Ahad, 18 Mac 2012

Percubaan Berani Mati : memikirkan tentang PhD


Kebelakangan ini ada beberapa idea liar yang berlegar di dalam kepala, iaitu untuk melengkapkan pusingan ke 3 naik ke pentas akademik untuk berkonvo. Satu cubaan berani mati untuk apply menjadi calon pelajar PhD. Hebat bukan idea ini....satu percubaan membunuh sel-sel otak yang sudah 3 tahun lebih telah menjadi gemuk berlemak.

Ia mungkin satu idea yang sangat baik tetapi secara asasnya ia seperti sukar dilakukan. Dengan kata lain, sukar yang saya nyatakan ini bukan satu pilihan perkataan yang sesuai. Apabila mengingatkan kembali penderitaan semasa mengambil MASTER....adessss terasa cukup sampai di sini sahaja.

So apakah yang perlu dilakukan? Untuk tika dan saat ini, biarkan sahaja idea ini berlegar-legar di dalam ruangan otak....bila sampai masanya nanti, idea ini akan dikaji dan direnung sedalam-dalamnya

BERSEDIAKAH UNTUK MEMBUNUH SEL-SEL OTAK YANG SEDANG MEMBUNCIT?

wallahuallam