Jumaat, 6 Januari 2012

PERJALANAN



Sesi 2012 telah bermula dan saya akan ke Jerantut, Cameron Highlands dan sekitar Lipis tak lama lagi.....perjalanan ini akan saya gunakan untuk mencermin diri dan melihat kebesaran Ilahi serta memahaminya.

Kebelakangan ini ada beberapa situasi yang agak sukar saya faham telah saya lalui...mengapa saya tak faham? mungkin kerana saya belum pernah melaluinya...walaupun ia bukan situasi yang mendesak tetapi bak kata org tua-tua..kalau tak cukup 1 sen tak dapat 1000 ringgit...its not so complicated but ia membuatkan saya berfikir. Pada sudut yang positif ia bagus untuk minda pada satu sudut yang lain pula, ia umpama satu gangguan (jika boleh dikatakan begitu)...

Malam dan hari silih berganti dan berlalu. Warna malam yang gelap dan suram..sunyi sepi mengundang rasa takut dan sedih...bila terang siang datang..ia membawa kegembiraan dan keberanian. Begitu juga kehidupan..adakala kita akan dilanda kemurungan yang dirasakan tidak akan pergi tetapi Allah akan datangkan kegembiraan yang tak disangka-sangka..dan ia pasti datang. Nasihat ini saya tujukan pada para pelajar yang akan pergi berpraktikum.

Baiklah cukup sampai di sini untuk saya berkata-kata di ruangan ini.....kerana saya ingin mengisi pemikiran ini dengan perkara-perkara positif.....

wallahuallam

Isnin, 2 Januari 2012

21 Nice Packaging Design for Inspirations

21 Nice Packaging Design for Inspirations. Here is nice packaging design. It’s really attractive and eye catch. Packaging will add value to product. So, it’s important to make a design more great and creative.

  1. XCite Fun
    Creative Packaging Design 1
  2. XA
    Creative Packaging Design 2
  3. Vega Azuer GrandeCreative Packaging Design 3
  4. SalomonCreative Packaging Design 4
  5. Enigma (Metal Brain Teasers)Creative Packaging Design 5
  6. KaoCreative Packaging Design 6
  7. gay Band AidCreative Packaging Design 7
  8. VCube
    Creative Packaging Design 8
  9. Uncle Lee’s (Egg Packaging)
    Creative Packaging Design 9
  10. Hanger TeaCreative Packaging Design 10
  11. MilkCreative Packaging Design 11
  12. HeinzCreative Packaging Design 12
  13. 3 Magi MagsCreative Packaging Design 13
  14. 1000 Acres (Vodka)Creative Packaging design 14
  15. Menu Infantil Yelmo CinesCreative Packaging Design 15
  16. Formica Alta
    Creative Packaging Design 16
  17. Shoes Packaging Nice Packaging Design 17
  18. Lamp Packaging Nice Packaging Design 18
  19. Coconut Water Nice Packaging Design 19
  20. Mr. Clean
    Nice Packaging Design 20
  21. Nike Nice Packaging Design 21

Ahad, 1 Januari 2012

Keputusan yang salah

Seorang wartawan menemuramah seorang CEO sebuah bank luar negara
“Tuan, apa rahsia kejayaan anda?”
“Tiga perkataan sahaja” jawabnya.
“Apa itu tuan?”
“Keputusan yang tepat!”
“Bagaimana anda membuat keputusan yang tepat?”
“Satu perkataan sahaja”
“Apa itu tuan?”
“Pengalaman”

“Dan bagaimana anda mendapatkan pengalaman?”
“Tiga perkataan sahaja juga”
“Apa itu tuan?”
“Keputusan yang salah…”

Kesimpulan : Jangan terlalu kecewa jika tersilap langkah, anggaplah itu adalah pengalaman yang mematangkan anda untuk kejayaan cemerlang di masa hadapan.

Posted @ www.isuhangat.net.

Kenapa Allah Tidak Makbulkan Doa Kita

Aku minta pada Allah setangkai bunga segar, aku terima kaktus berduri…
Aku minta pada Allah binatang yang comel dan cantik, aku terima ulat bulu…
Aku sedih, protes, kecewa, betapa tidak adilnya ini…
Namun kemudian…
Kaktus itu berbunga sangat cantik, Ulat itu membesar dan berubah menjadi rama-rama yang sangat cantik.

Kadangkala Allah hilangkan sekejap matahari, kemudian Dia datangkan pula guruh dan petir, puas kita menangis mencari dimanakah matahari?? “: Ternyata Allah ingin hadiahkan kita pelangi
Itulah jalan Allah, indah pada waktunya Allah tidak memberi apa yang kita harapkan, tapi Dia memberi apa yang kita perlukan.
Jika kita meminta ikan paus, Allah kasi samudera dengan ombak yang besar…
Kalau kita minta kekayaan, Allah kasih kemiskinan yang tegar agar kita boleh kaya hasil usaha sendiri.
Kalau kita minta jadi orang berjaya, Allah terus kasi Masalah supaya kita berjaya menyelesaikannya
Kadangkala kita sedih, kecewa, terluka…, tetapi mana tahu Allah telah memberi sesuatu yang terbaik untuk kehidupan kita
Yakin sahaja kepada Allah…dan berusaha.. jangan hanya berdoa sahaja kerana Allah hanya memberi fasaliti, kita yang memanfaatkan fasiliti tersebut
Yakin saja kepada Allah kerana setiap masalah Insya Allah dapat diselesaikan jika kita berusaha.
Dan syukurilah apa yang kita punya.Jangan menunggu bahagia baru bersyukur, tapi bersyukurlah, maka kita akan bahagia..

” Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (Surah Al-Baqarah:216)

Sabtu, 31 Disember 2011

beberapa jam sebelum 2012

Beberapa jam lagi kita semua akan meninggalkan tahun 2011....dan seperti biasa tiada azam yg dapat disudahkan serta takkan ada azam baru yang aku nak buat pun. 2011 penuh warna warni dan syiok..alhamdulillah..So bila azam tak selesai seperti juga masalah yang tak selesai, tetapi bukan semua masalah perlu diselesaikan..ada masa ianya perlu ditinggalkan tak selesai..baru hidup berwarna warni bertambah ceria...so jangan ingat kalau ada masalah dah selesai, hidup akan lebih bergaya..sebenarnya hidup lebih syiok kalau masalah ada dan tak selesai-selesai. Ini secara tak langsung akan mengerakkan otak untuk terus berfikir dengan kata lain otak akan terus hidup. Tentu pernah dengar satu statement dalam dunia perubatan, kalau seorang pesakit yg otak mati boleh diisytiharkan telah meninggal dunia (al fatihah untuk arwah amir)...so lets the problem alive..bring it to your new year..tetapi jangan dibiarkan langsung tak selesai hahahah macam masalah hutang, lama-lama ia akan lapuk...

Aku bukannya nak merapu tetapi beberapa jam sebelum tahun 2012 datang..i just want to write what i feel...tahun ini cuti dirasakan agak panjang malah untuk sampai ke hari esok pun terasa lambat..tetapi setelah dilalui terasa cepat la pulak hahahaha masa oh masa...apa pun masa-masa yang ada dihabiskan dengan memikirkan kembali apa yang telah dilalui dan merancang apa yang sepatutnya.

Semasa memandu ke masjid aku tengok kat padang lenggang..alhamdulillah..tiada sambutan tahun baru di Kuala Lipis..mungkin ada yang suka..mungkin ada yang tak suka..tetapi after a while, kenapa perlu dihabiskan duit rakyat menyambut tahun baru gaya barat..walaupun hati kecil mengatakan ia seronok hihihi tetapi berapa lama yek...

Selamat datang 2012..dan aku macam itu juga la sebagaimana yang biasa...mari berdoa untuk umur yang bermanafaat, kesihatan tubuh badan, rezeki yang berkat, jodoh yang berpanjangan dan pertemuan-pertemuan yang indah..insyaAllah








Jumaat, 30 Disember 2011

cuti sudah habis bro...



Saya bukan di dalam mood menulis sebenarnya..tetapi saya rasa perlu menulis untuk sependek yang mungkin kerana...saya teringat akan pesan ibu saya. Katanya kalau kita benci seseorang itu, janganlah kita benci sungguh-sungguh kerana dengan kehendak Allah kita pasti akan menyukai orang tersebut bila tiba masa nanti.

Saya ni bukan le popular sgt untuk disukai dan dengan tak layak utk dibenci hihihihi i got nothing...cuti sudah sampai ke penghujungnya..saya melalui banyak peristiwa menarik sepanjang November dan Disember 2011..yang membuka minda. Antara kata kunci yang boleh dikongsi bersama ialah KESABARAN.

Ada satu peristiwa di akhir Nov yg menyebabkan saya merasakan sabar itu sangat manis rasanya. Begini..ntah bagaimana external hard disc saya gagal diakses..hal ini saya sedari apabila emak saya ingin melihat gambar-gambar kenangan di Kuching Sarawak..beberapa kali saya cuba akses akan keluar perkataan yg ia minta  ialah perlu diformat...ini sangat menakut dan menyedihkan kerana data yg paling saya sayangi ialah hasil-hasil foto anak-anak dan isteri saya. Seminggu terkedu dibuatnya..saya mengambil tindakan dgn  menghubungi beberapa pihak seperti adik ipar, kawan-kawan dan pakar-pakar di KL. Caj di antara RM450.00 - RM900.00..perghhhhh..masa berlalu dan saya terlupa..mood mengambil gambar hilang dek trauma.  Pada pertengahan Disember, sesuatu telah terjadi pada komputer bilik PSV..semua data-data penting lebur. Saya telah meminta bantuan Abu dari unit ICT...malahan gagal juga. Akhirnya Abu memberikan saya satu perisian utk menyelamatkan data untuk cuba try test. Dipendekkan cerita dengan izin Allah apabila menggunakan perisian tersebut semua data telah dapat diselamatkan..perghhhh ALHAMDULILLAH

So itu sahaja nak tulis ahahahaha..SABAR ITU MANIS DAN HEBAT...jika saya gopoh banyak wang dan tenaga akan dibazirkan...terima kasih Allah kerana memberikan saya ruang untuk berfikir dan bertindak.

Akhir kalam..cuti sudah habis bro..mari perlahan-lahan change ur mood...jangan benci apa yang sedang anda buat...kerana yang dibenci itulah penyelamat.

wallahuallam

Khamis, 22 Disember 2011

Cuaca mendung di Kuala Lipis..sekali sekala hujan..matahari sangat-sangat malu menunjukkan diri...dan hari ini SPBA ditangguhkan...dan semalam aku dah sain depan Puan Nurlita serta menguntumkan senyuman melihat jumlah gaji...

..tetapi mungkin senyuman itu bersifat sementara sahaja.....hihihih nak tahu kenapa? teka la...hihihi

Selasa, 20 Disember 2011

hidup vakum

...ada masa kita akan merasakan seolah-olah ruang semuanya vakum...dengan kata lain jika renung dinding pun tembus....adakala perjalanan berada di satu persimpangan..tak tahu nak ke kiri atau ke kanan..ye atau tidak...

Hari ni saya pegi hantar jam kat satu kedai apek di bandar Lipis..kedai tu ada dua apek yg sudah agak tua..tapi ada apek yg sorang lagi tu mcm mamak..mcm melayu. Apek berdua ni dah ada berniaga kat situ sejak saya kecik lagi...dan saiz kedai tu tak pernah berubah...hebat bukan..kedai tu cuma bersaiz suku dari keseluruhan kedai.

Cuma ada satu hal menyentuh sangat perasaan saya tentang dua apek ni..saya harap ia boleh menjadi iktibar saya dan sesiapa yg terbaca penulisan kenit saya ini. Kedua-dua apek ni sangat tabah berniaga..sangat sabar...kedai jam dgn konsep moden sepatutnya dapat mengugat perniagaan mereka..tetapi mereka berdua masih tabah berniaga..tak takut ke? tak bosan ke? tak puas ke? saya cuma ada satu pandangan peribadi iaitu TABAH....adakah saya setabah mereka..? Ada antara kita yang merungut dengan kerja masing2 dengan macam-macam alasan..besyukur le aku masih ada keje hhuhuhuhuhu

Itu sahaja untuk ketika ini...."...dalam hati sudah gegar ma..."

wallahuallam

Jumaat, 16 Disember 2011

Anda Ingin Bercinta ?

Zaman remaja adalah zaman untuk mencari dan mengenal diri. Setelah akal semakin mampu untuk berfikir jauh. Sekurang-kurangnya sudah mengenal mana baik dan buruk, halal dan haram, najis dan yang suci, syurga dan neraka.

Umur sebegini, orang muda cenderung untuk hidup di dalam perkumpulan. Gemar juga untuk mencari penyelesaian di luar rumah dibandingkan dengan berbincang dengan ibu dan ayah. Dan ketika inilah jiwa sudah menyubur untuk mengenal apa itu cinta (berlainan jenis).

Mengapa bercinta?
Terkadang bercinta dengan sebab ikut-ikutan (kerana melihat kawan sedang 'bahagia'). Terkadang ia bercinta supaya 'pointer' selalu meningkat naik. Dan katanya agar ada teman yang dapat memberi nasihat. Alamat.. jika salah bercinta, bubur tidak akan kembali menjadi nasi..

Sebelum bercinta fikirkan perkara-perkara ini wahai orang muda :
1. Sudahkah anda bersedia untuk bercinta?

Adakah sudah bersedia menghadapi risiko di dalam percintaan? Adat orang mengatakan cinta itu bersatu, dan ada kalanya ia membutakan mata. Manakala yang tidak nampak jalannya habis hancur masa depan hidupnya.

Cinta tidak semestinya bersatu, ada kalanya ia terputus di tengah jalan. Dan ada kalanya ia berjaya sehingga ke jinjang pelamin. Risiko putus cinta selalu membuatkan manusia seolah-olah putus asa. Hilang hala tuju hidupnya. Entah berapa ramai yang sudah menamatkan nyawanya sendiri bila cinta nafsu lebih diharapkan dari cinta kepada Illahi.


2. Apa matlamat Anda bercinta?
  • Mungkin untuk merosakkan anak gadis atau hati orang lain?
  • Ikut-ikutan atau suka-suka sahaja?
  • Untuk mencari pengganti pasangan yang telah pergi? (tetapi sekiranya ia ingin kembali semula suatu hari nanti, anda dengan rela diri meninggalkan pasangan baru anda yang telah diberikan harapan?
  • Sekadar cinta monyet yang tiada matlamat di masa hadapan?
  • Untuk mendirikan rumah tangga yang membawa kasih sayang dan rahmat dari ALLah?
Orang yang mulanya bercinta - hatinya akan berbunga-bunga. Tidak ia sedar apa yang berlaku di sekelilingnya kerana disibukkan dengan apa yang dicintainya. Segalanya nampak cantik, molek, comel dan sempurna belaka. 'Pijak semut tidak mati'. Segalanya berjalan dengan penuh optimis dan positif. Lalu mungkin 'menipu diri sendiri' sudah menjadi pegangan agar hubungan berlangsung dengan menarik dan dapat dikekalkan.

Apabila perhubungan cinta anda mulai 'berkelap kelip' - mulalah anda akan berfikir semula akan buruk dan baiknya pasangan anda. Mungkin ketika ini anda akan berusaha mencari solusi. Sekiranya berjaya perhubungan anda akan berjalan seperti biasa. Dan sekiranya dalam bahaya, ia akan membawa kepada 'putus cinta'. Perkataan inilah yang menjadi penghancur jiwa, rasa kecewa, terhina, rendah diri, sakit hati, dendam, putus asa. Maka istilah-istilah cinta yang dahulunya berkisarkan fantasi, anda akan sedar ia bukanlah realiti.

Menjadi hipokrit satu perkara, iaitu masalah yang akan dibawa apabila hidup di dalam sebuah rumah di atas pernikahan yang sah. Segala-galanya yang 'cantik', 'molek' akan ditunjukkan juga sebagai satu hakikat yang perlu anda terima. Samada anda terima dengan terpaksa atau redha selamanya.

3. Mengapa Anda Bercinta?
  • Kerana ALLah?
  • Kerana cantik rupanya? Mancung hidung, kumisnya tebal? Badannya serupa model? - yang pasti semuanya ini tidak kekal lama. Berapa ramai wanita yang menghidapi sakit barah kulit kerana taksubnya kepada yang dinamakan 'KECANTIKAN' ? Berapa ramai pula yang sanggup berhutang, mengorbankan identiti seorang Muslimah dan Muslim kerana tertarik dengan namanya KEMODENAN?
  • Kerana duitnya? Harta yang bertimbun?
  • Kerana empunya diri itu sendiri?
  • Kerana Agamanya? Ia akan di bawa di dunia dan akhirat. Tetapi ramai juga yang terjerumus di lembah hina. Kerana yang dibawa rupanya selama ini adalah nafsu tetapi disolek dengan nama Agama.
Anda akan dapat apa yang anda niatkan. Ingat perjalanan cinta sesama manusia amat jauh, dan mungkin juga dekat, ataupun ia satu perjalanan yang tidak pasti.

4. Apa Modal Untuk Bercinta?
  • Adakah dengan modal air liur? Atau jari jemari menulis sms?
Sedarkah anda? apabila bercinta dan anda meletakkan sesuatu di dalam hati seseorang. Ini telah memberikan ia pengharapan baru dalam hidupnya. Dan ia akan berusaha untuk mencapainya. Jika cinta anda sekadar cinta monyet, cinta untuk merosakkan anak orang, ikut-ikutan dan hanya menjadikan orang lain sebagai batu galas - CINTA NAFSU. Eloklah lupakan sahaja. Anda hanya akan menjadikan diri anda sendiri bahan fitnah yang akan orang ingat sampai bila-bila.

Sedarkah anda? Mahligai perkahwinan itu memerlukan pengorbanan bukan sahaja dari segi jari jemari dan air liur. Tetapi lebih dari itu adalah modal ilmu untuk mendirikan sebuah keluarga yang beragama, cintakan ALLah dan rasul-Nya. Modal harta iaitu pekerjaan dari sumber rezeki yang halal untuk anda berikan kepada isteri, dan anak-anak. Modal hati dan perasaan untuk dikongsi, difahami, kesabaran dan sebagainya.

5. Berapa Lama Anda Ingin Bercinta?
  • Seminggu?
  • Sebulan?
  • Tiga, empat tahun?
  • Sehingga habis belajar?
  • Cinta hingga ke akhirat?
Apabila anda bercinta, setiap pasangan pastinya ingin mengetahui sampai bilakah mereka akan bercinta? Dan apabila perhubungan itu diketahui oleh sang ibu dan ayah, tentunya mereka akan bertanya bila pula tarikh merisik, pertunangan dan perkahwinan pula akan dijalankan? Dan tentunya kaum kerabat pula akan tertanya-tanya, dengan siapa anda berkawan. Mungkin ada yang sudah diusung ke hulu dan hilir - orang kampung pun sudah mulai berbisikan. Walaupun anda sangkakan di bandar orang bersikap tidak ambil peduli. Tetapi malaikat di kiri dan kanan tetap juga menulis catatan..

6. Kos Cinta
  • Duit yang anda habiskan semata-mata untuk sidia - telefon (sms, mms, chat etc), bil elektrik, bil internet,
  • Masa yang anda korbankan untuk sidia
  • Hati dan perasaan

Sikap Matang Dalam Mencari Cinta

Wahai pemuda dan pemudi, menyebut perkataan cinta sesama manusia itu mudah, tetapi untuk melaksanakannya amatlah payah. Bercinta bukan menjadi tiket yang menghalalkan anda menyerahkan jasad kehormatan anda. Bukan juga bermakna anda sudah menjadi juara dan normal sebagaimana insan lain yang bercinta (sudah fahamkah erti cinta yang sebenarnya?). Anda rosak kerana cinta? - ia adalah kesalahan anda sendiri di dalam menterjemahkan cinta yang suci dan abadi. Semaklah semula adatnya bagaimana RasuluLlah menyalurkan perasaan cinta.

Jika berbaloi dengan bercinta - anda dapat merasai hidup bahagia serta mendapat keredhaan Allah kerana matlamat anda jelas, anda sedia redha dengan kemungkinan yang berlaku serta tidak menyalahkan taqdir, perjalanan cinta tidak melanggar batas syarak. Maka silalah untuk bercinta.

Fikirkan.. Dalam masa bercinta, bagaimana hubungan kita dengan Allah dan manusia serta makhluk yang lain? Semakin baik ataupun semakin jauh dan terus menjurang. Adakah ia menjadikan kita hamba Allah yang bertaqwa ataupun hamba Allah yang derhaka?



 http://jomfaham.blogspot.com/2009/04/anda-ingin-bercinta.html

Khamis, 15 Disember 2011

EMOSI

When dealing with people, remember you are not dealing with creatures of logic, but creatures of emotion.  ~Dale Carnegie 

Seperti biasa cuti akhir tahun 2011 adalah sama seperti cuti-cuti tahun yang sebelum ini. Cuma kelihatan luar biasa apabila kerajaan mengumumkan skim gaji baru (SPBA)..dinding-dinding FB, blog-blog tidak rasmi, twiter kencang membicarakannya, ditambah pula lampiran C tidak ada..menjadi tandatanya dan misteri. Saya dan isteri adalah antara peminat skim gaji baru ini hahhahaha...kalau anda bekerja kerajaan dan tak minat...i think something wrong with u le..hihihihi


Bagi sesetengah orang, gaji adalah sesuatu yang sangat penting (sama dengan saya) malah org yang bekerja tidak dibayar gaji emosinya sangat kritikal. So soal upah atau gaji ini ia sangat penting..saya pernah mendengar satu pepatah (hadis?)..bayarlah upah sebelum keringat kering..

wallahuallam