh guru, pelajar dan ibu/bapa
tanpa mengira tempat dan masa dan merupakan satu platform pembelajaran yang
selamat. Ini memudahkan pelajar dan guru menggunakan ruang waktu dan keselesaan
mereka sendiri. Selain itu, guru dan pelajar boleh berkomunikasi secara maya.
Guru boleh memberi tugas kepada pelajar dengan memberi satu tarikh akhir untuk
tugas tersebut. Oleh itu, pelajar boleh menggunakan masa sendiri asalkan dapat
menghantar tugasan tersebut sebelum tarikh akhir. Guru dan pelajar juga dapat
berkongsi maklumat. Selain itu, ibu bapa juga dapat memantau perkembangan dan
hasil kerja anak-anak secara maya tanpa berjumpa dengan guru. Melalui Edmodo
juga kos peralatan seperti penggunaan buku, kertas dan alat tulis dapat dikurangkan.
Untuk lebih jelasnya, silahkan baca juga, artikel yang berhubungan dengan
Artikel Edmodo dalam pengajaran dan pembelajaran, antara lain : Perbandingan
Edmodo, Learnboost dan Schoology Edmodo dalam pengajaran dan pembelajaran
Mengatur Profil Kelas Maya MENGAKSES SUMBER BELAJAR pada RUMAH BELAJAR
Pelaksanaan Proses Pembelajaran RENCANA PELAKSANAAN PEMBELAJARAN (RPP) Aplikasi
Gratis Learnboost dalam Pengajaran dan Pembelajaran....