Jumaat, 16 Disember 2011

Anda Ingin Bercinta ?

Zaman remaja adalah zaman untuk mencari dan mengenal diri. Setelah akal semakin mampu untuk berfikir jauh. Sekurang-kurangnya sudah mengenal mana baik dan buruk, halal dan haram, najis dan yang suci, syurga dan neraka.

Umur sebegini, orang muda cenderung untuk hidup di dalam perkumpulan. Gemar juga untuk mencari penyelesaian di luar rumah dibandingkan dengan berbincang dengan ibu dan ayah. Dan ketika inilah jiwa sudah menyubur untuk mengenal apa itu cinta (berlainan jenis).

Mengapa bercinta?
Terkadang bercinta dengan sebab ikut-ikutan (kerana melihat kawan sedang 'bahagia'). Terkadang ia bercinta supaya 'pointer' selalu meningkat naik. Dan katanya agar ada teman yang dapat memberi nasihat. Alamat.. jika salah bercinta, bubur tidak akan kembali menjadi nasi..

Sebelum bercinta fikirkan perkara-perkara ini wahai orang muda :
1. Sudahkah anda bersedia untuk bercinta?

Adakah sudah bersedia menghadapi risiko di dalam percintaan? Adat orang mengatakan cinta itu bersatu, dan ada kalanya ia membutakan mata. Manakala yang tidak nampak jalannya habis hancur masa depan hidupnya.

Cinta tidak semestinya bersatu, ada kalanya ia terputus di tengah jalan. Dan ada kalanya ia berjaya sehingga ke jinjang pelamin. Risiko putus cinta selalu membuatkan manusia seolah-olah putus asa. Hilang hala tuju hidupnya. Entah berapa ramai yang sudah menamatkan nyawanya sendiri bila cinta nafsu lebih diharapkan dari cinta kepada Illahi.


2. Apa matlamat Anda bercinta?
  • Mungkin untuk merosakkan anak gadis atau hati orang lain?
  • Ikut-ikutan atau suka-suka sahaja?
  • Untuk mencari pengganti pasangan yang telah pergi? (tetapi sekiranya ia ingin kembali semula suatu hari nanti, anda dengan rela diri meninggalkan pasangan baru anda yang telah diberikan harapan?
  • Sekadar cinta monyet yang tiada matlamat di masa hadapan?
  • Untuk mendirikan rumah tangga yang membawa kasih sayang dan rahmat dari ALLah?
Orang yang mulanya bercinta - hatinya akan berbunga-bunga. Tidak ia sedar apa yang berlaku di sekelilingnya kerana disibukkan dengan apa yang dicintainya. Segalanya nampak cantik, molek, comel dan sempurna belaka. 'Pijak semut tidak mati'. Segalanya berjalan dengan penuh optimis dan positif. Lalu mungkin 'menipu diri sendiri' sudah menjadi pegangan agar hubungan berlangsung dengan menarik dan dapat dikekalkan.

Apabila perhubungan cinta anda mulai 'berkelap kelip' - mulalah anda akan berfikir semula akan buruk dan baiknya pasangan anda. Mungkin ketika ini anda akan berusaha mencari solusi. Sekiranya berjaya perhubungan anda akan berjalan seperti biasa. Dan sekiranya dalam bahaya, ia akan membawa kepada 'putus cinta'. Perkataan inilah yang menjadi penghancur jiwa, rasa kecewa, terhina, rendah diri, sakit hati, dendam, putus asa. Maka istilah-istilah cinta yang dahulunya berkisarkan fantasi, anda akan sedar ia bukanlah realiti.

Menjadi hipokrit satu perkara, iaitu masalah yang akan dibawa apabila hidup di dalam sebuah rumah di atas pernikahan yang sah. Segala-galanya yang 'cantik', 'molek' akan ditunjukkan juga sebagai satu hakikat yang perlu anda terima. Samada anda terima dengan terpaksa atau redha selamanya.

3. Mengapa Anda Bercinta?
  • Kerana ALLah?
  • Kerana cantik rupanya? Mancung hidung, kumisnya tebal? Badannya serupa model? - yang pasti semuanya ini tidak kekal lama. Berapa ramai wanita yang menghidapi sakit barah kulit kerana taksubnya kepada yang dinamakan 'KECANTIKAN' ? Berapa ramai pula yang sanggup berhutang, mengorbankan identiti seorang Muslimah dan Muslim kerana tertarik dengan namanya KEMODENAN?
  • Kerana duitnya? Harta yang bertimbun?
  • Kerana empunya diri itu sendiri?
  • Kerana Agamanya? Ia akan di bawa di dunia dan akhirat. Tetapi ramai juga yang terjerumus di lembah hina. Kerana yang dibawa rupanya selama ini adalah nafsu tetapi disolek dengan nama Agama.
Anda akan dapat apa yang anda niatkan. Ingat perjalanan cinta sesama manusia amat jauh, dan mungkin juga dekat, ataupun ia satu perjalanan yang tidak pasti.

4. Apa Modal Untuk Bercinta?
  • Adakah dengan modal air liur? Atau jari jemari menulis sms?
Sedarkah anda? apabila bercinta dan anda meletakkan sesuatu di dalam hati seseorang. Ini telah memberikan ia pengharapan baru dalam hidupnya. Dan ia akan berusaha untuk mencapainya. Jika cinta anda sekadar cinta monyet, cinta untuk merosakkan anak orang, ikut-ikutan dan hanya menjadikan orang lain sebagai batu galas - CINTA NAFSU. Eloklah lupakan sahaja. Anda hanya akan menjadikan diri anda sendiri bahan fitnah yang akan orang ingat sampai bila-bila.

Sedarkah anda? Mahligai perkahwinan itu memerlukan pengorbanan bukan sahaja dari segi jari jemari dan air liur. Tetapi lebih dari itu adalah modal ilmu untuk mendirikan sebuah keluarga yang beragama, cintakan ALLah dan rasul-Nya. Modal harta iaitu pekerjaan dari sumber rezeki yang halal untuk anda berikan kepada isteri, dan anak-anak. Modal hati dan perasaan untuk dikongsi, difahami, kesabaran dan sebagainya.

5. Berapa Lama Anda Ingin Bercinta?
  • Seminggu?
  • Sebulan?
  • Tiga, empat tahun?
  • Sehingga habis belajar?
  • Cinta hingga ke akhirat?
Apabila anda bercinta, setiap pasangan pastinya ingin mengetahui sampai bilakah mereka akan bercinta? Dan apabila perhubungan itu diketahui oleh sang ibu dan ayah, tentunya mereka akan bertanya bila pula tarikh merisik, pertunangan dan perkahwinan pula akan dijalankan? Dan tentunya kaum kerabat pula akan tertanya-tanya, dengan siapa anda berkawan. Mungkin ada yang sudah diusung ke hulu dan hilir - orang kampung pun sudah mulai berbisikan. Walaupun anda sangkakan di bandar orang bersikap tidak ambil peduli. Tetapi malaikat di kiri dan kanan tetap juga menulis catatan..

6. Kos Cinta
  • Duit yang anda habiskan semata-mata untuk sidia - telefon (sms, mms, chat etc), bil elektrik, bil internet,
  • Masa yang anda korbankan untuk sidia
  • Hati dan perasaan

Sikap Matang Dalam Mencari Cinta

Wahai pemuda dan pemudi, menyebut perkataan cinta sesama manusia itu mudah, tetapi untuk melaksanakannya amatlah payah. Bercinta bukan menjadi tiket yang menghalalkan anda menyerahkan jasad kehormatan anda. Bukan juga bermakna anda sudah menjadi juara dan normal sebagaimana insan lain yang bercinta (sudah fahamkah erti cinta yang sebenarnya?). Anda rosak kerana cinta? - ia adalah kesalahan anda sendiri di dalam menterjemahkan cinta yang suci dan abadi. Semaklah semula adatnya bagaimana RasuluLlah menyalurkan perasaan cinta.

Jika berbaloi dengan bercinta - anda dapat merasai hidup bahagia serta mendapat keredhaan Allah kerana matlamat anda jelas, anda sedia redha dengan kemungkinan yang berlaku serta tidak menyalahkan taqdir, perjalanan cinta tidak melanggar batas syarak. Maka silalah untuk bercinta.

Fikirkan.. Dalam masa bercinta, bagaimana hubungan kita dengan Allah dan manusia serta makhluk yang lain? Semakin baik ataupun semakin jauh dan terus menjurang. Adakah ia menjadikan kita hamba Allah yang bertaqwa ataupun hamba Allah yang derhaka?



 http://jomfaham.blogspot.com/2009/04/anda-ingin-bercinta.html

Khamis, 15 Disember 2011

EMOSI

When dealing with people, remember you are not dealing with creatures of logic, but creatures of emotion.  ~Dale Carnegie 

Seperti biasa cuti akhir tahun 2011 adalah sama seperti cuti-cuti tahun yang sebelum ini. Cuma kelihatan luar biasa apabila kerajaan mengumumkan skim gaji baru (SPBA)..dinding-dinding FB, blog-blog tidak rasmi, twiter kencang membicarakannya, ditambah pula lampiran C tidak ada..menjadi tandatanya dan misteri. Saya dan isteri adalah antara peminat skim gaji baru ini hahhahaha...kalau anda bekerja kerajaan dan tak minat...i think something wrong with u le..hihihihi


Bagi sesetengah orang, gaji adalah sesuatu yang sangat penting (sama dengan saya) malah org yang bekerja tidak dibayar gaji emosinya sangat kritikal. So soal upah atau gaji ini ia sangat penting..saya pernah mendengar satu pepatah (hadis?)..bayarlah upah sebelum keringat kering..

wallahuallam



Selasa, 13 Disember 2011

perjalanan


Sepanjang pemanduan dari Temerloh menuju ke Batu Pahat...ada sesuatu yang bermain-main di kotak fikiran saya seawal cuti akhir tahun Dis 2011 bermula..ia seperti warna-warna pelangi yang bergerak memanjang berlingkar-lingkar dan kini ia semakin kelabu.

Bandar Batu Pahat terlalu banyak perubahan yang berlaku..kunjungan kali ini ialah kali kedua untuk tahun 2011. Saya menjejakkan kaki di bandar ini pada pertengahan tahun 1992 beberapa bulan sebelum peperiksaan STPM bermula. Jalan-jalan utama di Batu Pahat masih terukir di benak hati, mudah untuk saya bergerak..isteri dan anak-anak mendengar pengalaman lepas saya di sini. Ya..dulu saya terlalu susah..tetapi ada Amroz yg menjadi rakan peneman berjalan kaki dari Taman Broleh ke MPBP..isteri saya mengingatkan anak-anak supaya bersyukur...tetapi bagi saya..apalah susah sangat berjalan kaki..kerana berjalan kaki adalah kebiasaan saya seawal umur 10 tahun, telah berjalan beriringan dengan Angah dan Ina ke SKWI...semuanya kerana kesusahan..hihihihi

Dari Batu Pahat ke Port Dickson...alhamdulillah perjalanan berjalan dengan lancar menuju Hotel Lexis...memang sudah menjadi rezeki kami..pihak hotel menawarkan chalet tepi laut..awesome..alhamdulillah....

Malam semakin larut..warna-warna pelangi masih bermain dalam benak otak...kebanyakannya kelabu..mungkin saya ada idea..mungkin saya mengingati sesuatu..mungkin..saya pun tak tahu....mungkin juga ia idea utk semester hadapan..saya perlu mengorganisasikan ia..

wallahuallam

Ahad, 11 Disember 2011

'Super Photoshop' Terbaru Untuk Palsukan Gambar Tanpa Dikesan

KINI wujudnya pendekatan terbaru yang mudah dalam dunia penggambaran dimana amatur boleh mengubah dan menambah gambar dalam seminit tanpa mudah di kesan tanpa memerlukan peralatan khas, latihan, kemahiran atau akses yang rumit sambil mengekalkan kualiti asal gambar tersebut.

Teknik yang dicipta oleh seorang 'programmer' Kevin Karsch, akan ditunjukkan pada persidangan Siggraph di Hong Kong pada bulan ini.

Karsch menyatakan bahawa walaupun pengguna terdiri daripada 'orang baru' atau orang-orang yang kurang mahir, hasil daripada penggunaan program yang diperkenalkan boleh mencapai hasil pengubahan seperti seorang profesional.

Kaedah Karsch adalah unik. Beliau mengatakan bahawa walaupun secara digital agak mudah untuk membuang objek dari skrin gambar, ia lebih sukar untuk memasukkan sesuatu objek tanpa dapat dikesan oleh pandangan mata tentang perubahannya.

"Kaedah-kaedah mengubah gambar yang sedia ada sekarang adalah agak remeh dan susah", kata Karch yang merupakan seorang pelajar PhD di universiti Illinois.

"Untuk memasukkan objek ke dalam sesuatu rakaman adegan atau gambar, teknik yang ada sekarang memerlukan beberapa geometri digambarkan secara manual, menggunakan model lampu yang memantulkan cahaya yang diletakkan di tempat rakaman diambil, mengambil pelbagai gambar dari pelbagai sudut, atau bahkan meletakkan model atau objek-objek yang ingin digambarkan secara manual", tambahnya lagi.

Proses ini perlu dijalankan dengan cermat dan teliti dan memerlukan kepakaran.

Teknik-teknik yang sedia ada sekarang


Perbezaan teknik yang diperkenalkan sangat ketara di mana perisian Karsch pula secara automatik membina draf kasar senario model 3D dan pengguna hanya perlu menambah mana-mana permukaan yang diingini dengan melukis pada skrin.

Seterusnya pengguna perlu menambah sumber cahaya dan mengubah nilai pencahayaan yang bersesuian pada imej.

Sistem kami secara automatik akan menjana model fizikal di gambar tersebut menggunakan tanda aras pencahayaan dan gambaran yang diinginkan pengguna , 'kata Karsch.

Perisian kemudiannya menambah nilai cahaya di mana Karsch mencipta program yang boleh mengadaptasi gambar yang perlu dalam keadaan berkilat, gambar refleks ataupun objek sintetik yang memerlukan sinaran.

Untuk menambah patung, pengguna hanya perlu melukis garis kasar bilik, kemudian menandakan sumber cahaya, maka objek 3D boleh digambarkan


Karch menyatakan bahawa kaedah yang diperkenalkan ini hanya memerlukan beberapa penjelasan ringkas yang ditandakan oleh pengguna sambil membenarkan pengguna-pengguna baru untuk menghasilkan gambar yang berkualiti.

Hasil-hasil dari pengubahan gambar yang telah dicapai dengan kaedah yang diperkenalkan kelihatan realistik, dan ramai orang cenderung untuk memihak kepada teknik pentafsiran sintetik yang diperkenalkan berbanding penambahan gambar melalui kaedah sisipan lain.

Proses pencahayaan automatik menambah lapisan cahaya untuk mewujudkan hasil yang meyakinkan dan juga dapat disesuaikan dengan objek berkilat, refleks atau bersinar
Sumber: Daily Mail
http://freemalays.blogspot.com/2011/12/super-photoshop-terbaru-membolehkan.html

Rahsia Haiwan Di Sebalik Potret Mona Lisa

Pelukis terkenal New York, Ron Piccirillo hari ini mendakwa telah menemui beberapa kunci rahsia di sebalik salah satu wajah yang paling misteri dalam sejarah iaitu didalam potret Mona Lisa.

Piccirillo mengutarakan pandangan bahawa beberapa haiwan boleh dilihat tersembunyi di dalam lukisan itu apabila ia diletakkan didalam posisi mendatar. Pereka grafik Rochester dan pelukis itu berkata, singa, monyet dan kerbau boleh dilihat di sekeliling kepala Mona Lisa dan ular atau buaya boleh dilihat gambarannya berhampiran bahu kanan Mona Lisa didalam potret beliau.



Cetusan pandangan tentang kewujudan haiwan-haiwan itu disebalik potret tersebut membawa Piccirillo kepada satu jurnal yang pernah ditulis oleh Leonardo da Vinci dan beberapa petikan yang menyebut tentang haiwan yang dilihatnya.
"Apabila saya menemui jawapan-jawapan dari potret Mona Lisa yang saya panggil 'penemuan yang tidak dijangka, saya tidak lagi mencari maklumat," kata Piccirillo kepada ABCNews.com. "Saya hanya perlu meleraikan satu persatu rahsia potret ini yang akhirnya membawa saya kepada teori ini. Semuanya datang hasil dari tulisan-tulisan Leonardo yang memberi inspirasi," tambahnya lagi.

Salah satu petikan yang memberikan gambaran tentang kewujudan haiwan-haiwan tersebut berbunyi "her heart gnawed by a swelling serpent" dan, "Give her a leopard's skin, because this creature kills the lion out of envy and by deceit." Walaupun petikan tersebut tidak menyebut "Mona Lisa" secara jelas, Piccirillo mengatakan bahawa beliau percaya rujukan kepada ular dan singa merujuk kepada potret wanita itu yang mempunyai senyuman yang terkenal.

Piccirillo berkata beliau percaya bahawa Mona Lisa bukanlah orang yang benar-benar wujud, tetapi menjadi simbolik untuk melambangkan sifat manusia yang iri hati. Beliau juga percaya bahawa rahsia penemuannya yang telah berjaya dileraikan akan menjadi penting kepada orang-orang seni yang keliru dengan lukisan ini selama berabad-abad lamanya.

"Saya sedar betapa besar impak dari penemuan fakta ini di dalam dunia seni dan saya tahu ia akan menjadi perkara yang terbesar dalam tempoh 500 tahun ,"kata Piccirillo.

Piccirillo menyatakan bahawa ahli-ahli komuniti seni tidak semestinya bersetuju dengan pandangan dan pendapat Piccirillo dan kepentingan penemuan beliau.

Ada juga yang tidak menerima pendapat ini. "Saya tidak yakin kita perlu memikirkan dan mengekalkan teori ini," kata seorang Profesor Sejarah Seni dari Brown Universiti, Profesor Evelyn Lincoln kepada ABCNews.com. "Ia tidak membantu saya memahami Mona Lisa dan menganggap beliau sebagai simbol iconographic yang tersembunyi dan agak tidak berkaitan untuk mengaitkan dengan sifat iri hati," tambahnya lagi.

Lincoln memanggil teori yang diperkenalkan Piccirillo sebagai "bermasalah" dan berkata bahawa tafsiran itu lebih sesuai jika dilihat sebagai pandangan umum dan bukan apa yang cuba digambarkan oleh lukisan itu sendiri. Beliau menegaskan bahawa imej gambar Mona Lisa yang biasa dilihat bukan lukisan asal. Potret yang asal itu juga telah menjadi kurang jelas kerana dimakan usia, retak dan berminyak.

Lincoln juga menyatakan bahawa jurnal yang ditulis oleh Leonardo da Vinci sendiri telah berpecah-pecah dan mula disusun kembali bersama-sama selepas kematiannya.

"Idea bahawa kita harus mengubah posisi lukisan secara terbalik, ke bawah dan pelbagai posisi untuk mencari lambang iconographic yang memberi tafsiran sifat iri hati adalah merupakan obsesi peribadi setiap artis grafik yang seolah-olah cuba mencari maksud tersirat dari setiap lukisan yang dilihatnya," kata Lincoln. "Ia bukan sifat yang sesuai untuk Mona Lisa saya," katanya lagi.

Piccirillo pula tetap menegaskan bahawa beliau yakin dalam penilaian dan teorinya. "Saya telah menjadi pelukis sepanjang hidup saya dan sentiasa sedar terdapat misteri Mona Lisa yang perlu dileraikan, tetapi saya tidak pernah terlalu berminat untuk meleraikannya sehingga mencipta teori ini. Saya lebih berminat dalam keindahan seni itu sendiri," katanya. "Tetapi apabila anda tahu apa yang perlu anda cari, pastinya anda akan temui jawapannya di situ,"katanya.

Sumber: Yahoo News
http://freemalays.blogspot.com/2011/12/rahsia-haiwan-di-sebalik-potret-mona.html

KOREA



1950, KOREA SELATAN adalah salah satu negara termiskin di dunia. Setaraf dengan negara-negara termiskin di Afrika dan Asia. Ekonominya hanya bergantung kepada pertanian gara-gara perang dengan Jepun dan Korea Utara

Dalam 4 dekad, Korea Selatan cepat berubah dari negara termiskin, menjadi salah satu negara paling kaya dan tercanggih di dunia dengan nilai ekonomi Trillion dollar.
Tahun 1963, pendapatan perkapitanya cuma $100. Tahun 1995 sudah meningkat ke $10,000. 2007, $25,000. Goldman Sachs meramalkan Korea tahun 2050 nanti akan jadi negara nombor 2 terkaya di dunia, dengan pendapatan perkapita $81,000. Korea, juga tercatat sebagai bangsa dengan pertumbuhan ekonomi tercepat sepanjang sejarah.

Dan inilah keadaan bandar di Korea Selatan yang berubah menjadi kota mewah ini.


Produk-produk elektronik Korea, Samsung dan LG, telah menguasai pasaran dunia. Dari smartphone canggih, television plasma, LCD dan semikonduktor. LG sendiri sekarang adalah perindustrian pembuat panel plasma terbesar di dunia. Samsung, adalah konglomerat terbesar di dunia, yang hanya kalah oleh General Electric.

Industri pembuatan kapal Korea, Hyundai dan Samsung Heavy Industries, adalah yang terbesar di dunia dan mengalahkan Jepun pada tahun 2004. Hyundai, juga menjadi perusahaan otomotif ke 5 terbesar di dunia.

Korea juga telah jadi negara termaju di dunia dalam hal infrastruktur teknologi. Sejak tahun 2000, seluruh masyarakat Korea telah menikmati jaringan internet 100 Mbpps, siaran television interaktif high-definition, teknologi komunikasi 4G.

Para pemimpin Korea juga punya visi yang sangat maju dalam penyerapan dan pengembangan teknologi. Inilah kunci dari semua bangsa-bangsa termaju. Tahun 1959, kerajaan Korea sudah mendirikan Korean Atomic Energy Commision. Pertengahan tahun 1960, Kementerian Sains dan Teknologi dibentuk. Lalu Korea Institute of Science and Technology yang dibentuk untuk research industri.

Dan setelah itu, proses pembelajaran sains dan teknologi dilakukan secara besar-besaran. Para cendekiawan asing dan segala macam teknologi terbaru dari Barat diserap habis-habisan. Seperti Jepun, R&D digalakkan, orang-orang serta badan-badan research yang unggul diberi dana yang sangat besar oleh kerajaan.
Industri-industri dengan potensi pasaran masa depan yang besar dianalisis dan dikejar habis-habisan, baik oleh kerajaannya dan swasta.

Dan bagaimana cara agar bangsa Korea punya kemampuan yang tinggi untuk menyerap sains dan teknologi ? Kuncinya adalah ….

Pembangunan manusia-manusia unggul!

Manusia-manusia unggul yang punya kemampuan tinggi dalam menyerap ilmu dan teknologi. Pembangunan manusia-manusia unggul, melalui pendidikan unggul. Pendidikan terbaik di dunia.

Sejak lama, pemerintah telah berjuang supaya kanak-kanak Korea memiliki nilai matematik dan sains yang tinggi. Tidak dalam ukuran Korea sendiri, tapi dalam skala global. Jadi sistem pendidikan terbaik di dunia harus dibentuk.

Dan Korea telah berjaya. Tingkat IQ Korea secara nasional adalah yang tertinggi di dunia. Dan kanak-kanak Korea juga memiliki ranking teratas dalam kemampuan matematik, sains, problem solving, dan membaca dalam peringkat OECD, Organisation for Economic Co-operation and Development.

Bagaimana dengan orang kita?

Jangan malu kerana anak-anak kita pun cepat mengikut rentak orang Korea. Malangnya bukan meniru remaja Korea menyerap teknologi terkini tetap apa yang kita serapkan ialah muzik K-Pop mereka.

Remaja kita begitu teruja dengan budaya K-Pop walaupun tidak faham dengan bahasa dan budaya mereka. Ini menunjukkan Korea Selatan sudah maju bukan sahaja ekonomi, sukan malah bidang hiburan yang menjadi taraf dunia.



oleh : Zavi
http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=27126#870028

Sejarah Bendera Negeri Pahang


Oleh Badli Shah bin Alauddin

Kebiasaannya apabila ditanya tentang bendera Pahang, masyarakat akan teringat kepada gabungan rona hitam dan putih. Pada masa dahulu, masyarakat mengandaikan bahawa warna hitam sebagai warna rakyat jelata, lalu telah mentafsirkan skima hitam pada bendera-bendera negeri sebagai 'rakyat jelata' yang dipegang oleh sistem politik moden

Hakikat sebenarnya, rona hitam adalah simbol kebesaran Bendahara iaitu suatu simbolik melambangkan bahawa pada suatu ketika dahulu pemerintah di Pahang adalah bertaraf Bendahara. Putih pula adalah melambangkan raja. Maka tambahan warna putih di atas rona hitam membawa makna bahawa Pahang adalah negeri yang mempunyai kedaulatan sendiri dan pemerintahan beraja. Ia juga membawa erti bahawa negeri ini ada keistimewaan, undang-undang, adat istiadat, adat resam, tatasusila serta kuasa-kuasa yang tertentu yang ada pada raja sebagai sebuah negeri yang berdaulat. Inilah wa'ad Demang Lebar Daun dengan Sang Nila Utama berkenaan peranan Bendahara sebagai tuan asal dan sebenar kepada bangsa Melayu.

Baru-baru ini saya berpeluang menatap kembali buku garapan Suzana binti Hj. Othman, Institusi Bendahara : Dinasti Bendahara Johor - Pahang, Persatuan Sejarah Malaysia cawangan negeri Johor, 2002. Beliau yang merupakan seorang penulis prolifik dan pengkaji isu-isu istana Kesultanan Melayu ada mencatatkan berkenaan transformasi bendera negeri-negeri yang diperintah oleh Bendahara (hlm. 44).
Menurut beliau, bendera serba hitam (gambar kiri) merupakan bendera Bendahara sejak turun temurun. Berkemungkinan digunakan dari zaman Melaka lagi kerana kesultanan-kesultanan beraja yang mengambil nobat dari Melaka serta menggunakan khidmat bendahara yang berasal dari satu keluarga bendahara Melaka semuanya mempunyai skima hitam pada bendera kesultanan tersebut, contohnya Perak, Johor Lama dan Terengganu. Negeri Sembilan juga mempunyai skima warna hitam pada benderanya kerana pernah dipegang oleh Bendahara dari zaman Tun Perak. Pahang yang dipegang oleh Dato' Bendaharanya menggunakan bendera serba hitam seperti di sebelah sehinggalah zaman Wan Ahmad dalam tahun 1863.
Dengan mangkatnya Sultan Mahmud Shah II dalam peristiwa 'Marhum Mangkat di Julangan' pada tahun 1699, Dato' Bendahara Paduka Raja Tun Habib Abdul Jalil tela
h dinaikkan takhta bagi menggantikan baginda kerana Sultan Mahmud tiada berputera. Sebagai Sultan Johor, Tun Habib Abdul Jalil bergelar Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV (l699 - 1718). Bendera di sebelah kanan merupakan bendera kesultanan Johor Lama semenjak zaman Sultan Abdul Jalil. Skima hitam melambangkan warna bendahara bagi menunjukkan asal Sultan Abdul Jalil daripada keturunan bendahara, skima putih menunjukkan warna raja, melambangkan status baginda
yang kemudiannya menjadi Sultan Johor yang berdaulat. Apabila Bendahara Wan Ahmad memerintah Pahang dalam tahun 1882, baginda menggunakan corak bendera (kiri) dan seterusnya digelar Sultan Ahmad al-Muadzam Shah. Pada zaman kemudiannya, sedikit perubahan dibuat kepada bendera tersebut.

Beberapa perubahan lain bendera Pahang boleh juga dilihat dalam http://fotw.net/flags/my-pahan.html yang ada memaparkan contoh grafik bendera Pahang versi Obsolete Jack dan juga versi British Resident's Flag.


Sumber klik

Tambahan:

Obsolete Jack [Jack (Pahang, Malaysia), obsolete]
British Resident's Flag [British Resident (Pahang, Malaysia)]



http://www.tkodaily.net/v4/modules.php?name=News&file=article&sid=170