Saya bukan di dalam mood menulis sebenarnya..tetapi saya rasa perlu menulis untuk sependek yang mungkin kerana...saya teringat akan pesan ibu saya. Katanya kalau kita benci seseorang itu, janganlah kita benci sungguh-sungguh kerana dengan kehendak Allah kita pasti akan menyukai orang tersebut bila tiba masa nanti.
Saya ni bukan le popular sgt untuk disukai dan dengan tak layak utk dibenci hihihihi i got nothing...cuti sudah sampai ke penghujungnya..saya melalui banyak peristiwa menarik sepanjang November dan Disember 2011..yang membuka minda. Antara kata kunci yang boleh dikongsi bersama ialah KESABARAN.
Ada satu peristiwa di akhir Nov yg menyebabkan saya merasakan sabar itu sangat manis rasanya. Begini..ntah bagaimana external hard disc saya gagal diakses..hal ini saya sedari apabila emak saya ingin melihat gambar-gambar kenangan di Kuching Sarawak..beberapa kali saya cuba akses akan keluar perkataan yg ia minta ialah perlu diformat...ini sangat menakut dan menyedihkan kerana data yg paling saya sayangi ialah hasil-hasil foto anak-anak dan isteri saya. Seminggu terkedu dibuatnya..saya mengambil tindakan dgn menghubungi beberapa pihak seperti adik ipar, kawan-kawan dan pakar-pakar di KL. Caj di antara RM450.00 - RM900.00..perghhhhh..masa berlalu dan saya terlupa..mood mengambil gambar hilang dek trauma. Pada pertengahan Disember, sesuatu telah terjadi pada komputer bilik PSV..semua data-data penting lebur. Saya telah meminta bantuan Abu dari unit ICT...malahan gagal juga. Akhirnya Abu memberikan saya satu perisian utk menyelamatkan data untuk cuba try test. Dipendekkan cerita dengan izin Allah apabila menggunakan perisian tersebut semua data telah dapat diselamatkan..perghhhh ALHAMDULILLAH
So itu sahaja nak tulis ahahahaha..SABAR ITU MANIS DAN HEBAT...jika saya gopoh banyak wang dan tenaga akan dibazirkan...terima kasih Allah kerana memberikan saya ruang untuk berfikir dan bertindak.
Akhir kalam..cuti sudah habis bro..mari perlahan-lahan change ur mood...jangan benci apa yang sedang anda buat...kerana yang dibenci itulah penyelamat.
wallahuallam